Zayn Rayyan Tidak Diabai Atau Didera Kata Doktor Pakar Psikologi Kanak Kanak


Zayn Rayyan Tidak Diabai Atau Didera, Kata Doktor Pakar Psikologi Kanak-Kanak
PETALING JAYA, 4 Ogos (Bernama) — Seorang doktor pakar psikologi kanak-kanak hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matin tidak diabaikan atau didera berdasarkan tiga laporan perubatan daripada Hospital Selayang dan Hospital Sungai Buloh.
Pengasas klinik psikologi CPC International di Bandar Baru Bangi Dr Noor Aishah Rosli, 49, berkata beliau telah membaca kandungan laporan terbabit yang diberikan oleh pihak pembelaan kepadanya.
Disoal peguam Haresh Mahadevan sama ada terdapat kandungan dalam laporan itu yang menunjukkan bahawa Zayn Rayyan telah diabaikan ataupun didera, saksi pembelaan kelima itu menjawab: “Tiada satu perkataan pun Yang Arif yang menjurus kepada keadaan itu.”
Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh peguam berkenaan pada prosiding membela diri Ismanira Abdul Manaf dalam kes pengabaian membabitkan kanak-kanak malang itu.
Dr Noor Aishah berkata menurut Persatuan Psikologi Amerika (APA), pengabaian melibatkan banyak cara iaitu daripada segi emosi, fizikal, pendidikan dan keperluan asas selain memaklumkan bahawa definisi itu telah disokong oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Beliau berkata dalam konteks psikologi, pengabaian memerlukan tempoh masa berlakunya insiden itu dan ia dilakukan secara konsisten.
BACA JUGA: Kes Zayn Rayyan: Bapa Bebas Tuduhan Pengabaian, Ibu Diperintah Bela Diri “Saya ambil satu contoh jika ibu bapa atau penjaga tidak memberi makanan tengah hari kepada anaknya berikutan penjaganya sakit atau sebagainya, ia tidak dikategorikan sebagai pengabaian kerana budak tersebut mungkin tidak makan tengah hari sahaja.
“Namun jika kanak-kanak itu tidak diberi makan pada waktu petang dan malam, dan keesokannya hanya diberi minum air dan makan sebungkus roti kecil selain menganggap kanak-kanak itu tahu mencari makanan sendiri di rumah atau mengharapkan mungkin jiran menghulurkan makanan dan ia berterusan hari demi hari, minggu ke minggu hingga ke bulan serta berlaku secara konsisten, kita katakan pengabaian,” katanya yang turut memiliki sijil sebagai kaunselor.
Berhubung isu pertuduhan pindaan dihadapi Ismanira, Dr Noor Aishah berkata melihat kepada ayat ‘telah mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal’, perkataan ‘mungkin’ adalah tiada kepastian yang menjurus kepada fizikal.
Haresh: Ada atau tidak cara tertuduh mengabaikan kanak-kanak wujud dalam pertuduhan?
Dr Noor Aishah: Tidak dinyataan di sini (pertuduhan pindaan).
Pada 21 Julai lepas, Hakim Syahliza Warnoh memerintahkan Ismanira Abdul Manaf, 30, membela diri selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap wanita itu manakala suaminya Zaim Ikhwan Zahari, 30, dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan sama.
Mereka didakwa mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa di sekitar kawasan Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai sehingga kawasan sungai berdekatan antara 12 tengah hari 5 Dis hingga 9.55 malam 6 Dis 2023.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan bersambung esok.
Sumber: BERNAMA
The post Zayn Rayyan Tidak Diabai Atau Didera, Kata Doktor Pakar Psikologi Kanak-Kanak appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/04/zayn-rayyan-tidak-diabai-atau-didera-kata-doktor-pakar-psikologi-kanak-kanak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakar Psikologi Tiada Bukti Zayn Rayyan Diabaikan Atau Didera

Pakar Psikologi Tiada Bukti Zayn Rayyan Diabaikan Atau Didera

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 211 hits
PETALING JAYA 4 Ogos Seorang doktor pakar psikologi kanak kanak hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa kanak kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matin tidak diabaikan atau didera berdasarkan tiga laporan perubatan daripada Hospita...
Hiburan Tiada Bukti Didera Atau Diabaikan Pakar Psikologi Update Kes Zayn Rayyan Di Mahkamah

Hiburan Tiada Bukti Didera Atau Diabaikan Pakar Psikologi Update Kes Zayn Rayyan Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 5/8/2025 - jumlah : 245 hits
Seorang doktor pakar psikologi kanak kanak Dr Noor Aishah Rosli memberitahu Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya hari ini bahawa tiada bukti dalam laporan perubatan yang menunjukkan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin 6 didera atau diabaikan me...
Tiada Perkataan Diabai Atau Didera Apa Sebenarnya Laporan Perubatan Tentang Zayn Rayyan

Tiada Perkataan Diabai Atau Didera Apa Sebenarnya Laporan Perubatan Tentang Zayn Rayyan

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 136 hits
Petang Isnin 4 Ogos 2025 Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya dibayangi dengan ketegangan baru apabila seorang doktor pakar psikologi kanak kanak memberi keterangan penting tiada satu pun perkataan diabai atau didera dalam laporan perubatan ras...
Kes Zayn Rayyan Bapa Kecewa Dengan Polis Tuduhan Pengabaian Dianggap Mengarut

Kes Zayn Rayyan Bapa Kecewa Dengan Polis Tuduhan Pengabaian Dianggap Mengarut

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 181 hits
Melalui laporan bapa kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin meluahkan rasa kecewa sewaktu mengulas tentang perintah mahkamah terhadap isterinya Ismanira Abdul Manaf Kecewa dengan pihak polis Bapa yang bernama Zaim Ikhwan itu berkata dir...
Ismanira Jawab Dakwaan Buat Muka Kosong Semasa Siasatan Kes Zayn Rayyan Saya Tak Faham Mengapa Dia

Ismanira Jawab Dakwaan Buat Muka Kosong Semasa Siasatan Kes Zayn Rayyan Saya Tak Faham Mengapa Dia

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 284 hits
Ismanira Abdul Manaf tertuduh dalam kes kematian anaknya Zayn Rayyan Abdul Matin 6 menafikan dakwaan seorang saksi pendakwaan yang mengatakan wajahnya kelihatan kosong semasa siasatan awal dilakukan memetik AWANI Dalam perbicaraan hari ini ...
Polis Reka Cerita Saya Bunuh Anak Sendiri Ibu Zayn Rayyan Tepis Dakwaan Liar

Polis Reka Cerita Saya Bunuh Anak Sendiri Ibu Zayn Rayyan Tepis Dakwaan Liar

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 243 hits
Ibu kepada arwah Zayn Rayyan Abdul Matin kanak kanak bersandarkan autisme yang meninggal dunia secara tragis Disember lalu tampil menafikan dakwaan bahawa polis telah cuba menggambarkan beliau sebagai pembunuh anaknya sendiri memetik Berita...
Mak Ayah Hantu Durian Ini Had Yang Selamat Jika Ada Masalah Kesihatan Kata Doktor

Mak Ayah Hantu Durian Ini Had Yang Selamat Jika Ada Masalah Kesihatan Kata Doktor

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 234 hits
Musim durian datang lagi Bagi sesetengah keluarga inilah masa paling heaven sebab satu keluarga memang kaki durian Pantang ada bau durian confirm semua berkumpul mak ayah anak anak menantu sampai cucu pun join sekali kenduri durian tepi rum...
Bapa Mentua Nafi Ismanira Anak Lelaki Abaikan Zayn Rayyan

Bapa Mentua Nafi Ismanira Anak Lelaki Abaikan Zayn Rayyan

papar berkaitan - pada 23/7/2025 - jumlah : 220 hits
PETALING JAYA Mereka ibu bapa yang bertanggungjawab dan sangat menyayangi Zayn Itu penegasan bapa mentua Ismanira Abdul Manaf Zahari Mohd Reba 57 ketika memberi keterangan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa menantunya dan anak lelak...
Ibu Zayn Rayyan Dakwa Dipaksa Buat Pengakuan Bunuh Anak Sendiri

Ibu Zayn Rayyan Dakwa Dipaksa Buat Pengakuan Bunuh Anak Sendiri

papar berkaitan - pada 22/7/2025 - jumlah : 220 hits
PETALING JAYA Saya beritahu yang saya tidak rela untuk dibawa berjumpa dengan majistret kerana telah dipaksa dan digertak Demikian pengakuan ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matin ketika memberi keterangan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini Is...
Tak Ada Sarji Sarji Ya Amp Tak Akan Terjadi Berang Sering Dijodohkan Dengan Aisar Khaled Pelakon Indonesia Hilang Sabar

Polis Minta Orang Ramai Henti Spekulasi Sebar Video Insiden Jpj Dan Warga Asing

Nadzmi Adhwa Sebak Rindu Ardell Tidur Susah Solat Susah Saya Yang Penat Tengok Dia

Hak Menulis Di Media Sosial

Mariam Meenachi

Minum Petang Di Toastma Kopitiam

Hari Malaysia Sara One Off

Eukcg 2025 Semak Kelayakan Daftar Pin Kata Laluan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ucapan Terima Kasih Khusus Buat Blogger Yang Ikhlas

Best Gordon Ramsay Beef Wellington Recipe Masterclass

Belajar Melepaskan Belajar Ikhlas

Beli Kuih Serabai Kuah Durian Kat Maqan Food Fest 2025 Plaza Angsana Jb

Speed Read New Motorcycles From Ducati Aprilia And Husqvarna

Lirik Lagu Melodi Terluka Ehin