Ph Bersatu Di Johor Selari Dengan Kehendak Majlis Presiden



Krisis Umno – Bersatu di Johor belum merebak menjadi bencana perpecahan. Namun bagi pesaing politik dalam Pakatan Harapan (PH) idea Bersatu + PH sebagaimana di Kedah kurang disenangi oleh komponen PKR.
Semalam, Setiausaha Pemuda PKR (AMK) Ahmad Syukri Che Razab membidas idea Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub mahu menerima semula Bersatu dan membentuk kerajaan negeri Johor. Syukri menganggap idea tersebut sebagai tidak bermaruah.
Bagaimanapun sayap Wanita dan Pemuda Amanah tampil membela Salahuddin dan berkata PH sedia menerima Bersatu Johor kembali.
Dalam kenyataan bersama, jurucakap Wanita dan Pemuda Amanah berkata kenyataan Salahuddin berkenaan merupakan “suatu yang kerap dibincang dan ditekankan oleh Majlis Presiden PH sejak awal”.
“Bahkan (ia dibincangkan) dalam mesyuarat Majlis Presiden PH bersama Dr Mahathir Mohamad yang telah diadakan pada 29 Februari 2020 yang lalu di Yayasan Al Bukhari, Kuala Lumpur,” kata Aiman Ketua Wanita Amanah Athirah Sabu dan Timbalan Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin.
Mengulas lanjut, sayap Wanita dan Pemuda Amanah berkata, Ahmad Shukri mungkin terkhilaf sambil menyorot bahawa Salahuddin bukan orang yang bertanggungjawab meruntuhkan PH.
Mereka juga berkata Salahuddin menganggotai Majlis Presiden PH dan menurut mereka, sudah tentu memahami, menjiwai semangat dan idea yang ada dalam majoriti kepimpinan Majlis Presiden PH.
“Sejauh yang kami lihat dan cermati, apa yang disuarakan oleh Salahuddin itu adalah selari dengan semangat dan perbincangan dalam Majlis Presiden PH,” kata mereka.
Justeru, kata mereka lagi, keutamaan buat PH adalah mengembalikan mandat rakyat dalam pilihan raya umum lalu dan “membawa kembali mereka yang tersilap dan terkhilaf ke landasan asal”.
“Selepas terpesona akibat mimpi-mimpi indah yang digambarkan kepada mereka oleh sosok-sosok tertentu, mereka perlu dikejutkan dan dibawa keluar daripada mimpi-mimpi itu yang kini ternyata sudah bertukar menjadi mimpi ngeri.
“Umum menyedari bahawa bukan semua pemimpin dan ahli Bersatu yang bersama pengkhianatan yang telah berlaku, sama sepertimana bukan semua pemimpin dan ahli PKR yang khianat,” katanya.
Mereka juga menyorot bahawa Bersatu kini terpecah kepada dua kumpulan iaitu, penyokong Mahathir dan penyokong Muhyiddin Yassin.
“Kita perlu fokus dan berjiwa besar untuk memperkukuhkan sebuah perjuangan dan kerjasama politik yang juga besar.
“Ini wajar difahami secara jujur, bertanggungjawab dan tenang oleh semua kita, khususnya anak-anak muda. Politik yang sangat dinamik dan sangat seni ini perlu diurus dengan minda yang bugar dan sedar,” kata mereka.
Salahuddin sebelum ini berkata PH bersedia menerima semula Bersatu Johor kembali dalam gabungan mereka.
Kenyataan bekas menteri itu hadir di tengah-tengah ketegangan hubungan Umno dan Bersatu di Johor susulan pelantikan politik di agensi kerajaan.
Bersatu Johor sebelum ini mendakwa pelantikan politik, termasuk untuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri, tidak dilakukan secara adil dan menuduh Umno mengetepikan parti mereka.
Muhyiddin yang juga presiden Bersatu, pada Feb lalu membawa partinya keluar daripada PH, yang menyaksikan kerajaan PH tumbang.
Bersama sekumpulan bekas ahli parlimen PKR yang dipimpin Mohamed Azmin Ali, Bersatu menubuhkan kerajaan Perikatan Nasional bersama BN, PAS, Umno dan GPS pada Mac lalu.
Bagaimanapun Mahathir, yang juga pengerusi Bersatu, dan penyokongnya tidak bersetuju dengan langkah berkenaan.
Ahli parlimen Langkawi itu baru-baru ini mengesahkan akan duduk di kerusi pembangkang pada sidang parlimen 18 Mei ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/27423

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersatu Jangan Cakap Banyak Kalau Berani Bubarlah Dun Johor

Bersatu Jangan Cakap Banyak Kalau Berani Bubarlah Dun Johor

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 398 hits
Nur Jazlan Mohamad TIMBALAN Pengerusi UMNO Johor Datuk Nur Jazlan Mohamed mengingatkan Bersatu atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia di negeri itu supaya mencermin diri sendiri dahulu sebelum boleh cakap banyak menguar uarkan kepentingan mere...
Masalah Dengan Umno Johor Boleh Tular Ke Negeri Lain Kata Pemimpin Bersatu

