Ph Beri Laluan Kepada Umno Di Satu Atau Dua Kerusi S Gor Amirudin


malaysiakini.com
Hariz Mohd
Diterbitkan: Jul 14, 2023 11:45 AM
PH bersetuju memberi laluan kepada BN di beberapa kerusinya pada pilihan raya negeri Selangor akan datang, kata Amirudin Shari.

Bercakap dalam temu bual di sebuah stesen radio yang disiarkan pagi ini, pengerusi PH Selangor itu berkata ini dilakukan atas semangat perpaduan tetapi tidak memberi butiran khusus kecuali sekadar berkata, ia melibatkan "satu atau dua kerusi".

“Sudah tentu, kita terpaksa mengalah atas semangat perpaduan. (Tetapi) Saya tidak dalam kedudukan untuk menjawab. Pengerusi gabungan kerajaan perpaduan akan mengumumkannya (senarai calon).

“Kami lepaskan apa yang kami anggap untuk setiap parti sebelum ini pada pilihan raya umum ke-14... Sudah tentu kerusi yang dimenangi Bersatu ketika bertanding di bawah bendera PKR.

"Dan satu atau dua (kerusi PH) kepada Umno atas semangat perpaduan," katanya pada temu bual di segmen Breakfast Grille di radio BFM.

Amirudin, yang juga menteri besar Selangor, juga cuba mengelak daripada mengulas tentang senarai calon PH-BN untuk Selangor apabila ditanya oleh pengacara program jika akan ada kejutan.

Adun Sungai Tua itu mendakwa dia belum melihat senarai calon, sambil menambah bahawa PH Selangor hanya mengemukakan cadangan mereka kepada kepimpinan pusat gabungan itu berdasarkan pencalonan daripada bahagian.

“Ia semata-mata senarai PH dan Umno. Tetapi saya belum melihatnya lagi. Kami akan mengadakan mesyuarat pada 16 Julai ini.

“Ya, (kami kemukakan) cadangan, tetapi ini belum muktamad. Saya tidak boleh umum, saya tidak boleh mengulas tentang senarai itu.

“Sudah tentu, presiden ada hak, pengarah pilihan raya negara kita Rafizi (Ramli) ada hak. Kita hanya susun calon-calon dari peringkat bahagian,” katanya.

Pada wawancara itu, Amirudin juga membidas slogan “Selangor Baharu” yang dicetuskan oleh Perikatan Nasional (PN).

Dia memberitahu BFM bahawa tiada perkara baharu dengan apa yang ditawarkan PN, terutama dengan rancangannya untuk menampilkan beberapa bekas pemimpin Umno.

“Ini bukan ‘baru’ atau perubahan dalam kepimpinan. Bagi saya, propaganda Selangor Baharu hanyalah kitar semula,” kata Amirudin sambil menambah dia bagaimanapun tidak mengambil mudah cabaran PN.

Menurut menteri besar itu, PH dan BN masih perlu menangani isu pemindahan undi antara kedua-dua parti yang pernah menjadi seteru utama.

Beberapa tinjauan menunjukkan bahawa penyokong PH lebih bersedia untuk memberikan sokongan kepada calon BN, tetapi sebaliknya, bilangan kumpulan yang belum membuat keputusan juga masih tinggi.

“... Saya rasa kita perlu menjelaskan kepada jentera kita, teruskan menjelaskan kepada pengundi betapa pentingnya perpaduan dan untuk sejajar dengan kerajaan persekutuan untuk pemulihan ekonomi.”

[Baca berita penuh]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/07/ph-beri-laluan-kepada-umno-di-satu-atau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakatan Serah Satu Atau 2 Kerusi Kepada Bn Di Selangor

Pakatan Serah Satu Atau 2 Kerusi Kepada Bn Di Selangor

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 219 hits
Pakatan serah satu atau 2 kerusi kepada BN di Selangor Dikemas kini 19 minit yang lalu Diterbitkan pada 14 Jul 2023 12 11PM
Prn Pulau Pinang Dap Sah Tanding 19 Kerusi Dun Umno Hanya 6 Kerusi

