Ph Adil Bayar Royalti Petroleum Mb Terengganu



PH adil, bayar royalti petroleum – MB TerengganuPosted By: Pentadbiron: 1 MEI, 2019 Print EmailKERAJAAN persekutuan di bawah Pakatan Harapan lebih adil kepada kerajaan PAS di Terengganu termasuk dalam soal bayaran royalti minyak untuk negeri, kata Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar.Kerajaan pimpinan Dr Mahathir Mohamad yang jadi perdana menteri sekali lagi, tidak menekan Terengganu kerana ditadbir parti pembangkang, katanya.Putrajaya membayar royalti yang dijanjikan oleh Barisan Nasional sejak sekian lama, tambahnya.Ahmad Samsuri memberitahu kerajaan negeri sudah terima bayaran royalti peringkat pertama bagi tahun 2018 dan 2019 secara terus sebanyak tiga kali berjumlah RM450 juta.Baki daripada keseluruhan bayaran berjumlah antara RM1.5 bilion hingga RM1.6 bilion pula dijangka akan dibuat pada September.“Pembayaran royalti petroleum ini akan dibayar dua kali setahun, iaitu pada Mac dan September.“Dana itu akan kita gunakan untuk bayar gaji dan membayar segala projek pembangunan yang dilakukan kerajaan lalu (BN) yang perlukan pembayaran bermula tahun ini,” kata Ahmad Samsuri kepada The Malaysian Insight.Beliau yang juga Adun Rhu Rendang berkata, dana royalti petroleum itu juga akan membiaya pembinaan loji penapis air, projek Bandar Baru Kuala Nerus dan Bandar Baru Kijal.“Kita ada projek kerajaan lalu yang perlu pembayaran bermula tahun ini, (perlukan dana) ratus-ratus juta (ringgit), itulah (royalti petroleum) digunakan.“Semua projek itu dijalankan bertahun lalu oleh kerajaan lalu dan pembayarannya akan bermula sekarang ini. Pembayaran itu akan gunakan royalti petroleum,” katanya.Dalam pada itu, Ahmad Samsuri berpendapat kerajaan persekutuan sekarang juga lebih terbuka menerima perbezaan pandangan dalam urusan pentadbiran negeri.“Kita boleh berbeza pendapat dalam beberapa perkara, kalau kita tidak bersetuju kita nyatakan kita tidak setuju (dalam sesuatu perkara).“Kalau kerajaan sama tentu ada kekangan dalam hal itu, tetapi bagi kita tidak ada masalah,” katanya dalam satu pertemuan di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu, baru-baru ini.Beliau menarik perhatian bagaimana kerajaan PAS di Kelantan selama beberapa tahun berdepan masalah dengan kerajaan BN di persekutuan, sejak ia menang negeri itu dalam pilihan raya 1990.Dr Mahathir jadi perdana menteri kali kedua selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun lalu, selepas kali pertama antara 1981 dan 2003.Menurut Ahmad Samsuri, sejak setahun lalu kerajaan persekutuan mengambil langkah berunding dengan negeri-negeri pembangkang.Sementara itu, beliau berkata kerajaan pimpinannya juga berjaya melunaskan sebahagian besar daripada 20 janji manifesto PAS Terengganu sewaktu PRU14.Antara janji manifesto bertema “Terengganu Maju, Berkat, dan Sejahtera” yang sudah dan sedang dilaksanakan termasuklah penghapusan cukai pintu rumah kediaman serta tunggakan.Turut dilaksanakan adalah karnival kahwin kali pertama percuma, pemberian air percuma dan lesen motosikal percuma.“Daripada 20 tawaran manifesto, 12 kita sedang laksanakan, kita penggal masih panjang, pentadbiran baru setahun berlalu untuk laksanakan semua manifesto,” kata Ahmad Samsuri lagi.Dalam PRU14, PH berjaya menawan beberapa negeri ditadbir BN, namun arus perubahan itu tidak melanda negeri-negeri pantai timur.PAS kekal di Kelantan dan merampas semula Terengganu yang pernah diperintahnya pada 1999.BN juga hanya berjaya menguasai Pahang dan Perlis manakala Sarawak dikuasai empat parti tempatan, Gabungan Parti Sarawak yang keluar BN.Di Terengganu, PAS menguasai 22 daripada 32 kerusi negeri, berbanding BN yang hanya menang 10 kerusi. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/05/ph-adil-bayar-royalti-petroleum-mb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Terengganu Mampu Tunai Janji Walau Royalti Dipotong Kata Exco

