Ph Hanya Dapat Tujuh Peratus Undi Melayu Luar Bandar Penganalisis


agendaily.com19/02/2023
Penganalisis politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali.
Dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan gabungan itu mendapat 31 peratus undi Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu, tidak meyakinkan penganalisis politik

Sehubungan itu, penganalisis politik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali, berkata PH perlu menjelaskan bagaimana metodologi dan kaedah yang digunakan dalam merumuskan peratusan berkenaan.

“Angka itu hanya anggaran. Untuk membuat anggaran, perlu melihat kepada peti undi dalam satu-satu Parlimen dan kemudian melihat demografi Melayu dan bukan Melayu,” katanya menurut laporan MalaysiaNow.

Pada satu sidang akhbar baru-baru ini, Anwar menafikan dakwaan sokongan Melayu kepada PH berada pada tahap rendah.

Angka 31 peratus itu katanya diperoleh daripada dapatan pasukan penyelidik PKR.

Menurut Anwar yang juga presiden PKR itu, sokongan kepada PH berada pada tahap rendah di Kelantan dan Terengganu, namun melebihi 50 peratus di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Beliau dipercayai merujuk kepada peratusan oleh pengkaji dari Amerika Syarikat (AS) Bridget Welsh, yang menerbitkan dapatan awal menunjukkan PH hanya memperoleh 11 peratus undi Melayu.

Barisan Nasional (BN) memenangi sebanyak 33 peratus undi Melayu manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh baki selebihnya.

Mazlan berkata, penyelidik tidak akan mempunyai data tepat kerana mereka tidak mengetahui kaum pengundi, melainkan nombor siri pada kertas undi dipadankan dengan maklumat pengundi.

“Mustahil perkara ini dapat dibuat, lagi pun undi itu rahsia,” kata Mazlan, yang menjalankan tinjauan sebelum PRU15 sambil menegaskan bahawa PH memperoleh kira-kira 18 peratus purata undi Melayu.

Menurutnya lagi, beliau menjalankan kajian di kawasan bandar, separa bandar dan luar bandar.

Tinjauan secara fizikal katanya, jauh lebih tepat berbanding panggilan telefon yang mungkin tidak dijawab dengan baik oleh responden yang dihubungi pihak pengkaji.

Tinjauan menerusi panggilan telefon ialah satu cara yang pernah digunakan oleh badan pemikir yang dikepalai Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, Invoke.

Di bandar, sokongan Melayu kepada PH berada pada kira-kira 25 peratus, separa bandar (18 hingga 20 peratus) dan luar bandar (7 peratus).

“Namun angka 18 peratus ini tidak semestinya diterjemahkan dalam PRU. Mungkin pada saat-saat akhir ada isu yang menyebabkan penolakan atau penambahan undi kepada PH.

“Ada responden yang tiada masalah menjawab parti mana yang disokong, ada yang tidak tahu. Peratusan yang tidak tahu atau atas pagar melebihi kumpulan yang sudah membuat keputusan,” katanya.

Menurut Mazlan, angka sokongan kepada PH itu boleh meningkat kepada 25 peratus selepas responden membuang undi.

Katanya, PH banyak menang di kawasan majoriti Melayu di Pantai Barat, sekali gus menjadikan angka 11 peratus sokongan Melayu kepada PH yang disebut-sebut sebelum ini sebagai mustahil.

PH menjadi blok terbesar di Parlimen selepas memenangi 82 kerusi, diikuti PN dengan 74 kerusi.

BN pula menang 30 kerusi dan selebihnya ialah parti-parti dari Sabah dan Sarawak.

Dalam pada itu, Mazlan berkata perbincangan mengenai angka sokongan kekal menjadi subjektif.

“Dapatan kajian juga mungkin berubah. Sikap responden semasa kajian dijalankan tidak sama dengan semasa mereka memangkah kertas undi.”

