Petunjuk Syarak Mengenai Ucapan Menyambut Ramadhan



Soalan:
Selalu kita lihat dalam kalangan masyarakat mengucapkan ungkapan “Ramadhan Al-Mubarak”, “Selamat berpuasa”, dan seumpamanya. Adakah terdapat petunjuk syarak dalam hal ini?

Jawapan:
Kami mulakan jawapan bagi persoalan di atas ini dengan menjelaskan definisi tahniah terlebih dahulu. Dari sudut bahasa tahniah bermaksud: “Memberikan ucapan-ucapan yang menyenangkan lagi menggembirakan sempena dengan keraian-keraian tertentu.”

Dalam isu ucapan-ucapan selamat bersempena dengan ketibaan bulan-bulan tertentu atau hari-hari tertentu, kita menyatakan bahawa ia termasuk dalam perkara-perkara adat yang mana hukum asal bagi kesemuanya ini adalah harus selama mana tidak terdapatnya dalil yang melarang. Ini berdasarkan sebuah kaedah yang masyhur:

أن الأصل في جميع العادات القولية والفعلية الإباحة والجواز
“Sesungguhnya hukum asal bagi keseluruhan adat sama ada perkataan dan juga perbuatan adalah harus dan dibolehkan.”

Oleh yang demikian, ucapan-ucapan aluan sempena kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak seperti galakan dan anjuran untuk memperbanyakkan amalan ibadat di dalam bulan Ramadhan adalah berada di dalam lingkungan adat dan budaya masyarakat.

Bahkan di sana terdapatnya juga beberapa riwayat yang menunjukkan bahawa amalan ini menjadi budaya yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dan juga para sahabat, serta turut menjadi pengamalan para salafussoleh.


Ini seperti yang ditunjukkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

أَتَاكُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌ مُبَارَكٌ فَرَضَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ تُفْتَحُ فِيهِ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَتُغْلَقُ فِيهِ أَبْوَابُ الْجَحِيمِ وَتُغَلُّ فِيهِ مَرَدَةُ الشَّيَاطِينِ لِلَّهِ فِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ مَنْ حُرِمَ خَيْرَهَا فَقَدْ حُرِمَ
“Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan yang merupakan suatu bulan yang diberkati. Allah telah memfardhukan ke atas kamu untuk berpuasa di dalamnya. Pada bulan ini dibuka pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka, serta dirantai syaitaan-syaitan yang jahat. Pada bulan ini terdapatnya satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang terhalang dari mendapatkan kebaikan malam itu sesungguhnya dia telah terhalang (dari rahmat Allah).” [Riwayat Al-Nasaie (2106)]

Kata Imam Ibn Rajab al-Hanbali dalam ulasan beliau ke atas hadis ini:

وكان النبي صلى الله عليه وسلم يبشر أصحابه بقدوم رمضان
“Adalah Nabi S.A.W memberikan khabar gembira kepada para sahabatnya dengan ketibaan bulan Ramadhan.” [Rujuk Latha’if al-Ma’arif, Ibn Rajab (Hlm. 147)]

Manakala sebahagian para ulama menyatakan bahawa hadis di atas ini merupakan asal bagi perbuatan mengucapkan selamat (tahniah) antara satu sama lain dalam kalangan orang Islam dengan kedatangan bulan Ramadhan.

Kata Syeikh Mulla ‘Ali al-Qari: “Hadis ini merupakan asal bagi ucapan tahniah yang menjadi budaya pada awal bulan-bulan yang diberkati.” [Lihat Mirqat al-Mafatih, Mulla Ali al-Qari (4/1365)]

Begitu juga kata Syeikh Abd al-Ghani bin Yasin al-Labadi yang menyebut: “Adapun ucapan tahniah dengan ketibaan dua hari raya, tahun-tahun, dan juga bulan-bulan, sebagaimana yang menjadi adat kebiasaan orang ramai, maka aku tidak melihat satupun nas (akannya) di sisi para ashab kami. Dan diriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. memberi khabar gembira kepada para sahabat baginda akan kedatangan bulan Ramadhan.” [Rujuk Hasyiah Al-Labadi, Abd al-Ghaniy Al-Labadi (1/99)]

