Felda Nafi Dakwaan Peneroka Berisiko Hilang Hak Tanah


BernamaDiterbitkan Hari ini 8:41 malam 

Felda hari ini menafikan laporan sebuah akhbar tempatan yang antara lain mendakwa peneroka tanah rancangan berkenaan berisiko kehilangan hak ke atas tanah mereka, sambil menyifatkan dapatan disuarakan dalam artikel berkenaan sebagai tidak tepat.

Ketua Unit Pewarisan, Jabatan Pengurusan Tanah Felda, Mohd Yassin Mohd Yusof berkata, kajian yang hanya membabitkan 130 responden di Felda Bukit Tangga, Kedah itu tidak menggambarkan situasi sebenar.

Ini memandangkan jumlah peneroka di seluruh negara adalah seramai 112,635 orang, manakala jumlah keseluruhan warga Felda termasuk generasi baru dalam lingkungan 2.5 juta, katanya.

"Sehubungan itu, kajian ini tidak boleh dijadikan bahan rujukan untuk memperkenalkan apa-apa dasar baru yang akan merugikan semua pihak dalam institusi ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Khamis lalu, akhbar berbahasa Melayu itu yang memetik kajian Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Pengurusan Hartanah Universiti Teknologi Mara Shah Alam, Prof Madya Dr Rohayu Abdul Majid mendakwa wujud sekatan perundangan yang menghalang sebarang pindah milik tanah terbabit kepada generasi kedua.

Ini, menurut Rohayu seperti dilapor akhbar berkenaan, berlaku kerana tanah rancangan tersebut tertakluk kepada Akta Penempatan Berkelompok 1967, sekali gus menyebabkan statusnya berbeza dengan tanah biasa di bawah Kanun Tanah Negara.

Mohd Yassin menjelaskan Felda bersama-sama peneroka dan pejabat tanah negeri sentiasa bekerjasama sejak awal sepertimana termaktub dalam Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 dalam menangani isu pewarisan dan pemilikan tanah secara holistik.

Tegasnya, pihak pengkaji sepatutnya merujuk kepada pihak pengurusan ibu pejabat Felda bagi memahami isi kandungan akta tersebut terlebih dahulu sebelum membuat kesimpulan dalam kajiannya yang boleh mengundang polemik dalam kalangan warga Felda berhubung isu pewarisan tanah.

Katanya ,Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 menyatakan tanah peneroka boleh dipindah milik, dijadikan gadaian dan sewaan, tetapi hanya nama dua orang boleh didaftarkan dalam sesuatu hak milik tersebut supaya tanah tidak dibelah bahagi secara fizikal seterusnya merugikan dari segi ekonomi.

Bagaimanapun, beliau berkata, akta berkenaan menyatakan bahawa tanah peneroka tidak boleh dipecah sempadan, dipajak dan sub-pajak sebahagian atau keseluruhannya.

Menjelaskan mengenai halangan jual beli tanah, Mohd Yassin berkata, Felda tidak membenarkan urusan berkenaan kerana wujud syarat tertentu, dan pemiliknya mesti dipastikan bahawa mereka seorang warganegara, berusia 18 tahun ke atas, tidak memiliki tanah pertanian melebihi 0.80 hektar (dua ekar) dan tanah rumah satu lot.

Katanya, tanah peneroka juga boleh diambil balik kerajaan antara lain bagi pembangunan bandar baru, lebuh raya dan projek Laluan Rel Pantai Timur di bawah Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 dengan bayaran pampasan akan dibuat kepada penama didaftar sebagai pentadbir tanah atau setiap waris yang berhak.

-Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/05/felda-nafi-dakwaan-peneroka-berisiko.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penjual Coklat Fitnah Farm Fresh Bukan Produk Melayu Merayu Jangan Saman Coo Pula Tampil Nafi Dakwaan Itu

Penjual Coklat Fitnah Farm Fresh Bukan Produk Melayu Merayu Jangan Saman Coo Pula Tampil Nafi Dakwaan Itu

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 582 hits
Saya merayu tuan tidak buat laporan saman Penjual coklat fitnah Farm Fresh bukan produk Melayu COO tampil nafi dakwaan itu
Mazlan Aliman Di Gesa Lebih Lantang Pertahan Hak Peneroka

Mazlan Aliman Di Gesa Lebih Lantang Pertahan Hak Peneroka

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 336 hits
KUANTAN Majlis Belia Felda Wilayah Kuantan menggesa Pengerusi Majlis Permuafakatan NGO Mazlan Aliman supaya lebih lantang bersuara dalam mempertahankan hak peneroka Felda Kenyataan berbentuk pertanyaan Masih adakah duit raya untuk peneroka ...
Skmm Nafi Dakwaan Intip Telefon Individu Tertentu

Skmm Nafi Dakwaan Intip Telefon Individu Tertentu

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 287 hits
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menafikan dakwaan kononnya telefon milik individu tertentu dipantau dan diintip pihak berkuasa di negara ini Loading SKMM dalam satu kenyataan hari ini menegaskan dakwaan itu adalah palsu dan t...
Yapeim Nafi Dakwaan Dana Rm1j Anak Yatim Disalah Guna

Yapeim Nafi Dakwaan Dana Rm1j Anak Yatim Disalah Guna

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 410 hits
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia menafikan dakwaan yang mengatakan dana RM1 juta yang dikhususkan untuk membantu anak anak yatim disalahgunakan bagi membayar yuran guaman pada 2017 Penafian itu dibuat selepas The Malaysian Insight...
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Orang Bodoh Bicara Untuk Menang Orang Bijak Bicara Untuk Faham

Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi