Ph Bentuk Beberapa Jawatankuasa Kempen Gempur Putrajaya



Pakatan Harapan (PH) menubuhkan beberapa jawatankuasa bagi menangani dan ‘menggempur’ isu semasa sempena ulang tahun ketiga kemenangan bersejarah gabungan itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14, pada 9 Mei 2018.
Menurut kenyataan Majlis Setiausaha PH, jawatankusa tersebut akan berusaha meningkatkan lagi kempen kesedaran mengenai kebobrokan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tidak selayaknya meneruskan pemerintahan.
“Hari ini, tiga tahun lalu, dunia telah menyaksikan sejarah terlakar apabila rakyat Malaysia memilih untuk mengubah kerajaan secara demokratik di peti undi. Rasa takut dan gentar berubah menjadi satu kegembiraan yang tidak mudah dilupakan.
“Namun, tidak sampai dua tahun kemudian, pada ketika gelombang pertama wabak Covid-19 baru menular, para pengkhianat dan golongan oportunis telah bersatu untuk menubuhkan “kerajaan pintu belakang” melalui tindakan-tindakan sabotaj dan pengkhianatan.
“Kini kita lihat kerajaan tidak lagi mampu memimpin negara. Dari segi politik, mereka kekal sebagai kerajaan minoriti yang tidak stabil. Ekonomi negara terus muram dan lesu dengan timbunan hutang, kehilangan pelabur asing dan angka pengangguran terus meningkat. Dari segi kesihatan awam, kegagalan kerajaan menangani pandemik Covid-19 semakin ketara jika dilihat lembabnya program vaksinasi dan bersimpang siurnya arahan Perintah Kawalan Pergerakan,” kata kenyataan itu.
Menurut Majlis Setiausaha PH, akibat kesilapan demi kesilapan kerajaan PN, rakyat kini dikompaun keterlauan, berlaku budaya ‘Antara Dua Darjat’ berleluasa; SOP caca merba lagi mengelirukan; Darurat yang langsung tidak berjaya mengawal penularan pandemik dan keadaan dalam negara menjadi semakin kritikal.
“Rakyat mengharapkan satu perubahan besar, namun kelemahan pemerintah tidak bererti PH itu sendiri semakin kuat secara automatik.
“Oleh itu, sempena ulangtahun ke-3 kemenangan Pakatan Harapan, dan bersandarkan Ketetapan Port Dickson yang dibuat pimpinan utama, serta memahami keperluan memperkukuh gerak kerja PH, kami bersetuju PH menubuhkan beberapa jawatankuasa untuk menangani isu-isu semasa,” kata mereka
Jawatankuasa-jawatankuasa itu adalah seperti berikut:
Jawatankuasa Pendidikan
YB Dr Maszlee Malik (Pengerusi), Ahli Parlimen Simpang Renggam
YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Setiawangsa
YB Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Kulai
YB Datuk Dr Hasan Baharom, Ahli Parlimen Tampin
Jawatankuasa Kesihatan
YB DS Dr Dzulkefly Ahmad (Pengerusi), Ahli Parlimen Kuala Selangor
YB Dr Lee Boon Chye, Ahli Parlimen Gopeng
YB Dr Kelvin Yii, Ahli Parlimen Bandar Kuching
YB Datuk Wira Dr Hatta Ramli, Ahli Parlimen Lumut
YB Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen Bayan Baru
YB Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Bangi
Jawatankuasa Ekonomi
YB Wong Chen, Ahli Parlimen Subang
YB Tony Pua, Ahli Parlimen Damansara
YB DS Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor
Jawatankuasa Keselamatan
YB Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Kota Raja
YB Datuk Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani
YB Senator Liew Chin Tong
Jawatankuasa Gender
YB Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan
YB Chong Eng, ADUN Padang Lalang
YB Senator Aiman Athirah
Jawatankuasa Belia
YB Akmal Nasir, Ahli Parlimen Johor Bahru
YB Howard Lee, ADUN Pasir Pinji
Sdr Shazni Munir
Jawatankuasa Kos Sara Hidup
YB Hassan Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang
YB Datuk Hasanuddin Mohd Yunus, Ahli Parlimen Hulu Langat
YB Chong Chieng Jen, Ahli Parlimen Stampin
Jawatankuasa Perundangan
YB Hanipa Maidin, Ahli Parlimen Sepang
YB William Leong, Ahli Parlimen Selayang
YB Ramkarpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor
Jawatankuasa Mobilisasi
YB Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Kota Raja
YB DS Shamsul Iskandar, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya
YB Steven Sim, Ahli Parlimen Bukit Mertajam
Menurut kenyataan itu lagi, selain Jawatankuasa Pendidikan dan Kesihatan, pengerusi bagi jawatankuasa-jawatankuasa yang lain akan diumum selepas mesyuarat pertama jawatankuasa berkenaan.
Keanggotaan jawatankuasa juga, kata mereka, boleh dikembangkan untuk melibatkan pakar-pakar atau mana-mana pihak yang difikir bersesuaian dengan bidang serta tanggungjawab jawatankuasa tersebut.
“Jawatankuasa ini akan bertindak meneliti dan menyediakan dasar-dasar PH. Pada masa yang sama, jawatankuasa-jawatankuasa baharu akan diumum dari semasa ke semasa
“Semoga kemenangan pada 9 Mei 2018 menjadi pencetus semangat perubahan dalam PH yang bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk PRU ke-15 tatkala pandemik reda kelak,” kata mereka lagi.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung KEADILAN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung Amanah Datuk Wira Dr Hatta Ramli dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32122

