Ph Beri Amaran Jangan Guna Agensi Kerajaan Tekan Mp Berkhianat



Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) memandang serius usaha penyalahgunaan agensi kerajaan sebagai senjata politik bagi memeras sokongan Ahli Parlimen pembangkang kepada parti pemerintah.
Menurut kenyataan Majlis Presiden, penggunaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) ‘menekan’ Ahli-Ahli Parlimen pembangkang, pegawai-pegawai malah juga ahli-ahli keluarga mereka merupakan tindakan tidak bermaruah serta mengenepikan nilai-nilai demokrasi.
“Pada waktu ini, kami difahamkan tindakan-tindakan masih terus dilakukan bersekali dengan tekanan untuk Ahli-Ahli Parlimen pembangkang menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Dari segi prinsip, kami menyokong sebarang tindakan yang berlandaskan hukum dan undang-undang.
“Tetapi sebarang penyalahgunaan institusi atau agensi dengan niat untuk mengganggu, menekan atau menakut-nakutkan musuh politik langsung tidak boleh diterima.
“Kami percaya ini telah dilakukan terhadap ramai termasuk Lim Guan Eng dan isteri, Larry Sng, Steven Choong, dan kini secara tidak langsung terhadap Datuk Dr Xavier Jayakumar,” kata kenyataan itu.
Sehubungan itu, Majlis Presiden meminta kerajaan Perikatan Nasional bersaing secara sihat dalam politik dan tidak mengenakan ugutan yang tidak sepatutnya terhadap anggota parti lawan.
“PH mengecam sekeras-kerasnya penggunaan SPRM, LHDN, PDRM dan agensi-agensi lain sebagai ‘senjata politik’, terutama bagi tujuan menambah sokongan kerajaan minoriti Perikatan Nasional ini.
“Pertandingan politik di Malaysia wajib berlaku dalam suasana yang sihat, dengan amalan demokrasi yang berteraskan Perlembagaan Persekutuan,” kata mereka.
Selain itu, Majlis Presiden turut mengingatkan agar pemerintah tidak hilang punca dalam suasana kemerosotan ekonomi sehingga mengenakan pelbagai tuntutan kewangan tidak wajar ke atas perniagaan bagi menambahkan hasil cukai.
Tindakan gebabah seperti itu, kata mereka dikhuatiri akan memusnahkan perniagaan dan menakutkan pelabur menanam modal.
“PH juga kesal dengan tindakan pihak berkuasa ke atas perniagaan dengan pelbagai tuntutan kewangan yang tidak munasabah serta pembekuan akaun bank untuk menambahkan pendapatan kerajaan yang kian berkurangan.
“Tindakan “memeras” perniagaan dalam keadaan kemelesetan ekonomi harus ditangguh kerana ia akan menyukarkan survival perniagaan dan menjejaskan pekerjaan,” kata mereka lagi.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/31677

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pn Boleh Guna Sop Ketat Dan Ppe Jangan Mandulkan Demokrasi Berparlimen Asyraf Wajidi

Kerajaan Pn Boleh Guna Sop Ketat Dan Ppe Jangan Mandulkan Demokrasi Berparlimen Asyraf Wajidi

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 428 hits
Kerajaan Perikatan Nasional tidak boleh dilihat takut atau mahu memandulkan institusi demokasi negara kata Ketua Pemuda Umno Malaysia Asyraf Wajdi Dusuki Kata Asyraf Wajdi PN akan dilihat takut dan cuba memandulkan demokrasi jika terus engg...
Saya Dah Beri Amaran Jangan Kahwin Lagi Isteri Serbu Majlis Ibu Mertua Siap Tampar Muka Anaknya

Saya Dah Beri Amaran Jangan Kahwin Lagi Isteri Serbu Majlis Ibu Mertua Siap Tampar Muka Anaknya

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 427 hits
The ReporterMajlis perkahwinan seorang anggota polis di Chai Nat Thailand berakhir dengan rasa malu setelah isterinya yang berpakaian serba hitam datang menyerbu dan menunjukkan sijil perkahwinan mereka untuk membuktikan pengantin lelaki it...
Polis Beri Amaran Jangan Sebar Berita Palsu Mengenai Vaksin Sedia Buka Kertas Siasatan

Polis Beri Amaran Jangan Sebar Berita Palsu Mengenai Vaksin Sedia Buka Kertas Siasatan

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 304 hits
Polis Diraja Malaysia akan membuka kertas siasatan jika ada mana mana individu yang menyebarkan berita palsu membantah suntikan vaksin Covid 19 Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata kertas siasatan akan dib...
Mp Disogok Agensi Kerajaan Dipergunakan Kerana Pn Sudah Hilang Majoriti

Mp Disogok Agensi Kerajaan Dipergunakan Kerana Pn Sudah Hilang Majoriti

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 284 hits
POSTED BY AMIR WRLRDatuk Seri Anwar Ibrahim terus terusan mengecam tindakan Perikatan Nasional yang menyogok beberapa ahli Parlimen dan mempergunakan agensi penguatkuasa kerajaan untuk terus kekal berkuasa Presiden KEADILAN itu menganggap t...
Jangan Selalu Guna Kuasa Veto Bini Tak Suko Sangat Ustaz Syamsul Debat

Jangan Selalu Guna Kuasa Veto Bini Tak Suko Sangat Ustaz Syamsul Debat

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 382 hits
Jangan Selalu Guna KUASA VETO Bini Tak Suko Sangat Ustaz Syamsul Debat Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Hiburan Jangan Biarkan Industri Perfileman Mati Mafe Pengendali Pawagam Gesa Kerajaan Tak Berat Sebelah

Hiburan Jangan Biarkan Industri Perfileman Mati Mafe Pengendali Pawagam Gesa Kerajaan Tak Berat Sebelah

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 252 hits
Makin hangat nampaknya isu menggesa kerajaan Malaysia membuka semula pawagam Manakah tidak perkhidmatan bukan keperluan utama seperti spa gimnasium kasino dan pusat memancing telah pun dibenarkan beroperasi tetapi pawagam seluruh Malaysia m...
Kerajaan Guna Picagari Low Dead Volume Elak Pembaziran Vaksin Covid 19 Pfizer Biontech

Kerajaan Guna Picagari Low Dead Volume Elak Pembaziran Vaksin Covid 19 Pfizer Biontech

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 545 hits
Malaysia akan menerima vaksin COVID 19 Pfizer BioNTech esok dan untuk itu sebanyak 12 juta picagari jenis low dead volume dijangka digunakan bagi suntikan vaksin tersebut pada fasa pertama Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan Mengapa pengg...
Gejala Rasuah Sudah Merebak Memayungi Banyak Agensi Kerajaan

Gejala Rasuah Sudah Merebak Memayungi Banyak Agensi Kerajaan

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 523 hits
Dominasi politikus rasuah isyarat kehancuran negaraBANGI Dominasi golongan politik dalam jenayah rasuah pada ketika ini nyata membimbangkan ramai pihak khususnya berkenaan masa depan negara Manakan tidak rata rata pemimpin politik ini masih...
Hanya Orang Sabah Yang Boleh Pimpin Sabah Bukan Orang Luar Johari Ghani

Gila Mangsa Kemalangan Dibiar Meninggal Dunia Penduduk Sibuk Kebas Diesel

Dari Tak Dikenali Hingga Jadi Fenomena Di Thailand Ini Kisah Pasukan Bola Monthongwitaya

Cara Jadi Kaya Dengan Makan Gaji Alwi Adam Ceo Ezaz Wealth Management

Pistols Of Legacy A Farewell Gift From Napoleon To His Son

Ronda Ronda Ferringhi Bay

Menteri Agama Sedang Teliti Ambil Tindakan Kepada Artis Islam Berpakaian Seksi

November Datang Lagi Dan Kisah Blog Capai 59 Juta Pageviews


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Monolog Jiwa Siapa Yang Datang Ketika Rumah Terbakar

Hiburan Suami Kutuk Badan Isteri Busuk Sebab Jaga Mak Mentua Terlantar Bila Nak Baring Sebelah Dia Rasa Nak Termuntah

Jom Nyicah Mangga Muda Dan Kundang Muda Jom

Hari Ke 2 Kempen Sabah

Orang Kedah Pun Tak Kenai Depa

Maybank2u Mae Cara Reset Password Kalau Dah Kena Block