Kenyataan Media Majlis Presiden Pakatan Harapan






23 April 2020

BERKENAAN SIDANG PARLIMEN 18 MEI

Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini telah membincangkan isu pembukaan serta sidang Parlimen pada 18 Mei 2020.

Majlis Presiden melihat wujudnya beberapa pelanggaran kelaziman dan Peraturan Mesyuarat Parlimen, berdasarkan notis mesyuarat bertarikh 17 April 2020.

Ini kerana Setiausaha Dewan Rakyat telah memaklumkan bahawa di dalam keadaan wabak Covid-19 sedang menular ini, mesyuarat Parlimen akan berjalan tanpa sesi pertanyaan Jawab Lisan, Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, serta apa-apa Usul daripada Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Majlis Presiden mengingatkan bahawa fungsi Parlimen adalah sebagai tiang seri demokrasi, khususnya sebagai institusi semak dan imbang mengawasi perjalanan Kerajaan. Maka Pakatan Harapan membantah keras tindakan tidak membenarkan sesi Jawab Lisan dan Usul-Usul seperti yang dimaklumkan Setiausaha Dewan Rakyat.

Majlis Presiden turut sedar keadaan Perintah Kawalan Pergerakan dan penularan wabak Covid-19 tidak memungkinkan perjalanan mesyuarat Parlimen seperti sediakala. 

Namun, apabila dilihat Parlimen di United Kingdom, Kanada dan Singapura yang berjaya mengubah peraturan masing-masing untuk meneruskan sidang pada ketika wabak Covid-19 melanda, kami percaya usaha yang sama mampu dilakukan bagi Parlimen Malaysia.

Sebagai contoh, jumlah Ahli Yang Berhormat yang hadir boleh dikurangkan ke satu jumlah yang munasabah untuk mengekalkan penjarakan sosial tanpa menjejaskan korum mahupun peratusan parti masing-masing. Teknologi video dalam talian juga boleh diguna bagi Ahli-Ahli Yang Berhormat yang ingin mengambil bahagian di dalam perbahasan tanpa berada secara fizikal di dalam Dewan. Peraturan Mesyuarat perlu dipinda bagi tujuan di atas.

Majlis Presiden turut membantah had masa persidangan sehari, oleh kerana perbahasan dan perbincangan usaha Kerajaan membendung wabak Covid-19 wajib diberi tumpuan khusus Parlimen. Kami mencadangkan agar sidang diadakan selama sekurang-kurangnya dua hari selain hari perasmian Parlimen bagi membolehkan perbahasan dan perbincangan yang lebih mendalam. Perubahan ini boleh dilaksana Ketua Majlis berdasarkan Peraturan Mesyuarat 11(2).

Oleh yang demikian, Majlis Presiden akan menghantar wakil Pakatan Harapan untuk mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada kadar segera bagi membincangkan perkara-perkara di atas.

YB DS Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

YB Hj Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)

YB Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

👆🏼👆🏼 *Lagi sejarah baru cuba diukir oleh PN. Malaysia cuba diseret ke lembah tidak demokratik. Kebaculan apakah sedang berlaku pada pimpinan kerajaan pintu belakang Malaysia? Rakyat muak dengan keadaan ini? Sesungguhnya Allah SWT telah meletakkan ketakutan kedalam hati manusia2 yang melakukan khianat dan bersikap munafik*

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/kenyataan-media-majlis-presiden-pakatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakatan Harapan Nak Kritik Lantikan Politik Yang Perikatan Nasional Buat

Pakatan Harapan Nak Kritik Lantikan Politik Yang Perikatan Nasional Buat

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 392 hits
SEDANGKAN PH YANG MENJANJIKAN TIADA LANTIKAN POLITIK DALAM KERAJAAN ERA MEREKA PUN BOLEH DICAPATIKAN PH sekarang sedang mainkan isu lantikan politik kerajaan PN Masa PRU14 PH janji bertulis bahawa mereka tidak akan buat lantikan politik Tet...
Pakatan Harapan Akan Menghadapi Masaalah Yang Besar Selepas Wabak Covid 19 Selesai

Pakatan Harapan Akan Menghadapi Masaalah Yang Besar Selepas Wabak Covid 19 Selesai

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 536 hits
Sebaik sahaja Kerajaan Pakatan Harapan tumbang akibat dari sikap rakus dan tamakkan kuasa pemimpin pemimpin utama mereka kerajaan baharu di bawah pimpinan TS Muhyiddin menghadapi tugas yang amat berat untuk menangani wabak Covid 19 yang tel...
Kenyataan Media Prospek Ekonomi Harus Mencerminkan Cabaran Semasa

Kenyataan Media Prospek Ekonomi Harus Mencerminkan Cabaran Semasa

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 176 hits
Dunia hari ini terus dicengkam krisis kesihatan kemanusiaan dan ekonomi terburuk dalam sejarah Krisis ini turut memberi kesan besar kepada negara dari sudut kesihatan dan keselamatan warga Ekonomi kita juga tidak terlepas dari hentaman waba...
Berani Kerana Benar Jadi Kenapa Pemimpin Pakatan Harapan Perlu Takut Kepada Ds Najib

Berani Kerana Benar Jadi Kenapa Pemimpin Pakatan Harapan Perlu Takut Kepada Ds Najib

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 337 hits
KEUTAMAAN REGIM PH ADALAH UNTUK KENAKAN DS NAJIB BUKAN UNTUK DAPATKAN SEMULA WANG 1MDB PUN Dua hari lalu media Singapura melaporkan bahawa hubungan antara kerajaan PH dengan DOJ Amerika Syarikat sudah merosot sebelum Gagalkrasi PH tumbang B...
Pakatan Harapan Tuntut Muhyiddin Panggil Sidang Khas Parlimen

Pakatan Harapan Tuntut Muhyiddin Panggil Sidang Khas Parlimen

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 225 hits
Pakatan Harapan menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin memanggil sidang khas Parlimen minggu ini bagi merangka pendekatan dwipartisan dalam memerangi wabak Covid 19 Dalam kenyataan dikeluarkan petang ini Majlis Presiden PH berkata langka...
Pakatan Harapan Mps Blame Azmin For Miti Website Crash

Pakatan Harapan Mps Blame Azmin For Miti Website Crash

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 201 hits
Fahmi Fadzil Dr Ong Kian Ming and Dr Hatta Ramli Three Pakatan Harapan MPs have called on International Trade and Industry Minister Mohamed Azmin Ali to take responsibility after the ministry s website crashed due to the flood of applicatio...
Kenapa Rakyat Menyenangi Perikatan Nasional Dan Membenci Pakatan Harapan

Kenapa Rakyat Menyenangi Perikatan Nasional Dan Membenci Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 573 hits
Ahli politik hari ini menghadapi cabaran dan tanggungjawab yang sangat berbeza dari ahli politik 30 tahun yang dahulu Sebagai contoh Dr Mahathir berjaya kekalkan kuasa selama 22 tahun ketika menjadi Perdana Menteri ke 4 tetapi hanya bertaha...
Its Time For Pm Muhyiddin To Make Peace With Pakatan Harapan And To Dish Perikatan Nasional

Its Time For Pm Muhyiddin To Make Peace With Pakatan Harapan And To Dish Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 356 hits
After reading Mohamad Hassan statement that UMNO had joined Muhyiddin Yasin just to topple the Pakatan Harapan government and to form a mere working arrangement to benefit each other April 25 2020 10 05 PMBeliau berkata demikian selepas seo...
Estimated Assessments And Penalties On The Way For Non Filers

Head East For A Discrimination Free Life Young Man

Resipi Penuh Loaded Nachos Cheese Yang Viral Sedap Dan Mudah

Tripadvisor We Re Matching Donations To World Central Kitchen

Mihun Goreng

Alga Sebagai Penunjuk Biologi Kesihatan Ekosistem Akuatik

Mursyidul Am Pas Beritahu Bersatu Dalam Pn Pas Yang Paling Kuat Jika Nak Buat Apa Apa Kena Runding Dulu

Seorang Warga Asing Suspek Utama Kes Bunuh Pekerja Ladang Sawit Di Mukah Ditahan


echo '';
6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Resepi Soft Cookies Sukatan Cawan Paling Rangup dan Chewy Di Dalam

Biodata Sky Iskandar Pelakon Watak Megat Filem Kahar Kapla High Council


Cuba Hwc Coffee

Lirik Lagu Perih Jerih Kugiran Masdo

Sampai Bilakah Kebenaran Tentang Titah Adendum Mampu Di Sorokkan

Julia Perez Belah Duren Chord

Anggis Devaki Dirimu Yang Dulu Chord

Calling All Parents Teachers And Schools Kensington Green S Kids Health Camp Is Here