Jangan Pandang Ringan Amarah Orang Muda Kata Pakar Kepada Putrajaya


 
Minderjeet Kaur -May 15, 2021 Tunjuk perasaan disertai belia yang berlaku di Parit Raja, dekat Batu Pahat, Johor pada malam Hari Raya Aidilfitri.PETALING JAYA: Pakar mengingatkan Putrajaya untuk mengambil perhatian terhadap kemarahan dalam kalangan belia yang semakin memuncak kerana pengangguran dan tindak balas kerajaan terhadap pandemik Covid-19 yang lemah.
Mereka berkata anak muda ini akan cenderung untuk terus menghentam kerajaan melalui media sosial dan mengadakan demonstrasi jalanan sekiranya Putrajaya tidak bersikap tegas.
Khamis lalu, satu klip video tunjuk perasaan di Parit Raja, dekat Batu Pahat, Johor dikongsi dalam talian dan tular di media sosial.
Ia menunjukkan sekumpulan pemandu dan penunggang motosikal menghalang persimpangan jalan raya yang sibuk, membakar suar dan kain rentang dengan tulisan “Kerajaan Gagal” di atasnya.
Tweet dengan hashtag #KerajaanGagal, yang bermula pada 16 April, telah menjadi tren sejak sebulan lalu.
Azmi Hassan, bekas pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), berkata belia ingin mengetahui apa yang kerajaan ingin lakukan dalam memerangi Covid-19.
Beliau berkata Putrajaya harus mencontohi Britain, yang “mempunyai rancangan terperinci mengenai bila dan apa yang perlu dibuka dan dalam keadaan yang bagaimana”. Dia merujuk sekatan perniagaan dan aktiviti lain.
“Belia kita juga mahu melihat rancangan negara yang jelas,” katanya kepada FMT.
Katanya mereka mahu kerajaan menunjukkan bahawa mereka tahu apa yang sedang dilakukan. “Mereka tidak mahu pusingan-U.”
Merujuk kepada pengumuman SOP Hari Raya dan perintah sekatan di Kuala Lumpur baru-baru ini, dia berkata: “Mereka memahami alasannya. Tetapi sebelum Raya, perdana menteri mengumumkan sekatan sepenuhnya walaupun sebelum ini berjanji tidak akan ada PKP di seluruh negara.
“Dari kaca mata dan persepsi belia, kerajaan tiada pemikiran yang jelas tentang bagaimana untuk memerangi Covid-19 dan membantu mereka berdepan masalah.”
Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya (UM) berkata ekonomi yang lemah mengundang kebimbangan kehilangan pekerjaan dalam kalangan belia yang, tambahnya, juga marah dengan keadaan darurat selain mengekang kebebasan bersuara.
Tambahnya mereka turut menolak dakwaan amalan dwistandard dalam penguatkuasaan SOP.
“Mereka faham mengapa kompaun dikenakan tetapi mula memberontak kerana amalan dwistandard tersebut,” katanya kepada FMT.
Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata kebanyakan rakyat, termasuk belia, menyokong SOP dan “perintah sekatan yang betul” tetapi masih mencari “arah dan arahan yang jelas”.
Beliau mendesak kerajaan untuk menghentikan amalan dwistandard dan membentuk dasar yang akan membantu belia “kembali kepada kehidupan normal”.
Seluruh negara diletakkan di bawah PKP dari 12 Mei hingga 7 Jun. Ia diumumkan dua hari selepas kerajaan memberi jaminan kepada rakyat bahawa tidak akan ada sekatan di seluruh negara.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/jangan-pandang-ringan-amarah-orang-muda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Sanggup Lakukan Apa Sahaja Untuk Ke Putrajaya Kata Pas

Dap Sanggup Lakukan Apa Sahaja Untuk Ke Putrajaya Kata Pas

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 463 hits
inforakyat netDAP akan melakukan apa sahaja demi untuk mentadbir kembali Putrajaya termasuk berusaha mendapat sokongan pengundi Melayu Naib Presiden PAS Senator Idris Ahmad berkata DAP tahu mereka solid boleh mendapat sokongan orang bukan M...
Jangan Bungkam Suara Anak Muda Buka Parlimen Segera Bersih 2 0