Masalah Dengan Umno Johor Boleh Tular Ke Negeri Lain Kata Pemimpin Bersatu

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 687 hits
Mohd Farhan Darwis PERTELINGKAHAN dengan Umno di Johor perlu diselesaikan segera untuk mengelakkan masalah itu merebak ke negeri lain kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Wan Saiful Wan Jan Katanya masalah itu boleh menular memandang...
Rejoin Pakatan To Form Next State Government Johor Chapter Tells Bersatu Reps

Rejoin Pakatan To Form Next State Government Johor Chapter Tells Bersatu Reps

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 541 hits
Johor Pakatan Harapan today said they welcome any elected representatives including those from Johor Parti Pribumi Bersatu Malaysia to leave the Perikatan Nasional pact and to together uphold the mandate given by the people in the last gene...
Bersatu Umno Berantakan Di Johor

Bersatu Umno Berantakan Di Johor

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 753 hits
Sebelum ini Timbalan Presiden UMNO menegaskan bahawa parti tersebut tidak pernah ada persefahaman dengan PERIKATAN NASIONAL Mereka hanya ada Muafakat Nasional bersama PAS dan BARISAN NASIONAL Justeru PERIKATAN NASIONAL ibarat anak yang lahi...
Senior Bersatu Source Confirms Sd Campaign To Remove Johor Speaker

Senior Bersatu Source Confirms Sd Campaign To Remove Johor Speaker

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 381 hits
A senior Johor Bersatu source has confirmed an effort to collect signatures of the party s assemblypersons in an effort to oust state assembly speaker Suhaizan Kaiat Without going into detail the source confirmed a claim by Johor PKR deputy...
Kenyataan Media Majlis Presiden Pakatan Harapan

Kenyataan Media Majlis Presiden Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 389 hits
23 April 2020BERKENAAN SIDANG PARLIMEN 18 MEIMajlis Presiden Pakatan Harapan hari ini telah membincangkan isu pembukaan serta sidang Parlimen pada 18 Mei 2020 Majlis Presiden melihat wujudnya beberapa pelanggaran kelaziman dan Peraturan Mes...
Pemimpin Bersatu Sahkan Ada Masalah Di Johor Minta Pemimpin Campur Tangan

Pemimpin Bersatu Sahkan Ada Masalah Di Johor Minta Pemimpin Campur Tangan

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 389 hits
Jika para pemimpin ikhlas memperjuangkan agenda penyatuan dan bukan hanya mementingkan diri sendiri seharusnya mereka berusaha memastikan kesatuan bukan mengapi apikan ke arah perpecahan kata Wan Saiful Pemimpin Bersatu mengakui berlakunya ...
Dari Parti Utama Bersatu Kini Underdog Di Johor

Dari Parti Utama Bersatu Kini Underdog Di Johor

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 309 hits
Ng Xiang Yi Dua bulan selepas mengambil alih kuasa keretakan sudah kelihatan dalam gabungan Perikatan Nasional dengan perselisihan antara Bersatu dengan Umno di Johor Bagi adun Bukit Batu daripada PKR Jimmy Puah ia adalah balasan terhadap B...
Masih Ada Peluang Bersatu Untuk Bersama Ph Di Johor

Masih Ada Peluang Bersatu Untuk Bersama Ph Di Johor

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 480 hits
AMNI JAGAT Parti Pribumi Bersatu Malaysia di negeri Johor masih diberi peluang untuk kembali ke pangkuan Pakatan Harapan negeri tersebut Mengulas perkara itu Adun Pulai Sebatang Taqiuddin Cheman berkata keluhan yang disuarakan oleh Setiausa...
M Nasir Gemakan Axiata Arena Dengan Puisi Keinsafan Palestin

Sarapan Di Kedai Nasi Lemak Hussain Tukar Meter Elektrik Digital

Basmi Kemiskinan Perlu Kerjasama Semua Pihak Bukan Kerajaan Sahaja Nurul Izzah

Lirik Lagu Teristimewa Pu Fendi Ustaz Fadhil Abdul Rahman Ustaz Huri

Zakir Naik Tuntut Rm10 Juta Daripada Portal Wartawan Berhubung Dakwaan Hiv

Kalau Diberi Peluang Travel Mana Destinasi Korang Suka

Peranan Penting Rekod Pergigian Dalam Pengecaman Forensik

How Ai Agents Will Transform E Commerce In 2025 What Every Online Entrepreneur Must Know


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Karambusel Hydrothermal Field A New Frontier In Deep Sea Exploration

Mohon Doa Pembentangan Belanjawan 2026 Esok Berjalan Lancar Anwar

170 000 Tan Bantuan Kemanusiaan Sedia Dibawa Masuk Ke Gaza Pbb

Time To Fly Vietjet S Biggest Sale Of The Year Offers Malaysians Unbeatable Fares To Vietnam And Beyond

Ember Bath House By Studio Traces

Selangor Aims To House 70pc Of Nation S Aerospace Aviation Operations Drone Hub In Pipeline