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/02/ph-hanya-dapat-tujuh-peratus-undi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Strategi Pecahkan Dominasi Islam Melayu Dalam Pentadbiran Negara Umno Hanya Bisu

Strategi Pecahkan Dominasi Islam Melayu Dalam Pentadbiran Negara Umno Hanya Bisu

papar berkaitan - pada 16/2/2023 - jumlah : 151 hits
Kenyataan Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang P Ramasamy disifatkan sebagai suara parti itu yang mendedahkan strategi sedang disusun untuk memecahkan dominasi Melayu Islam di negara ini Penganalisis politik dan pendakwah Prof Dr Mohd Ridhua...
Anwar Tolak Cadangan Kurang Dominasi Melayu Dalam Perkhidmatan Awam

Anwar Tolak Cadangan Kurang Dominasi Melayu Dalam Perkhidmatan Awam

papar berkaitan - pada 12/2/2023 - jumlah : 140 hits
freemalayaiatoday com February 11 2023 7 00 PMLaporan tahun lalu mendedahkan kira kira 90 daripada 1 2 juta penjawat awam adalah Bumiputera PETALING JAYA Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan tidak akan mempertimbangkan cadangan su...
Kenapa Perkauman Dilambakkan Kepada Melayu Sahaja Mb Kedah

Kenapa Perkauman Dilambakkan Kepada Melayu Sahaja Mb Kedah

papar berkaitan - pada 14/2/2023 - jumlah : 347 hits
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mempersoalkan tindakan meletakkan kesalahan ke atas orang Melayu dan Islam sahaja apabila timbul sesuatu isu berkaitan perkauman sedangkan kaum lain juga kerap membangkitkan perkara rasi...
Kalau Melayu Tak Sampai Lima Minit Dah Kena Angkut

Kalau Melayu Tak Sampai Lima Minit Dah Kena Angkut

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 110 hits
Betul ke Persepsi atau realiti Silap Hari Dan bulan tukang protest akan di angkut
Kenapa Biar Kenyataan Biadab Terhadap Melayu Tanpattindakan Susulan

Kenapa Biar Kenyataan Biadab Terhadap Melayu Tanpattindakan Susulan

papar berkaitan - pada 15/2/2023 - jumlah : 217 hits
SESIAPA yang selalu berurusan dengan para pegawai atau kerani kaunter di mana mana agensi atau jabatan kerajaan atau institusi institusi yang berkaitan perkhidmatan awam pasti akan bersemuka dengan individu individu terlatih yang lazimnya a...
Restoran Sukhothai Bukit Beruntung Sajikan Masakan Melayu Dan Thai

Restoran Sukhothai Bukit Beruntung Sajikan Masakan Melayu Dan Thai

papar berkaitan - pada 11/2/2023 - jumlah : 286 hits
Assalamualaikum w b t Sajian Masakan Melayu dan Thai Baru baru ini Mamayanie sempat singgah makan di Restoran Sukhothai Bukit Beruntung Jika dari rumah Mamayanie lebih The post appeared first on
Singgah Di Masjid Selat Melaka Masjid Terapung Dengan Seni Bina Melayu Dan Timur Tengah

Singgah Di Masjid Selat Melaka Masjid Terapung Dengan Seni Bina Melayu Dan Timur Tengah

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 423 hits
Nampak Masjid Selat Melaka dari kejauhan melalui tingkap tempat kami menginap di terus rancang nak ke Masjid Selat Melaka lepas check out Bila sampai di Masjid Selat Melaka tengahari memang tak ramai orang Boleh dikira dengan jari Kebanyakk...
Suka Dengan Chryseis Sebab Pilih Nama Anak Kemelayuan Kacukan Melayu Cina Chryseis Dedah Wajah Nama Bayi Kedua

Suka Dengan Chryseis Sebab Pilih Nama Anak Kemelayuan Kacukan Melayu Cina Chryseis Dedah Wajah Nama Bayi Kedua

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 369 hits
Pasangan usahawan terkenal SM Faliq dan Chryseis Tan akhirnya mendedahkan wajah cahaya mata keduanya dan turut berkongsi nama bayi lelaki di usia 21 hari Cahaya mata kedua yang juga cucu kepada ahli perniagaan terkenal Tan Sri Vincent Tan i...
Pasangan Pakar Motivasi Terkenal Dalam Negara Umum Bercerai Rupanya Suami Tambah Satu Lagi Isteri Berusia 24 Tahun

Kuih Raya Homemade By Nieyl

In Paris 5 Stores To Find Chanel Dior And More At A Markdown

Karnival Ipma 2025 Tarikh Lokasi

Growth Mindset In Startups

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Saat Istri Puasa Sunnah Syawal Dan Suami Mengajak Mana Yang Lebih Utama

Buasir Otak Tv Makanan Apa Yang Menjerit Be Like

What A Coincidence

Choosing The Best Dentist In Orland Park What Really Matters

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Pelakon Kelahiran Malaysia Stephenie Lim Ceraikan Pelakon Hk Sun Xing Untuk Kali Kedua