Pas Terengganu Mampu Tunai Janji Walau Royalti Dipotong Kata Exco

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 305 hits
PAS Terengganu mampu tunai janji walau royalti dipotong kata exco nbsp
Ragam Manfaat Terbaik Vaseline Petroleum Jelly Yang Harus Kamu Tahu

Ragam Manfaat Terbaik Vaseline Petroleum Jelly Yang Harus Kamu Tahu

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 331 hits
Vaseline Petroleum Jelly merupakan sebuah produk kecantikan yang terbuat dari campuran lilin alami dan minyak mineral Produk Vaseline Petroleum Jelly ini diketahui sangat baik untuk mengunci kelembaban kulit dan memperbaiki kulit sehingga t...
Bufet Ramadan Malaysian Petroleum Club Menawarkan Lawatan Ke Sky Bridge Menara Berkembar Petronas

Bufet Ramadan Malaysian Petroleum Club Menawarkan Lawatan Ke Sky Bridge Menara Berkembar Petronas

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 420 hits
Bufet Ramadan Malaysian Petroleum Club Menawarkan Lawatan Ke Sky Bridge Menara Berkembar Petronas Assalammualaikum semua Wah bulan Ramadan hampir tiba dah habis ganti puasa ke Hehehe Ruby teruja ingin
Terengganu Jimat Rm150 Juta Hasil Penstrukturan Semula Glc

Terengganu Jimat Rm150 Juta Hasil Penstrukturan Semula Glc

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 280 hits
KUALA TERENGGANU Kerajaan Terengganu dapat menjimatkan wang sehingga RM150 juta hasil penstrukturan semula 50 anak syarikat kerajaan negeri yang sebelum ini dikenal pasti tidak aktif dalam aktiviti perniagaan Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri ...
Candat Sotong Pengalaman Pertama Di Perairan Terengganu

Candat Sotong Pengalaman Pertama Di Perairan Terengganu

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 713 hits
Radiosenyap com Candat sotong adalah aktiviti yang pada asalnya menjadi mata pencarian bagi nelayan di Terengganu dan negeri negeri pantai Timur yang lain 1 May lepas saya telah merasai pengalaman Candat Sotong di Terengganu Terjebak Saya m...
Sembang Sasterawan Di Universiti Malaysia Terengganu

Sembang Sasterawan Di Universiti Malaysia Terengganu

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 367 hits
Pada 15hb April saya telah dijemput ke UMT untuk satu sessi sembang bersama kakitangan dan pelajar pelajar PAMERAN SASTERAWAN NEGARA diadakan di ruang perpustakaan iaitu di luar auditorium Sempena kedatangan saya UMT telah menganjurkan satu...
Madu Kelulut Kuala Terengganu

Madu Kelulut Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 674 hits
Madu Kelulut Kuala Terengganu Madu Lebah Kelulut Asli Di Kuala Terengganu dan Seluruh Malaysia Anda mahu mendapatkan madu kelulut yang asli di Kuala Terengganu dan di seluruh Malaysia Saya Paksu Cuckoo 012 7092198 merupakan pembekal dan pen...
Kes Royalti Petronas Tidak Hadir Mahkamah

Kes Royalti Petronas Tidak Hadir Mahkamah

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 414 hits
SALMAH MAT HUSAIN FOTO RIZAL TAHIRMenteri Besar menerima naskhah al Quran dari wakil Nasyrul Quran Dato Abdul Latiff Mirasa KOTA BHARU Kerajaan Kelantan berharap wakil kerajaan Persekutuan dapat hadir ke mahkamah bagi membolehkan proses pen...
Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Top Marketing Strategies For Buzz

Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Cara Mohon Biasiswa Yang Di Pertuan Agong

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis

Tapak Niaga Berhawa Dingin Rm13 Sehari Di Expo Raya Galaxy Mall Ampang Anjuran Ppim Ehailing Fm 11 02 2025

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Checklist Senarai Barang Keperluan Sekolah Anak Jangan Ada Yang Tertinggal

Di Usia Berapa Anda Mula Tergerak Untuk Belajar Ilmu Agama Yang Diajar Oleh Para Tok Guru Ustaz

Drama Viu Bidaah

Best Buat Rawatan Wajah Dengan Teknologi Korea Di Kskin

Shell Out Delivery Ke Rumah Sempena Pkp Di Port Dickson

Hiasan Kelas Jata Negeri Printable