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Health Experts Say Putrajaya Should Mitigate Covid 19 Vaccine Delivery Delays

Health Experts Say Putrajaya Should Mitigate Covid 19 Vaccine Delivery Delays

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 287 hits
A nurse administers a dose of the AstraZeneca Covid 19 vaccine at the Dewan Gemilang UKM vaccination centre in Bangi May 5 2021 Picture by Shafwan ZaidonKUALA LUMPUR May 10 The government should take active measures to ensure the delayed ar...
Demi Penyatuan Ummah Mufti Pahang Dakwa Haram Biar Bukan Melayu Kuasai Putrajaya

Demi Penyatuan Ummah Mufti Pahang Dakwa Haram Biar Bukan Melayu Kuasai Putrajaya

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 296 hits
KUANTAN Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman menggunakan khutbah Jumaat bagi menggesa penganut Islam memastikan Malaysia terus kekal diperintah bangsa Melayu dan menegaskan haram hukumnya jika bukan Melayu menguasai Putrajaya Ketika d...
Don T Enter Putrajaya For Social Recreational Activities Police

Don T Enter Putrajaya For Social Recreational Activities Police

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 223 hits
Police have reminded residents in movement control order areas not to enter Putrajaya for social and recreational activities Putrajaya district police chief ACP Mohd Fadzil Ali said police would not hesitate to act against those who breach ...
Jangan Rentas Putrajaya Untuk Aktiviti Sosial Riadah

Jangan Rentas Putrajaya Untuk Aktiviti Sosial Riadah

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 175 hits
349 total views 349 views today Orang ramai dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan diingatkan tidak sesekali ingkar dengan cuba merentas untuk aktiviti sosial dan riadah Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali berkata polis tidak...
Us Doj Remits Rm1 9bil 1mdb Funds To Putrajaya

Us Doj Remits Rm1 9bil 1mdb Funds To Putrajaya

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 238 hits
The government says its current financial balance is only sufficient to service 1MDB s debt obligations for 2021 and 2022 PETALING JAYA The US Department of Justice has remitted some RM1 9 billion in funds seized in its 1MDB probe In a stat...
Duduk Di Putrajaya Duit Rakyat

Duduk Di Putrajaya Duit Rakyat

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 220 hits
Rozy RazidKalau tak kerana keluarnya surat ni hakak tak tau pon jemin tinggal kat Putrajaya Tu duduk kat rumah rasmi kerajaan yang kerajaan bayarkan bil api air dia ke hakaktanyaje
Let Us Conduct Mass Testing At Factories Chow Tells Putrajaya

Let Us Conduct Mass Testing At Factories Chow Tells Putrajaya

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 286 hits
The Federation of Malaysian Manufacturers in Penang had submitted a joint proposal with the state government in January for mass testing to be conducted at factories PETALING JAYA Penang chief minister Chow Kon Yeow wants the federal govern...
Putrajaya Ipd Family Of Cop In Viral Raya Picture Did Not Violate Mco Sop

Putrajaya Ipd Family Of Cop In Viral Raya Picture Did Not Violate Mco Sop

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 282 hits
The police today confirmed that the family of a policeman who paid a visit to him at a roadblock in Putrajaya did not violate MCO SOP Picture by Mukhriz HazimPUTRAJAYA May 15 The police today confirmed that the family of a policeman who pai...
Jangan Pandang Ringan Amarah Orang Muda Kata Pakar Kepada Putrajaya

Jangan Pandang Ringan Amarah Orang Muda Kata Pakar Kepada Putrajaya

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 357 hits
May 15 2021 Tunjuk perasaan disertai belia yang berlaku di Parit Raja dekat Batu Pahat Johor pada malam Hari Raya Aidilfitri PETALING JAYA Pakar mengingatkan Putrajaya untuk mengambil perhatian terhadap kemarahan dalam kalangan belia yang s...
Flexibility In Business Operations

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Hiburan Sebelum Ni Tak Halal Ke Produk Baru Terima Sijil Halal Ada Pula Yang Pertikai Ka Tampil Beri Respon

Selepas Penceraian Dengan Minhwan Yulhee Bakal Saman Individu Tinggal Komen Buruk

Video Ketua Penasihat Sg4 Patut Rasmi Majlis 39 Tahun Peringati Memali

Hassan Makin Melampau Disiasat Dakwaan Menghina Yang Di Pertuan Agong

Beg Sekolah Anak Kena Gunting Ibu Pesan Tanya Kelakuan Anak Dekat Sekolah Masa Perjumpaan Ibubapa

Football Online Sports Gambling 1xbet 1xbet Globa