Lebih-lebih, sebaik berlakunya pertukaran kerajaan pada PRU14 lalu, peneroka Felda sekali lagi ada peranan yang harus dihargai oleh kerajaan dari segi memberi sumbangan kepada perubahan.Daripada 54 kawasan Parlimen yang ada kawasan Felda di mana sebelum ini ia merupakan kawasan totok UMNO dan BN, tetapi dalam PRU14 lalu 19 daripadanya berjaya ditawan oleh PH.Sebagaimana kelompok pengundi lain yang tertarik dengan agenda perubahan, kesediaan pengundi di kawasan Felda turut sama mengundi PH ialah kerana janji manifesto untuk menghapuskan hutang-hutang tidak wajar mereka yang diikrarkan untuk dilaksanakan dalam tempoh 100 hari menjadi kerajaan.Malangnya, jangankan 100 hari, bahkan selepas setahun berkuasa pun, belum terdengar lagi sebarang khabar berita mengenai perlaksanaan janji manifesto tersebut.Kini, sudahlah janji manifesto tergantung begitu saja, duit raya yang biasa diterima pula tidak lagi diperolehi mereka.Apa sudah jadi?Siapa yang tidak kecewa dibuatnya?Apakah PH sudah lupa kepada jasa dan sumbangan peneroka Felda yang turut memainkan peranan menjadikan agenda perubahan suatu kenyataan?Apakah PH tidak mengharapkan lagi undi peneroka Felda dalam PRU15 akan datang?
Cuba bayangkan, apa jadi kepada PH dalam PRU15 nanti jika 19 kerusi yang dimenangi dalam pilihanraya lalu berjaya ditawan kembali oleh BN?Dalam hal ini, tindakan ANAK atau Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan mahu menghantar surat rayuan kepada Perdana Menteri berkaitan pemberian duit raya itu adalah wajar dan tepat sekali.Penasihat ANAK, Mazlan Aliman berkata, pemberian duit raya adalah penting buat peneroka Felda di mana ketika ini perolehan hasil ladang mereka adalah rendah sekali.Mahu tidak mahu, kerajaan, khususnya Perdana Menteri, harus meneliti rayuan ANAK ini dengan seadil-adilnya serta dengan sedikit perasaan simpati.Jika tidak boleh beri banyak, berilah mengikut kemampuan kewangan kerajaan yang ada.Tetapi, janganlah ditiadakan sama sekali.Simpati dan kenanglah jasa serta sumbangan mereka kepada PH sebelum ini. (Shahbudindotcom 26/05/2019)|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |