Mudah Dan Jimatnya Buat Asam Keping Sendiri



Hi korang..

Asam gelugor merupakan bahan masakan yang seringkali digunakan dalam keperluan masakan- masakan seharian. Penggunaan asam gelugor sangat- sangat sinonim dalam menambahkan kelazatan dan menaikkan aroma dalam masakan tersebut. Kalau di tanya pada anak- anak kita sekarang apa asam gelugor atau lebih dikenali dengan panggilan asam keping, memang mereka tidak tahu atau tidak kenal. Anak SA sendiri confuse apa asam keping. Asam jawa kenal la katanya. 
Jom kita tengok aktiviti SA dan family dalam menghasilkan asam keping sendiri. 



Asam keping menerbitkan rasa masam dalam masakan. Apabila bersatu dengan perencah masakan lain akan mewujudkan imbangan rasa yang enak. Ia biasa digunakan dalam masakan seperti asam pedas, gulai, tomyam dan laksa selain bertujuan menghilangkan rasa hanyir ikan dalam sesuatu masakan

Nama botani asam gelugur ialah 'garcinia cambogia' dan ia adalah pokok hutan yang dipercayai berasal dari India

Penggunaan asam ini mudah. Hanya ambil beberapa keping menurut kesesuaian cita rasa dan masukkan ke dalam masakan

Sememangnya rasa masam boleh juga diperoleh menggunakan asam jawa. Namun asam keping lebih ringkas dan mudah digunakan



Germ plak tengok buah ni...rasa macam sedap je...macam buah mangga muda.


Buah asam gelugur nak buat asam keping..RM3 sebiji ada orang jual kat pasar...Abah SA beli 3-4 biji..dah siap hiris dan nak jemur plak...so pagi semalam memang bangun tido jer SA nampak mak hiris buah asam gelugur ni...maka terjadilah conversation ngan abah pagi semalam.

Me : sedap plak nampak buah ni bila dh hiris...macam buah mangga muda..sedap x abah kalau cicah kicap cili ni..
Abah : Cubo la buek...kot terdayo kau kunyah..
Me : 😆😆😆😆Mak : Cubo buek...mak bagi RM100 dengan syarat habiskan 1/2 bijiMe : Boleh terus kurus x? tapi RM100 x berbaloi la mak
Mak : 😆😆😆😆Abah : Cubo la long..abah up lagi RM100Me : Takpo la...x sanggup berumah dalam toilet kang de..

Tak pasal2 cirit birit kang...dh la x sihat macam org lain...SA cuba jugak gigit skit ..mak oiiiiii...bertakung air liur dek masam eh...belum pernah lagi la orang makan buah asam gelugur fresh ni cicah ngan kicap kan..



Lepas dah hiris..kita jemur di tengah panas agar cepat keringnya. untuk kali ni Abah cuma ambil masa 2 hari untuk dapatkan asam keping yang cukup kering nak pula cuaca sangat- sangat panas sekarang kan

Menghiris perlukan kemahiran untuk memastikan hirisan sekata, tidak terlalu tebal atau terlalu nipis. Hirisan yang tidak sekata akan menyebabkan bentuk hirisan tidak menarik

Hirisan yang tebal pula akan menyebabkan proses pengeringan lambat. Bagi mereka yang mahir menghiris, hanya beberapa minit diperlukan untuk menghiris setiap biji asam gelugur dengan ukuran hirisan sekata. Bagi memudahkan kerja, pisau tajam diperlukan


Dah siap!


Cantik kejadiannya kan...

Sekalipun asam keping ialah bahan penting yang kerap digunakan dalam masakan, tidak ramai yang tahu bagaimana ia dihasilkan terutamanya bagi genarasi baharu yang tinggal di bandar

Apakah proses yang dilalui sebelum asam keping ini sampai kepada pengguna

Kebanyakan pengguna hanya tahu membeli bahan tersebut dalam bentuk kepingan yang sudah siap sehingga menyangka ia memang asalnya dalam bentuk seperti itu. Cara itu lebih mudah kan? Hanya beli dan terus digunakan

Tetapi SA dan family memilih untuk buat sendiri. Sebab itu kalau pergi pasar tani dan nampak buah ni, kami akan terus beli beberapa biji dan buat sendiri. Kualiti dan kebersihan lebih terjamin apabila buat sendiri kan..beberapa biji buah asam gelugur itu cukup stok untuk setahun penggunaan

Memang puas hati buat sendiri cumanya buah asam gelugur ini bukan la buah yang sentiasa ada kerasa ianya tergolong dalam buah yang bermusim. Kalau tiba musimnya memang banyak di jual di pasar- pasar tani.  SA sendiri tak pasti bila musim buah asam gelugur ini. Bila ternampak kat pasar tani memang akan beli

Semalam dah tunjukkan pada Dania proses buat asam keping...so baru la dia tahu asam keping tu sebenarnya dihasilkan dari buah...arwah atuk SA ada tanam pokok asam gelugur ni di dusun kat Kuala Pilah. Sayangnya SA pun dah lama x pergi dusun tu dan dah tentu2 dah jadi hutan banat. masa kecil2 dulu ada la sekali dua ikut arwah atuk naik gunung pergi dusun. merasa la mengutip buah asam gelugor untuk dibawa balik ke rumah. Kini semuanya tinggal kenangan kan....
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.suriaamanda.com/2021/02/mudah-dan-jimatnya-buat-asam-keping.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siap Masak Lauk Berpantang Mudah Kerja Suami Nanti Bakal Berpantang Sendiri Ibu Ini Kongsi Lebih 10 Menu

Siap Masak Lauk Berpantang Mudah Kerja Suami Nanti Bakal Berpantang Sendiri Ibu Ini Kongsi Lebih 10 Menu

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 396 hits
Waktu berpantang adalah waktu untuk ibu ibu berehat setelah penat melahirkan bayi Dalam tempoh berpantang ibu ibu hanya mahukan rehat yang cukup untuk memulihkan kembali badan dan juga tenaga Baca Keadaan badan yang masih lemah membantutkan...
Minum Air Asam Keping Waktu Pagi Boleh Kurangkan Sakit Kepala Kempis Perut

Minum Air Asam Keping Waktu Pagi Boleh Kurangkan Sakit Kepala Kempis Perut

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 401 hits
Selalu sakit kepala bangun pagi rasa berat kepala memang buatkan mood hari tersebut tak berapa ok Bagi yang bekerja rasa malas sangat nak bangun dan kalau boleh nak berehat Bagi ibu ibu yang dari pagi buat kerja rumah memasak dan siapkan an...
Lelaki Ditemukan Tidak Bernyawa Ditindih Motosikal Sendiri

Lelaki Ditemukan Tidak Bernyawa Ditindih Motosikal Sendiri

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 187 hits
96 total views 96 views today Parit Buntar Lelaki ditemukan tidak bernyawa dalam keadaan ditindih motosikalnya selepas dipercayai terbabas ke dalam parit di Parit Haji Tahir Batu 5 di sini hari ini Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Ma...
Hiburan Hidup Porak Peranda Anak Sendiri Pun Tak Kenal Saya Ameng Kongsi Pengalaman 6 Tahun Dalam Penjara Akibat Dadah

Hiburan Hidup Porak Peranda Anak Sendiri Pun Tak Kenal Saya Ameng Kongsi Pengalaman 6 Tahun Dalam Penjara Akibat Dadah

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 405 hits
Penyanyi Ameng daripada kumpulan Spring mendedahkan hidupnya seolah olah berakhir apabila dia dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas kesalahan penyalahgunaan dadah pada tahun 2011 yang lalu Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminnudin Wan I...
Lupakan Seketika Diri Sendiri Doakan Pula Untuk Orang Lain

Lupakan Seketika Diri Sendiri Doakan Pula Untuk Orang Lain

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 302 hits
Ada kawan kawan yang susah Doakan agar Allah hilangkan kesusahannya Ada kawan kawan yang sakit Doakan agar Allah sembuhkan kesakitannya Ada kawan kawan yang ada masalah Doakan agar Allah selesaikan masalahnya Ada kawan kawan yang takde duit...
Risau Tengok Anak Orang Lebih Pandai Dari Anak Sendiri Punca Ramai Ibu Bapa Stres

Risau Tengok Anak Orang Lebih Pandai Dari Anak Sendiri Punca Ramai Ibu Bapa Stres

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 366 hits
Dalam keadaan hari ini semua ibu bapa berlumba lumba nak anak pandai dan berjaya Hasrat itu betul tetapi kita lupa dari aspek psikologi perkembangan anak kita masih lagi gagal jadi ibu bapa yang sepatutnya menyokong setiap kelebihan dan kek...
Hiburan Kalau Anak Sakit Kita Bayar Bil Sendiri Rita Rudaini Risau Dengan Keputusan Buka Semula Sekolah

Hiburan Kalau Anak Sakit Kita Bayar Bil Sendiri Rita Rudaini Risau Dengan Keputusan Buka Semula Sekolah

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 392 hits
Masih lagi mencecah empat angka bagi kes harian baru Rita Rudaini meluahkan rasa risau mengenai keputusan ingin membuka sekolah semula buat semua pelajar bermula 1 Mac ini Menerusi hantaran di Instagram Story itu pelakon wanita itu risau de...
Cuba Buat Sendiri Popia Sata

Cuba Buat Sendiri Popia Sata

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 370 hits
Cuba Buat Sendiri Popia Satar Assalamualaikum Hari Khamis baru baru ni Cik Ash terlebih rajin buat popia satar dengan keadaan gusi sakit boleh buat kudapan ni Biasa la suami cuti kerja kena buat kudapan untuk dia makan sambil layan movie de...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023