Prn Pulau Pinang Dap Sah Tanding 19 Kerusi Dun Umno Hanya 6 Kerusi

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 182 hits
agendaily com12 07 2023Pengerusi PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata tiada masalah beri jawatan kepada UMNO jika calon mereka menang PRN nanti Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang menyaksikan UMNO hanya akan bertanding enam kerusi Dewan Undan...
Ph Selangor Beri Umno Semua Kerusi Ditandingi Bersatu Pada 2018

Ph Selangor Beri Umno Semua Kerusi Ditandingi Bersatu Pada 2018

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 177 hits
Shahrul ShahabudinPETALING JAYA Semua kerusi DUN ditandingi Bersatu di Selangor pada PRU14 akan diperuntukkan kepada Umno kata Pengerusi Pakatan Harapan negeri Amirudin Shari Katanya PH juga akan memberi laluan kepada Umno di satu atau dua ...
Amirudin Ph Selangor Sudah Miliki 33 Kerusi Selamat

Amirudin Ph Selangor Sudah Miliki 33 Kerusi Selamat

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 157 hits
BERNAMAKuala Selangor Pengerusi Pakatan Harapan Selangor Datuk Seri Amirudin Shari optimis gabungan politik itu mampu menang sekurang kurangnya di 33 daripada 56 kawasan Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri yang bakal berlangsung ...
Annuar Cabar Zahid Berdebat Dakwa Umno Kini Jadi Peminta Sedekah Kerusi

Annuar Cabar Zahid Berdebat Dakwa Umno Kini Jadi Peminta Sedekah Kerusi

papar berkaitan - pada 6/7/2023 - jumlah : 148 hits
agendaily com06 07 2023Annuar mencabar Zahid untuk berdebat Cabaran dilontar Tan Sri Annuar Musa kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk berdebat bagi melihat siapa sebenarnya pengkhianat orang Melayu dan Islam Bekas setiau...
Umno Gelap Atau Terang Bukan Lagi Urusan Khairy

Umno Gelap Atau Terang Bukan Lagi Urusan Khairy

papar berkaitan - pada 4/7/2023 - jumlah : 199 hits
Sama ada UMNO gelap atau terang pasti sekali ia bukan urusan Khairy Jamaluddin lagi Sama ada UMNO tidak jumpa cahaya dihujung terowong pun bukan urusan Khairy lagi Namun seolah olah ada tugasan yang perlu dilaksanakan atau misi arahan pihak...
Mana Satu Betul Kompaun Dibayar Atau Kompaun Dibatalkan

Mana Satu Betul Kompaun Dibayar Atau Kompaun Dibatalkan

papar berkaitan - pada 2/7/2023 - jumlah : 287 hits
ISU kompaun yang dikenakan terhadap seorang peniaga wanita bukan Islam berpakaian kurang sopan di Kelantan telah selesai dan ia tidak sepatutnya dipanjangkan oleh mana mana pihak kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming hari ...
Undi Ph Di Selangor Bermakna Beri Laluan Umno Berkuasa Semula Ulasan

Undi Ph Di Selangor Bermakna Beri Laluan Umno Berkuasa Semula Ulasan

papar berkaitan - pada 14/7/2023 - jumlah : 284 hits
agendaily com14 07 2023UMNO bersama PH menghadapi PRN Selangor pada 12 Ogos Pengundi Selangor bakal membuat perhitungan pada 12 Ogos depan sama ada untuk mengekalkan kerajaan Pakatan Harapan yang kini bersama UMNO atau membuat pilihan keraj...
Prn Negeri Sembilan Parti Amanah Enggan Lepas Kerusi Dun Lenggeng Kepada Umno

Prn Negeri Sembilan Parti Amanah Enggan Lepas Kerusi Dun Lenggeng Kepada Umno

papar berkaitan - pada 16/7/2023 - jumlah : 264 hits
agendaily com16 07 2023Datuk MK Ibrahim Abd Rahman Kerusi Dewan Undangan Negeri Lenggeng tidak akan diberikan kepada UMNO kata Parti Amanah Negeri Sembilan Pengerusi Amanah Negeri Sembilan Datuk MK Ibrahim Abd Rahman menegaskan kerusi DUN L...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt