Ph Cadang Kerajaan Beri Elaun Rm1 000 Mac April



Lanjutan tempoh kawalan pergerakan yang diumumkan PM Muhyiddin Yassin tidak sewajarnya tanpa kerajaan Perikatan Nasional memberi elaun secukupnya kepada rakyat.
Majlis Setiausaha Pakatan Harapan berkata, kerajaan sepatutnya memberi elaun RM1,000 tiap-tiap bulan pada Mac dan April kepada penerima Bantuan Sara Hidup (B40).
Menurut PH, meskipun Bank Negara mengumumkan penangguhan enam bulan bayaran pinjaman bank, langkah tersebut tidak cukup dalam membantu segelintir rakyat seperti golongan yang menyewa rumah atau peniaga kecil.
“Ini akan menjadi relevan untuk mengekalkan mereka yang berada di sektor tidak formal atau tiada pendapatan tetap yang merupakan segmen besar tenaga kerja negara.
“Malah, mereka yang mempunyai pendapatan tetap di sektor formal turut terkesan, tetapi keadaan lebih buruk bagi mereka yang berada di sektor tidak formal.
“Nasib mereka harus segera ditangani untuk mengelakkan masalah kelaparan di kalangan orang ramai serta kegelisahan sosial,” menurut kenyataan itu hari ini.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan wakil pemimpin kanan PKR, Amanah dan DAP, iaitu Saifuddin Nasution, Hatta Ramli dan Liew Chin Tong.
Antara cadangan lain sebagai tindakan tambahan ialah kemudahan tunai buat Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) dan rangsangan tambahan hampir RM150 bilion.
Menurutnya, jumlah peruntukan tersebut dapat meredakan aliran tunai bagi perniagaan kecil.
“Ini akan memastikan PKS dapat mengekalkan tenaga kerja mereka dan terus hidup selagi keadaan ekonomi yang mencabar kekal,” katanya.
Pakej ransangan RM150 bilion
Katanya, memandangkan terdapat kajian yang menjangkakan anggaran jumlah kerugian pendapatan isi rumah berikutan krisis tersebut pada tahap RM95 bilion, maka dilihat beberapa langkah diumumkan dalam pakej pertama tidak dapat mencapai kerberkesanan dalam tempoh PKP.
“Kami mencadangkan pakej rangsangan tambahan yang lebih besar, supaya jumlahnya menghampiri RM 150 bilion, atau 10 peratus KDNK tahunan Malaysia.
“Di peringkat antarabangsa, negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Jerman mengamalkan anggaran yang sama, dan melaksanakan pakej rangsangan fiskal sekitar 10 peratus KDNK mereka,” katanya.
Manakala, cadangan lain merupakan moratorium bagi bil utiliti terkumpul selama enam bulan yang melibatkan perkhidmatan utiliti seperti Tenaga Nasional, Telekom Malaysia dan syarikat telekomunikasi.
“Mereka juga harus membenarkan pembayaran balik secara ansuran selepas tempoh enam bulan tersebut.
“Langkah ini akan membantu isi rumah dan perniagaan menumpukan usaha pada waktu PKP ini dan seterusnya jangkamasa pemulihan dalam tempoh enam bulan.
“Tindakan segera dan berani diperlukan untuk menangani waktu yang luar biasa ini,” katanya.
Kerajaan telah melaksanakan perintah kawalan pergerakan bermula 18 Mac hingga 30 Mac ini bagi membendung penularan wabak Covid-19.
Perintah itu antara lain mewajibkan penutupan kebanyakan premis perniagaan, sekolah dan institut pengajian tinggi, serta premis kerajaan dan swasta melainkan
perkhidmatan penting, yang secara tidak langsung menjejaskan kewangan banyak pihak.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/26847

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Give Extra Rm1 000 Each To The Needy In March April Instead Of Dipping Into Epf Savings Pakatan Tells Putrajaya

Give Extra Rm1 000 Each To The Needy In March April Instead Of Dipping Into Epf Savings Pakatan Tells Putrajaya

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 261 hits
Pakatan Harapan has suggested for Putrajaya to instead disburse additional aid of RM1 000 twice in March and April to recipients of the Bantuan Sara Hidup financial aid Amid the Covid 19 pandemic PH said such a move would cost Putrajaya RM8...
Gaji 80 000 Pekerja Kontrak Perkhidmatan Kerajaan Ditanggung

Gaji 80 000 Pekerja Kontrak Perkhidmatan Kerajaan Ditanggung

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 342 hits
Kerajaan bersetuju untuk membayar gaji yang ditanggung kontraktor perkhidmatan bagi pekerja mereka yang mendapat kontrak bagi sekolah institusi pengajian dan agensi kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan walaupun pekerja tida...
Kerajaan Memperuntukkan Rm60 Juta Untuk 120 000 Pemandu Seru Pandu Melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Baru

Kerajaan Memperuntukkan Rm60 Juta Untuk 120 000 Pemandu Seru Pandu Melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Baru

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 204 hits
Sewaktu pengumuman Pakej Ransgangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang sedang berlangsung Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa kerajaan akan memperuntukkan wang sebanyak RM60 juta untuk 120 000 para pemandu perkhid...
Harga Siling Penutup Hidung Dan Mulut Rm1 50 Seunit Mulai 1 April

Harga Siling Penutup Hidung Dan Mulut Rm1 50 Seunit Mulai 1 April

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 231 hits
UMNO ONLINE PUTRAJAYA Kerajaan menetapkan harga siling baharu bagi penutup hidung dan mulut atau topeng muka adalah RM1 50 seunit berkuat kuasa 1 April ini kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Beliau berkata harga baharu itu le...
Rm500 Untuk Kakitangan Pesara Kerajaan Pada April

Rm500 Untuk Kakitangan Pesara Kerajaan Pada April

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 217 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan akan memberikan bantuan tunai RM500 secara one off kepada lebih 1 5 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk pekerja kontrak serta 850 000 pesara perkhidmatan awam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ...
Face Mask Ceiling Price Set At Rm1 50 Per Piece Effective April 1

Face Mask Ceiling Price Set At Rm1 50 Per Piece Effective April 1

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 263 hits
The new ceiling price for ace masks has been fixed at RM1 50 per piece effective April 1 the government announced today 8211 Bernama file photo PUTRAJAYA The new ceiling price for face masks has been fixed at RM1 50 per piece effective Apri...
Kad Afterburner Apple Mac Pro Kini Dijual Secara Berasingan Harga Hanya Rm8 000

Kad Afterburner Apple Mac Pro Kini Dijual Secara Berasingan Harga Hanya Rm8 000

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 292 hits
Kad afterburner adalah perkakasan penting bagi pengguna profesional dalam bidang perfileman atau menyunting video Di dalam Mac Pro baharu kad afterburner ini digunakan untuk mempertingkatkan sistem alir kerja Apple ProRes dan ProRes RAW unt...
Kerajaan Akan Menawarkan Internet Percuma Untuk Semua Bagi Tempoh Pkp Bermula 1 April 2020

Kerajaan Akan Menawarkan Internet Percuma Untuk Semua Bagi Tempoh Pkp Bermula 1 April 2020

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 425 hits
Perdana Menteri hari ini telah mengumumkan Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat sekaligus turut menyentuh penawaran dalam industri telekomunikasi dan multimedia Menurut Perdana Menteri beberapa pakej khas akan ditawarkan dengan kerjasama...
Kerajaan Tambah Makmal Lebih 37 000 Sudah Saring Covid 19

Kerajaan Tambah Makmal Lebih 37 000 Sudah Saring Covid 19

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 240 hits
SHAH ALAM 30 MAC Sejumlah 37 674 individu sudah melalui ujian saringan bagi mengesan Covid 19 di negara ini sehingga semalam kata Kementerian Kesihatan Malaysia Mengikut data di Facebook KKM hari ini hasil saringan berkenaan 26 991 didapati...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Tips Memilih Mesin Minuman Untuk Cafe Dan Restoran

Minggu Asperasi Dan Kecemerlangan Pelajar 2024 2025

Anwar Tak Mahu Najib Alami Nasib Sama Di Penjara

Jualan Biskut Raya 2025

A Culinary Journey Through The Heart Of Southeast Asia

Consultant