Demikian juga yang disebutkan oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami yang menukilkan kata-kata Al-Syeikh Al-Maquliy: Aku tidak melihat suatu pun pandangan dari para ashab kami berkenaan isu ucapan tahniah dengan hari raya, tahun-tahun, dan juga bulan-bulan sebagaimana yang menjadi adat kebiasaan orang ramai. Akan tetapi Al-Hafiz Al-Munziri telah menukilkan daripada Al Hafiz al-Maqdisi bahawa beliau menjawab isu tersebut dengan katanya: “Orang ramai sentiasa berselisih pandangan tentang hal tersebut. Menurut pandangan aku, perbuatan tersebut adalah harus. Tidak ada sunnah padanya dan tidak pula ianya bidaah.” [Rujuk Tuhfah al-Muhtaj, Ibn Hajar Al-Haitami (3/56)]

Kesimpulan

Sebagai penutup kami menyatakan bahawa isu mengucapkan selamat dengan ketibaan bulan Ramadhan atau bulan Syawal dan anjuran selamat berpuasa dan seumpamanya adalah dibolehkan. Ini memandangkan kesemuanya ini adalah perkara-perkara adat yang tidak bercanggah dengan syarak bahkan tidak terdapatnya petunjuk syarak yang melarang ucapan-ucapan seperti ini.

Akhir kalam, kami berdoa agar Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/petunjuk-syarak-mengenai-ucapan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doa Munajat Asmaulhusna Bagi Menyambut Ramadhan Kareem

Doa Munajat Asmaulhusna Bagi Menyambut Ramadhan Kareem

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 599 hits
Allahhumma Ya Rahman Ya Rahim sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Rahmat dan Kasih Sayang kami mohon rahmat redho dan restuMu untuk kami melangkah masuk ke bulan Ramadhan yang Mulia ini Ya Kareem Ya Majid Ya Dzaljalaaliwalikram muliakan kami s...
Syaikh Ibnu Baz Amalan Menyambut Ramadhan

Syaikh Ibnu Baz Amalan Menyambut Ramadhan

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 399 hits
Soalan ditanya kepada Syaikh Abdul Aziz bin Abdillah bin Baz Apakah ada amalan amalan khusus yang disyariatkan untuk menyambut bulan Ramadhan Syaikh rahimahullah menjawab Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling utama dalam setahun Kerana pa...
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak Daripada Akifimtiyazdotcom Dan Kbba9

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak Daripada Akifimtiyazdotcom Dan Kbba9

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 1572 hits
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 2019 Daripada AkifImtiyazDotCom Dan KBBA9 Alhamdulillah untuk kesekian kalinya kita masih lagi diberi peluang bertemu dengan bulan puasa Ramadan bulan penuh keberkatan dan juga bulan kenikmatan Semoga R...
Doa Mudah Dan Ringkas Menyambut Bulan Ramadhan Tahun 2019 1440h

Doa Mudah Dan Ringkas Menyambut Bulan Ramadhan Tahun 2019 1440h

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 868 hits
As Salam Doa Mudah Dan Ringkas Menyambut Bulan Ramadhan Tahun 2019 1440H Tinggal beberapa hari saja lagi Ramadhan bakal kita lalui Entah sampai entahkan tidak Allahuakbar Ya Allah pilihlah kami dalam kalangan hamba Mu yang mendapat rahmat p...
20 Ucapan Selamat Puasa Ramadhan 2019 1440 H Cocok Untuk Update Status Di Media Sosial

20 Ucapan Selamat Puasa Ramadhan 2019 1440 H Cocok Untuk Update Status Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 740 hits
Umat Islam di seluruh dunia akan menyambut bulan suci Ramadhan yang tinggal hitungan hari lagi Banyak cara yang dapat dilakukan untuk menyambut bulan Ramadhan di antara yaitu dengan berbagi ucapan dan doa Ucapan selamat puasa Ramadhan 2019 ...
Selamat Menyambut Ramadhan Buat Semua

Selamat Menyambut Ramadhan Buat Semua

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 580 hits
AssalamualaikumPagi Semua Selamat menyambut Ramadhan penuh Barokah buat semua Moga kita semua mengejar pahala selagi mampu Niat dan berazam khatam Al Quran Ramadhan ni jom Terlalu letih agaknya mak call pukul 4 30 kejut kan sahur memang LM ...
Ramadhan Kareem Jom Bercinta

Ramadhan Kareem Jom Bercinta

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 621 hits
Assalamualaikum sahabat blogger yang saya kasihi sentiasa Alhamdulillah dah masuk Ramadhan dah kiteee Dan malam ni dah pun masuk 2 Ramadhan Macam mana puasa hari ni Macam mana terawih kita hari ni Macam mana tadarus AlQuran kita hari ni Mac...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin

Ramadan 2025 Malaysia

For Revenge Feat Wira Nagara Kala Luka Berpesta Chord