Ph Bn Belum Mulakan Perbincangan Rasmi Pengagihan Kerusi Prn


malaysiakini.com
Bernama
Diterbitkan: Jan 24, 2023 8:59 AM
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata PH belum mengadakan perbincangan rasmi dengan BN berhubung pembahagian kerusi yang akan ditandingi kedua-dua gabungan itu pada PRN di enam negeri akan datang.

Bagaimanapun, beliau yang juga pengerusi PH berkata tiada halangan untuk pimpinan parti itu di peringkat negeri bagi mengadakan perbincangan dengan BN berhubung perkara tersebut.

"Perbincangan pembahagian kerusi dengan BN secara rasmi belum, walaupun saya tidak menghalang pimpinan di peringkat negeri mengadakan perbincangan, perbincangan secara rasmi itu belum dimulakan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Kenduri Rakyat bersama Perdana Menteri di Cherok Tok Kun di Bukit Mertajam, Pulau Pinang malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada PH dan BN telah mengadakan rundingan mengenai pembahagian kerusi yang akan ditandingi pada PRN di enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan.

Sabtu lepas, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli dilaporkan berkata PH sudah memulakan perbincangan bersama BN mengenai kerjasama dalam PRN yang bakal diadakan tidak lama lagi tetapi ia berlangsung secara tidak rasmi.

Sementara itu, Anwar berkata beliau tidak akan mencampuri urusan PAS yang mahu menentukan sendiri tarikh bersesuaian untuk membubarkan DUN di tiga negeri ditadbir parti itu iaitu Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Bagaimanapun, beliau berkata sekiranya PRN di tiga negeri ditadbir PAS tidak diadakan serentak dengan tiga negeri yang ditadbir PH (Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan), ia mungkin menyebabkan kos keseluruhan PRN di keenam-enam negeri berkenaan meningkat.

"Itu hak mereka masing-masing dan dia rujuk dengan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) bukan urusan saya, cuma kos untuk mengadakan pilihan raya secara berasingan itu tentunya akan jauh meningkat," katanya.

Baru-baru ini Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata PAS akan menentukan sendiri tarikh bersesuaian untuk membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada PRN di tiga negeri ditadbir parti itu.

-Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/01/ph-bn-belum-mulakan-perbincangan-rasmi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pkr Umno Negeri Sudah Mulakan Perbincangan Tak Rasmi

Pkr Umno Negeri Sudah Mulakan Perbincangan Tak Rasmi

papar berkaitan - pada 22/1/2023 - jumlah : 253 hits
BernamaSudah ada perbincangan tidak rasmi antara PKR dan Umno di peringkat negeri termasuk Terengganu berkenaan Pilihan Raya Negeri kata Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli Beliau berkata bagaimanapun perbincangan itu hanyalah proses suai ke...
Prn Selangor Amanah Umno Sasar Pengundi Sama Tak Logik Pkr Serah Kerusi Azmin

Prn Selangor Amanah Umno Sasar Pengundi Sama Tak Logik Pkr Serah Kerusi Azmin

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 317 hits
Anne MuhammadPETALING JAYA Barisan Nasional akan terpaksa bertolak ansur dalam rundingan PRN dengan Pakatan Harapan di Selangor meskipun pilihan kerusi yang ada adalah terhad kata penganalisis Azmi Hasan dari Akademi Nusantara berkata BN da...
Prn Bn S Gor Optimis Kerjasama Dengan Ph Mca Tegas Tuntut Kerusi

Prn Bn S Gor Optimis Kerjasama Dengan Ph Mca Tegas Tuntut Kerusi

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 168 hits
malaysiakini comBN Selangor optimis berhubung kemungkinan memeterai kerjasama pilihan raya dengan PH untuk PRN yang akan diadakan tahun ini Pada masa sama MCA Selangor bertegas bahawa parti itu tidak dipinggirkan dalam kerjasama itu Pengeru...
Prn Selangor Rafizi Ramal Ph Mampu Menang 45 Kerusi Hilang 8 Kerusi

Prn Selangor Rafizi Ramal Ph Mampu Menang 45 Kerusi Hilang 8 Kerusi

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 210 hits
Yasmin RamlanTimbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menjangkakan Pakatan Harapan mampu menang sekurang kurangnya 45 kerusi dewan undangan negeri di Selangor sekiranya jentera berkerja keras pada pilihan raya negeri akan datang Melihat ia sebaga...
Ph Bn Boleh Menang 53 Kerusi Dun Dalam Prn Selangor

Ph Bn Boleh Menang 53 Kerusi Dun Dalam Prn Selangor

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 287 hits
MALAYSIADATELINE Pakatan Harapan dan Barisan Nasional berpotensi untuk menawan kira kira 53 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri jika kedua duanya bergabung dalam Pilihan Raya Negeri Selangor akan datang Timbalan Presiden PKR Rafizi Ram...
Pembahagian Kerusi Prn Umno Bn Dijangka Dapat Kerusi Paling Sedikit

Pembahagian Kerusi Prn Umno Bn Dijangka Dapat Kerusi Paling Sedikit

papar berkaitan - pada 24/1/2023 - jumlah : 216 hits
agendaily com24 01 2023UMNO bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang didalamnya terdapat DAP untuk membentuk kerajaan pusat Kerusi paling sedikit dijangka akan diberikan kepada UMNO Barisan Nasional dalam pilihan raya negeri nanti Pakatan Ha...
Khairy Mungkin Buat Comeback Dalam Prn Selangor

Khairy Mungkin Buat Comeback Dalam Prn Selangor

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 258 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata beliau sedang mempertimbangkan untuk kembali berpolitik pada pilihan raya negeri Selangor akan datang Khairy memberitahu Channel NewsAsia berkata beliau percaya Se...
Prn Pas Jumpa Pemimpin Ph Minggu Hadapan

Prn Pas Jumpa Pemimpin Ph Minggu Hadapan

papar berkaitan - pada 26/1/2023 - jumlah : 176 hits
MALAYSIADATELINEPAS akan mengadakan pertemuan bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri di tiga negeri yang diterajui oleh Pakatan Harapan untuk membincangkan tarikh Pilihan Raya Negeri bagi membolehkan ia diadakan serentak dengan tiga negeri...
Harapan Cerah Pn Rampas Selangor Dalam Prn Selepas Tinjauan Pemuda

Harapan Cerah Pn Rampas Selangor Dalam Prn Selepas Tinjauan Pemuda

papar berkaitan - pada 25/1/2023 - jumlah : 230 hits
agendaily com25 01 2023Ketua Pemuda Perikatan Nasional yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari Pemuda Perikatan Nasional dikatakan sudah selesai melakukan tinjauan awal pendapat berhubung tingkah laku pengundi di Selangor bagi...
Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

Cuktech Perkenal Keperluan Pengecasan Pintar Untuk Setiap Peranti Moden

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku