Ph Dikhuatiri Tidak Dapat Manfaat Kekalkan Orang Sendiri Terajui Pac Ismail Sabri


Wartawan MalaysiaGazette Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) dikhuatiri tidak mendapat apa-apa manfaat selain ‘persepsi demi persepsi’ sekiranya kerajaan terus mengekalkan orang sendiri, Datuk Seri Ronald Kiandee, mengetuai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)

Tindakan tersebut juga dilihat tidak sejajar ketika Speaker Dewan Rakyat sedang melaksanakan pembaharuan institusi.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dengan jawatankuasa itu berkuasa memanggil orang untuk hadir di hadapannya atau meminta mengeluarkan surat, rekod serta penyata kepada Majlis, pelantikan Pengerusi PAC daripada pembangkang dipercayai akan berperanan sebagai semak dan imbang yang berkesan untuk mengekang ketirisan dan salah guna kuasa.

Tambah beliau, jika tiada semak dan imbang, sesuatu yang tidak baik tetap akan berlaku sehingga mungkin terjadi wakil rakyat PH tidak dapat ditegur dan dihalang.

“Oleh itu, saya menggesa Perdana Menteri agar mengkaji semula keputusan beliau untuk mengekalkan wakil parti kerajaan menjadi pengerusi PAC, lebih-lebih lagi apabila 2 Ahli Parlimen parti kerajaan iaitu YB Nurul Izzah Datuk Seri Anwar dan YB Hanna Yeoh telah membuat kenyataan supaya pengerusi PAC disandang oleh wakil pembangkang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO menyatakan demikian bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini bahawa semua parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) sebulat suara bersetuju ahli baharu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu terus kekal menjalankan tanggungjawab itu di Parlimen.

Menurut Ismail Sabri, walaupun banyak janji PH tidak ditepati, namun sekurang-kurangnya janji PAC ditepati jika Ronald tidak menerajui PAC dan ia selaras dengan janji kerajaan untuk mentransformasikan parlimen.

“Saya melahirkan rasa kesal kerana kerajaan Pakatan Harapan terus mengekalkan Ronald Kiandee mengetuai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara walaupun Ahli Parlimen Beluran itu harus melepaskan jawatan Pengerusi PAC setelah menyertai Parti Bersatu, salah sebuah komponen PH,” jelas beliau.

Menurutnya, perkara tersebut bertentangan dengan janji PH dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan melantik pemimpin pembangkang mengetuai PAC.

Seharusnya, tambah Ismail Sabri, jawatan Pengerusi PAC diisi oleh pembangkang yang bukan sahaja untuk meneruskan akuntabiliti eksekutif, malah untuk memeriksa dan memantau urusan kewangan negara.

Selain itu, katanya, ia dapat memastikan ketelusan pengurusan dan pentadbiran kewangan negara ditadbir secara baik dan sempurna. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/ph-dikhuatiri-tidak-dapat-manfaat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Baru Dap Prejudis Terhadap Islam Ismail Sabri

Bukan Baru Dap Prejudis Terhadap Islam Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 327 hits
KUALA LUMPUR 19 Mac Pelbagai kenyataan oleh pemimpin pemimpin Dap berkenaan hubungan kerjasama UMNO PAS yang kemudiannya dikaitkan pula dengan insiden pembunuhan beramai ramai di Christchurch menunjukkan bahawa persepsi terhadap Islam tidak...
Ismail Sabri Pas Umno Bincang Isu Sebelum Bahas Di Parlimen

Ismail Sabri Pas Umno Bincang Isu Sebelum Bahas Di Parlimen

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 447 hits
PARLIMEN Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke 14 yang bermula hari ini dijangka hangat dengan pelbagai isu serta usul yang dibangkitkan ahli parlimen dari kerajaan dan pembangkang Menurut ketua pembangkang yang baru Ismail Sabri Yaak...
Taliban Slur Because Pakatan Scared Of Pas Umno Says Ismail Sabri

Taliban Slur Because Pakatan Scared Of Pas Umno Says Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 348 hits
Comparisons of PAS and Umno to Afghani Taliban were meant to cause fear of the new partnership claimed Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob The new federal opposition leader told reporters that Pakatan Harapan was scared and felt threatened of th...
Ismail Sabri Appointed New Opposition Leader

Ismail Sabri Appointed New Opposition Leader

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 214 hits
The opposition bloc in the new Parliament session beginning Monday will be led by Bera MP Ismail Sabri who will replace Bagan Datuk MP Ahmad Zahid Hamidi Acting Umno president Mohamad Hasan said Ismail s appointment was made based on his se...
Ismail Sabri Dilantik Ketua Pembangkang Di Parlimen

Ismail Sabri Dilantik Ketua Pembangkang Di Parlimen

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 346 hits
KUALA LUMPUR 7 Mac Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai ketua pembangkang di Parlimen menggantikan tugas yang digalas oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi umum Timbalan Presiden yang menjalankan tugas tugas Pr...
Guan Eng Ulangi Suara Menghasut Kit Siang 13 Mei 1969 Ismail Sabri

Guan Eng Ulangi Suara Menghasut Kit Siang 13 Mei 1969 Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 443 hits
Tindakan Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan bahawa kerjasama rasmi UMNO Pas sebagai perisytiharan perang terhadap orang bukan Melayu tidak ubah seperti tindakan bapanya Lim Kit Siang yang memimpin DAP pada 13 Mei 1969 yang akhirnya mencetu...
Cuba Sendiri Riasan Kuku Menarik Ini

Cuba Sendiri Riasan Kuku Menarik Ini

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 242 hits
Serikan rias kuku dengan teknik ala profesional mengikut langkah mudah yang dikongsikan Kuku yang rapi dan bersih melambangkan personaliti seseorang Jelita sentiasa menggalakkan anda melakukan rawatan manicure dan pedicure di salon atau pun...
6 Langkah Buat Sendiri Yougurt Senang Jimat

6 Langkah Buat Sendiri Yougurt Senang Jimat

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 333 hits
Ini 6 Cara Buat Sendiri Yogurt Senang Jimat Anak anak memang pantang tengok yogurt pelbagai perisa yang ada dijual di pasaran Sebab tu setiap kali beli barang dapur di pasaraya yogurt antara barang makanan wajib beli bagi mak mak yang ada a...
Tips Menyediakan Surat Perjanjian Pinjaman Sendiri Supaya Senang Nak Tuntut Di Mahkamah

Tips Menyediakan Surat Perjanjian Pinjaman Sendiri Supaya Senang Nak Tuntut Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 402 hits
Hutang perlu dibayar tak boleh tidak Ia satu kewajipan Sebagai seorang Muslim walaupun hutang itu cuma RM1 ia wajib dibayar kalau tidak segala amalan baik yang kita buat di dunia akan tergantung disebabkan hutang yang tidak berbayar ini Itu...
Land Swaps Land Grabs And Ugly Hands Of Politicians

Reason Will Probably Prevail Pm Anwar Says Asia Global Trade May Survive Initial Shock Of Trump 2 0

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Ktmb Introduces Special Train Service For Cny

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Yoursay Politicians Only Seem To Divide Nation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Apom Manis Bubur Campur

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

Majlis Sanding Ayuni

Ebook Berpantang Panduan Lengkap Untuk Ibu Berpantang

Menu Berbuka Semalam

Exists Kau Lebih Dari Kejora Chord