Ph Dah Tiada Masa Angkat Segera Anwar Jadi Pm Untuk Pulih Imej Kata Adun Pkr Viralhancing


KATA ADUN Berikutan kekalahan Pakatan Harapan (PH) sebanyak dua kali berturut-turut dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) baru-baru ini, saya percaya kerajaan PH perlu bertindak segera untuk memperbetulkan kesilapan yang telah mengundang rasa ketidakpuasan hati rakyat.


Saya yakin bahawa untuk menentukan hala tuju masa depan PH, Anwar Ibrahim perlu diangkat sebagai Perdana Menteri ke-8 seperti dipersetujui sebelum ini.

Seperti yang kita semua sedia maklum, Anwar mahir dalam urusan ekonomi negara. Pengalaman yang dimiliki oleh beliau sebagai mantan timbalan perdana menteri Malaysia merangkap menteri kewangan Malaysia akan menjadi tunjang kekuatan beliau untuk menjadi pemerintah yang berkesan.

Rombakan kabinet

Di samping itu, proses rombakan kabinet perlu dilaksanakan kerana didapati terdapat juga beberapa jemaah menteri tidak memainkan peranan selaras dengan portfolio diberikan. Pegawai-pegawai tertinggi yang tidak efisien di setiap kementerian juga perlu digantikan bagi melicinkan perjalanan pentadbiran dengan berkesan.

Saya berpendapat kekalahan PH di dua PRK bukan kerana rakyat beralih kepada BN tetapi untuk memberi mesej tersirat kepada PH bahawa hukuman tersebut adalah kerana kegagalan mengotakan janji yang masih menjadi tunggakan kerajaan.

Oleh yang demikian, PH perlu segera bangkit dan memperbetulkan keadaan supaya kerajaan baru ini terus dikekalkan sebagai kerajaan pilihan di PRU15.

Sekiranya PH lewat bertindak kemungkinan besar akan menerima impak yang besar pada PRU15, dengan ini segala usaha yang dilakukan untuk menukar kerajaan yang korup selepas 60 tahun memerintah negara ini menjadi sia-sia dan usaha ke arah membentuk Malaysia Baru tidak tercapai sepenuhnya.

Maka dengan ini saya menyeru agar kerajaan menyegerakan proses peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri kepada Anwar dimana ia menjadi satu titik permulaan untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap PH semula.

Seperti dinyatakan di atas pengalaman Anwar ia akan menjadi tunjang kekuataan beliau dan Kerajaan PH. Hubungan baik beliau dengan pemimpin-pemimpin negara luar juga akan membantu negara kita dari segi ekonomi dan memacu negara kita ke arah negara maju.

Di sini saya juga menyarankan kerajaan PH untuk mewujudkan polisi-polisi baru yang relevan dengan keadaan masa kini memandangkan kita masih menggunakan polisi yang sedia ada dimana ia diwujudkan semasa pemerintahan BN. Sebagai kerajaan pemerintah baru, PH harus memperkenalkan polisi-polisi baru demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat bagi membuktikan PH sebagai kerajaan prihatin yang mempedulikan rakyat.

Dalam konteks ini, polisi yang menjadi keutamaan buat masa sekarang ialah menangani peningkatan kos sara hidup yang semakin menekankan bukan sahaja golongan B40 namun semua lapisan rakyat.


Perlu tunai janji manifesto

Sejajar dengan ini, usaha menunaikan janji-janji yang terkandung dalam manifesto PRU14 perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa memandangkan kewangan negara masih terumbang-ambing disebabkan parti pemerintah yang lalu dan kini masih dalam proses pemulihan, kita tetap perlu berusaha untuk mencari jalan untuk menunaikan janji-janji manifesto contohnya penangguhan pembayaran balik pinjaman PTPTN dan penstabilan harga minyak.

Kedua-dua perkara ini perlu diberi keutamaan memandangkan pinjaman PTPTN melibatkan pengundi muda manakala harga minyak membabitkan dari anak muda hingga warga emas. Kini di media sosial dapat dilihat anak-anak muda sudah mula menunjukkan rasa ketidakpuashatian terhadap kerajaan PH di ruangan komen.

Anwar merupakan individu yang terbaik dimana beliau berwibawa untuk memperkenalkan jalan penyelesaian atau formula baru menangani peningkatan kos sara hidup di samping merancang hala tuju kerajaan PH. Diharapkan pengumuman proses peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri kepada Anwar sebagai PM ke-8 akan diumumkan dalam tempoh masa terdekat.

KUMARESAN ARAMUGAM adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Uban, Ketua AMK Bayan Baru dan Naib Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Pulau Pinang (MPNPP) serta Ketua AMK Bayan Baru.

Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Sumber Malaysiakini

https://m.malaysiakini.com/news/466459?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.headbomb.net/2019/03/ph-dah-tiada-masa-angkat-segera-anwar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Tetap Akan Jadi Pm Sikit Masa Lagi Kata Anwar Ibrahim Viralhancing

Saya Tetap Akan Jadi Pm Sikit Masa Lagi Kata Anwar Ibrahim Viralhancing

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 381 hits
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis dan yakin akan menggalas tanggungjawab sebagai Perdana Menteri kelapan dalam tempoh kurang dua tahun Dalam temu ramah bersama Bloomberg Television semalam Anwar berkata beliau yakin Perdana Ment...
Bn Akan Mesyuarat Segera Bincang Masa Depan Kata Mohamad Hasan

Bn Akan Mesyuarat Segera Bincang Masa Depan Kata Mohamad Hasan

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 310 hits
KUALA LUMPUR Satu mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Barisan Nasional akan diadakan dalam masa terdekat untuk membincang kenyataan MCA dan MIC yang bertindak mengeluarkan kenyataan bersama mahu melihat kemungkinan menubuhkan gabungan parti ya...
Mahathir Boleh Letak Jawatan Segera Kata Pemimpin Dap Johor Viralhancing

Mahathir Boleh Letak Jawatan Segera Kata Pemimpin Dap Johor Viralhancing

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 385 hits
PETALING JAYA Pemimpin DAP Johor Dr Boo Cheng Hau hari ini mendesak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan kerana memperlekeh manifesto Pakatan Harapan pilihan raya umum ke 14 Boo yang juga ahli jawatankuasa DAP negeri berk...
Adun Pkr Gesa Anwar Diangkat Jadi Pm Secepat Mungkin

Adun Pkr Gesa Anwar Diangkat Jadi Pm Secepat Mungkin

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 215 hits
Diterbitkan Hari ini 12 02 tengahariKATA ADUN Berikutan kekalahan Pakatan Harapan sebanyak dua kali berturut turut dalam Pilihan Raya Kecil baru baru ini saya percaya kerajaan PH perlu bertindak segera untuk memperbetulkan kesilapan yang te...
Saya Sokong Anwar Jadi Pm Kata Nazri Selepas Tersingkir

Saya Sokong Anwar Jadi Pm Kata Nazri Selepas Tersingkir

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 277 hits
March 8 2019 8 12 PMBekas menteri undang undang Nazri Aziz PETALING JAYA Nazri Aziz memberi sokongan penuh kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri seterusnya beberapa jam selepas dia disingkirkan dari jawatan setiausaha ag...
Kerjasama Pas Umno Ibarat Taliban Di Afghanistan Kata Nga Kor Ming Viralhancing

Kerjasama Pas Umno Ibarat Taliban Di Afghanistan Kata Nga Kor Ming Viralhancing

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 347 hits
Kerjasama UMNO dengan Pas akan memecah belahkan rakyat dan menyebabkan negara menjadi seperti Afghanistan yang diperintah oleh Taliban jika dua parti itu berjaya membentuk kerajaan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Nga Kor Ming berkata pembentu...
Undi Tidak Percaya Naratif Pas Untuk Elak Isu Rm90 Juta Kata Anwar

Undi Tidak Percaya Naratif Pas Untuk Elak Isu Rm90 Juta Kata Anwar

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 321 hits
Kena tanya Pas benar atau bohong kenyataan itu kerana sebelum ini Pas halalkan bohong dan mereka mengaku boleh bohong untuk kepentingan parti kata Anwar Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa tuduhan bahawa ada usaha untuk membuat undi tidak per...
Komuniti Yang Menolak S Streram Sebagai Calon Akan Dihukum Kata Mb N9 Viralhancing

Komuniti Yang Menolak S Streram Sebagai Calon Akan Dihukum Kata Mb N9 Viralhancing

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 424 hits
KUALA KLAWANG Menteri Besar Aminuddin Harun berkata 11 pengerusi dan setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung DUN Rantau yang membuat bantahan sebulat suara menolak Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau S Streram sebagai calon pilihan raya ...
Sebut Malu Apa Bossku Haram Manifesto Ph Menipu Rakyat Tidak Haram Kata Ustaz Pro Kerajaan Viralhancing

Sebut Malu Apa Bossku Haram Manifesto Ph Menipu Rakyat Tidak Haram Kata Ustaz Pro Kerajaan Viralhancing

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 742 hits
Seorang pendakwah bebas menempelak penggunaan perkataan Malu apa bossku sensasi Internet yang diperkenalkan bekas perdana menteri Najib Razak Malu apa bossku haram Sesungguhnya malu itu adalah daripada iman Kau tak ada iman ke Apa ni Sahaba...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya