Hiburan Jangan Biarkan Industri Perfileman Mati Mafe Pengendali Pawagam Gesa Kerajaan Tak Berat Sebelah


Makin hangat nampaknya isu menggesa kerajaan Malaysia membuka semula pawagam. Manakah tidak, perkhidmatan bukan keperluan utama seperti spa, gimnasium, kasino dan pusat memancing telah pun dibenarkan beroperasi tetapi pawagam seluruh Malaysia masih diarahkan tutup.
Kalau tengok negara-negara jiran dan negara-negara maju seperti Singapura, Thailand, Korea dan Jepun, pawagam telah lama dibenarkan beroperasi mengikut kapasiti yang ditetapkan. 
Advertisement
Di Malaysia, kita dapat lihat bagaimana sejak bermulanya penularan pandemik, pengendali pawagam amat menitik beratkan pematuhan SOP yang ditetapkan pihak berkuasa termasuk melaksanakan penjejakan kontak, pemeriksaan suhu badan dan mewajibkan penjarakan fizikal di dalam panggung. 
Buat waktu ini SOP tempat duduk di dalam pawagam menggunakan kaedah satu tempat diikuti satu jurang. Namun Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) ingin meminta budi bicara kerajaan membenarkan ahli keluarga yang terdiri daripada 2 anggota untuk duduk sekali diikuti 1 jurang tempat.
Pawagam juga sentiasa berada dalam keadaan bersih dan di sanitasi dengan kerap, malah terdapat pengendali yang melakukan proses sanitasi setiap tayangan filem tamat.

AdvertisementKakitangannya pula wajib menggunakan topeng muka selain galakan kepada pelanggan untuk tidak menanggalkan topeng muka yang di pakai ketika berada dalam panggung kecuali untuk makan atau minum.
Pematuhan SOP pengendali pawagam berada pada tahap terbaik dalam usaha untuk mengekang penularan pandemik. Tapi ia hanya sia-sia kerana pawagam masih tidak dibenarkan beroperasi.
Arahan penutupan yang berpanjangan telah memberikan impak yang besar kepada industri ini, hingga menyebabkan potongan gaji dan ramai kehilangan pekerjaan, cawangan pawagam gulung tikar dan pemilik pawagam terpaksa mengecilkan operasi.
Tamparan terhebat semestinya apabila pengunduran pengendali pawagam ketiga terbesar di Malaysia iaitu MBO Cinemas, yang terpaksa melakukan pelupusan secara sukarela.
Tidak keterlaluan jika kami katakan agak tidak adil nasib yang terpaksa ditanggung pengendali pawagam dan penggiat seni perfileman negara kerana industri ini telah menyumbang lebih RM1.08 bilion pendapatan dan lebih RM250 juta duti cukai hiburan kepada negara sebelum serangan pandemik.
AdvertisementBelanja besar tapi filem tak tayang
Selain itu, pembikin filem juga mula tertekan apabila pandemik telah menjejaskan filem yang dihasilkan dengan pelaburan yang besar sehingga mencecah RM 20 juta seperti filem Abang Long Fadil 3, Polis Evo 3, dan Mat Kilau. 
Pengasas Skop Production Sdn Bhd, Datuk Yusof Haslam meminta kerajaan memperhalusi masalah ini sebelum keadaan menjadi lebih parah.
Satu lagi filem yang bertemakan kenegaraan turut mengalami nasib yang sama iaitu filem Air Force The Movie yang dihasilkan dengan sokongan padu Tentera Udara Diraja Malaysia.
Filem yang dirancang untuk ditayangkan pada tahun 2020 ini  telah ditunda sebanyak 3 kali tarikh tayangannya, selepas penggambaran filem tamat pada hujung tahun 2019.  
Bagi Datuk Steven Lim, menunda tarikh tayangan memang nampak mudah tetapi kesannya cukup besar, khususnya dalam ketidaktentuan pandemik, filem ini mungkin terpaksa disimpan sehingga tempoh yang tidak diketahui.
Tambah beliau lagi filem yang tidak dapat ditayang akan menjadi satu liabiliti kepada syarikat  produksi menyebabkan mereka sukar untuk berkembang.
Rayuan buka semula pawagam
AdvertisementMAFE dalam pada itu telah membuat beberapa rayuan secara bersama kepada kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membuka semula pawagam dan pengecualian atau pengurangan cukai hiburan untuk pemamer filem. 
Walaupun RM225 juta telah diperuntukkan bagi membiayai dan menyokong aktiviti kesenian, kebudayaan, dan hiburan pada Jun 2020, namun peruntukan berkenaan tidak termasuk pawagam. 
Belanjawan 2021 yang dibentangkan pada November kemudiannya memperuntukkan RM100 juta sebagai suntikan untuk industri kreatif, namun sekali lagi industri pawagam telah dianaktirikan daripada bantuan ini. 
Impak paling besar penutupan pawagam apabila ia menjejaskan hampir 20 ribu rakyat Malaysia yang bekerja  dalam bidang perniagaan produksi, pengedaran dan pameran filem.
Larangan beroperasi bukan hanya membunuh industri perfileman malah ia turut mempengaruhi perniagaan lain dalam rantaian bekalan termasuk F&B, logistik, pembuatan, runcit, dan yang mempunyai hubung kait dengan industri pawagam.

Fakta menarik untuk dikongsi, sehingga hari ini tiada kluster COVID-19 pernah dicatatkan bermula daripada pawagam. Sama ada di Malaysia atau pun di peringkat antarabangsa. Siap ada kajian yang dilakukan oleh Celluloid Junkie pada Oktober 2020 tau.
Kami yakin ramai yang bersetuju jika kami katakan pawagam bukanlah tempat hiburan semata-mata, ia  juga ia membantu memupuk perkembangan budaya. Malah, ia merupakan tempat untuk kita lari seketika daripada dunia realiti bagi menghilangkan sedikit bebanan yang ditanggung melalui filem yang ditayangkan sebagaimana pawagam memainkan peranan besarnya semasa Great Depression pada tahun 1930an.
Oleh itu, jom sama-sama share artikel ni di sosial media dan tag Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai tanda sokongan kepada Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) dan pengendali pawagam untuk meminta supaya pawagam dibuka semula.
Jangan lupa guna tanda pagar (hashtag) ni juga ya #BukaSemulaPawagam, #ReopenCinemas dan #BringCinemasBack. 

The post Jangan Biarkan Industri Perfileman Mati! MAFE & Pengendali Pawagam Gesa Kerajaan Tak Berat Sebelah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.

sumber: beautifulnara.com #superpantas

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://superterkini.blogspot.com/2021/02/hiburan-jangan-biarkan-industri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Berat Mata Melihat Ramai Terhibur Tengok Jebat Jayden Curhat Marah Siapa Tu

Hiburan Berat Mata Melihat Ramai Terhibur Tengok Jebat Jayden Curhat Marah Siapa Tu

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 168 hits
Mengutamakan anak lebih daripada segalanya hubungan profesional Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila dipuji ramai Sharnaaz Ahmad dilihat sering meluangkan masa bermain dan bermanja bersama Jebat setiap hari Malah Sharnaaz difahamkan sudah beberap...
Kelulusan Kawasan Pembalakan Pasca Banjir Di Daerah Maran Psap Gesa Kerajaan Siasat

Kelulusan Kawasan Pembalakan Pasca Banjir Di Daerah Maran Psap Gesa Kerajaan Siasat

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 152 hits
KUANTAN Pertubuhan Suara Anak Pahang hari ini mendedahkan satu lagi kawasan hutan bakal digondolkan di daerah Maran Difahamkan aktiviti pembalakan itu akan dijalankan oleh kontraktor yang kononnya sudah mendapat kelulusan oleh Jabatan Perhu...
Sop Elak Berat Sebelah Dalam Pematuhan Sop

Sop Elak Berat Sebelah Dalam Pematuhan Sop

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 186 hits
Pematuhan Prosedur Operasi Standard perlu diselaraskan terhadap semua pihak tanpa ada pihak yang terkecuali Pakar Perubatan Kesihatan Awam Prof Datuk Dr Syed Mohamed Al Junid berkata terdapat sesetengah pihak yang terlepas daripada dikenaka...
Jangan Biarkan Sesak Nafas Mengganggu Kehamilan Anda Ini Punca Amp Cara Mengatasinya

Jangan Biarkan Sesak Nafas Mengganggu Kehamilan Anda Ini Punca Amp Cara Mengatasinya

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 206 hits
Sesak nafas ketika hamil selalu mengganggu semua ibu mengandung kerana rahim semakin mengembang dan membesar lalu menekan paru paru Tak cukup dengan itu sahaja ibu juga susah mencari posisi tidur yang selesa hingga perlu bekerja keras untuk...
Pru 15 Saarani Gesa Bersatu Cari Pasaran Baru Jangan Kacau Kerusi Umno Dan Pas

Pru 15 Saarani Gesa Bersatu Cari Pasaran Baru Jangan Kacau Kerusi Umno Dan Pas

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 271 hits
nbsp IPOH Parti Pribumi Bersatu Malaysia jangan bertanding di kerusi yang telah dimenangi UMNO pada Pilihan Raya Umum ke 14 lalu kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad Tegas Saarani yang juga Menteri Besar Perak
Hiburan Jangan Risau Pasal Kami Genap Setahun Pemergian Suami Ucapan Bunga Citra Lestari Bikin Sebak

Hiburan Jangan Risau Pasal Kami Genap Setahun Pemergian Suami Ucapan Bunga Citra Lestari Bikin Sebak

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 269 hits
Pemergian insan tersayang secara mendadak semestinya satu kehilangan yang sangat perit Dorongan dan kata kata semangat khususnya daripada keluarga sangat penting untuk mengembalikan semula kekuatan Itulah yang dilalui oleh selebriti terkena...
Jangan Biarkan Anak Kemam Makanan Dalam Mulut Lama Lama Risau Ada Masalah Sensori

Jangan Biarkan Anak Kemam Makanan Dalam Mulut Lama Lama Risau Ada Masalah Sensori

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 332 hits
Anak suka sangat kemam makanan dalam mulut Ada yang kemam lama lama kemudian barulah telan makanan tu Punyalah lama nak habiskan makanan ni Tak kurang juga ada anak anak yang kemam makanan kemudian keluarkan semula makanan tu dari mulut Kem...
Kerajaan Komited Kurangkan Pekerja Asing Dalam Industri Perikanan

Kerajaan Komited Kurangkan Pekerja Asing Dalam Industri Perikanan

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 202 hits
BernamaPandemik COVID 19 memberi kesan terhadap pendaratan ikan susulan kekurangan jumlah vesel yang beroperasi ke laut Gambar hiasan KUALA LUMPUR Kerajaan komited mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing dalam industri perikanan ...
Ph Gesa Kerajaan Adakan Sidang Parlimen Dalam Masa Terdekat

Ph Gesa Kerajaan Adakan Sidang Parlimen Dalam Masa Terdekat

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 237 hits
Pakatan Harapan tampil menyatakan pendirian bahawa sidang Parlimen seharusnya diadakan dalam masa terdekat walaupun tempoh darurat masih berkuatkuasa Ini selepas Jawatankuasa Khas Bebas yang ditubuhkan untuk menasihati Yang di Pertuan Agong...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls

Wee Barking Up The Wrong Tree

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Moira World Tour 2024 Malaysia Dipilih Sebagai Lokasi Pertama

Pengertian Pungli Contoh Dan Hukumannya

Lelaki Bunuh Bakar Saudara Sendiri

Filem Reversi

Pucuk Manis Khasiat Dan Kesan Sampingan

Arief Apa Salahku Chord