Jangan Bungkam Suara Anak Muda Buka Parlimen Segera Bersih 2 0

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 250 hits
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil bersolidariti bersama anak anak muda yang turun ke jalan raya menegur kerajaan Perikatan Nasional sebagaimana yang berlaku di Kampung Muhibbahraya Tawau dan terkini di Kampung Parit Raja Batu Pahat Joho...
Jangan Tekan Suara Anak Muda Berterusan Anwar

Jangan Tekan Suara Anak Muda Berterusan Anwar

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 184 hits
Jangan tekan suara anak muda berterusan AnwarOleh May 19 2021Penangkapan terbaharu ke atas anak muda yang berdemonstrasi pada malam Hari Raya Aidilfitri Khamis lalu di Parit Raja Johor tidak sepatutnya berlaku Pengerusi Pakatan Harapan Datu...
Kabar Keguguran Aurel Dihujani Banyak Prasangka Buruk Atta Jangan Dengar Kata Orang

Kabar Keguguran Aurel Dihujani Banyak Prasangka Buruk Atta Jangan Dengar Kata Orang

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 323 hits
Dibilang karma karena umumkan kehamilan terlalu dini hingga tudingan konten belaka duka yang mereka rasakan tentu semakin mendalam
Jangan Jadi Seperti Malaysia Kata Indonesia Mengenai Kes Covid 19

Jangan Jadi Seperti Malaysia Kata Indonesia Mengenai Kes Covid 19

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 351 hits
Peningkatan kes Covid 19 di Malaysia baru baru ini telah membuatkan ia dijadikan contoh oleh Kementerian Kesihatan Indonesia untuk mengingatkan rakyatnya agar berwaspada Jurucakap kementerian bagi vaksinasi Covid 19 DR Siti Nadia Tarmizi M ...
Jangan Benar Lapangan Terbang Subang Diambil Alih Kata Mahb

Jangan Benar Lapangan Terbang Subang Diambil Alih Kata Mahb

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 253 hits
May 10 2021 Lapangan terbang Subang diberi perhatian khusus dalam pelan induk pembangunan semula lapangan terbang itu kata pengerusi MAHB Zambry Abd Kadir PETALING JAYA Lapangan terbang Sultan Abdul Aziz Shah atau lapangan terbang Subang se...
Putrajaya Pandang Serius Ancaman Israel Mahu Lancar Serangan Ke Atas Malaysia

Putrajaya Pandang Serius Ancaman Israel Mahu Lancar Serangan Ke Atas Malaysia

papar berkaitan - pada 17/5/2021 - jumlah : 608 hits
MALAYSIA NOW Malaysia tingkatkan kawalan keselamatan ketika Israel mahu sasarkan musuhnya di luar negara Warga Palestin mengangkat bendera Malaysia ketika protes di Baitulmaqdis Malaysia memiliki hubungan istimewa dengan Palestin sejak awal...
Demo Kerajaan Gagal Fikir Kenapa Jangan Nak Tangkap Sahaja Kata Puad

Demo Kerajaan Gagal Fikir Kenapa Jangan Nak Tangkap Sahaja Kata Puad

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 284 hits
May 14 2021 Kenapa pada hari raya pertama rakyat sanggup menunjuk perasaan tanya Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi PETALING JAYA Puad Zarkashi menggesa pentadbiran Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin fi...
Untuk Elak Fitnah Lebih Baik Jangan Lantik Anak Sendiri Jadi Pengerusi

Untuk Elak Fitnah Lebih Baik Jangan Lantik Anak Sendiri Jadi Pengerusi

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 522 hits
HAMZAH RIE NADS Anwar pernah meminta bapanya memulangkan kembali pemberian tanah beribu ekar di Sabah kerana tidak mahu pemberian tanah tersebut kerana beliau ketika itu berjawatan Timbalan Perdana Menteri Anwar tidak mahu amalan kronisme m...
Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life