Petua Tips Jika Terkena Sengatan Lipan Ini Cara Yang Anda Harus Buat Sebelum Jumpa Doktor


Petua & Tips Jika Terkena Sengatan Lipan, Ini Cara Yang Anda Harus Buat Sebelum Jumpa Doktor! Apa yang akan anda lakukan sekiranya kena sengat lipan? Terkena sengatan lipan memang amat menyakitkan, tapi selepas disengat sebelum pergi berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan adalah lebih baik kita rawat sendiri untuk meredakan kesakitan akibat digigit lipan itu. Anda harus tahu cara untuk hilangkan bisa lipan dan rasa sakit serta elakkan daripada kesan gigitan menjadi bengkak dan melarat.
Sebenarnya, berbagai cara dan petua tradisional untuk menghilangkan sakit yang menyucuk-nyucuk kerana sengatan lipan yang berbisa ini. Antara petua yang paling mujarab adalah dengan menggunakan tembakau, lalu dikunyah sebelum diperah air tembakau tersebut ke bahagian tanda sengatan lipan berkenaan. Apa yang paling penting adalah lipan yang mengigit anda itu tadi haruslah dibunuh terlebih dulu.
Lipan mempunyai berbagai jenis seperti lipan bara, lipan besar dan berbagai jenis lagi yang turut terdapat di seluruh dunia. Binatang yang mempunyai bisa ini mampu mencederakan manusia dengan gigitannya yang amat merbahaya itu. Perkongsian doktor yang dikenali sebagai Dr Haji Uwais Al Qorni ini pasti akan menjawab segala persoalan berkaitan tentang sengatan lipan yang anda ingin ketahui.
Tips Jika Terkena Sengatan Lipan
Lipan ada bermacam jenis yang mempunyai bisa yang boleh membuatkan kesan gigitan menjadi bengkak. Hari ini klinik doc dikunjungi oleh seorang anak muda berbangsa Indonesia, beliau kena sengat lipan malam tadi dalam pukul 2 pagi sewaktu sedang lena tidur. Kasihan pula doc tengok tangan dan bahunya bengkak. Lepas sengatan pertama, beliau boleh sambung tido lagi, mungkin dah terlampau kerap disengat, orang kata “alah bisa tegal biasa”. Tapi selepas disengat kali kedua, barulah beliau rasa geram nak bunuh lipan tu.
Tapi malangnya cari punya cari tak jumpa juga, rupanya lipan beliau ni pandai main sorok-sorok. Hehe. Doc pon sebenarnya tertanya-tanya juga, kebelakangan ni banyak juga pesakit doc yang kena sengat lipan. Kebanyakannya datang klinik doc awal pagi, dan sewaktu tengah tidur.
Doc secara peribadinya memang dah terlalu banyak menangani kes disengat lipan, jadi doc memang kalau boleh tak mahu lagi ada yang tersalah anggap mengenai makhluk Allah yang bernama lipan ini.
Antara perkara yang perlu anda tahu mengenai lipan adalah : 1. Lipan dalam bahasa inggeris dipanggil centipedes. Perkataan ini berasal daripada bahasa latin yang bermaksud “seratus kaki”. Tetapi tiada lipan yang memiliki seratus kaki kerana kaki lipan berjumlah ganjil seperti 9,11,15 dan seterusnya.
2. Sengatan lipan memang berbisa, tetapi tidaklah sampai membunuh. Melalui pembacaan doc, anda perlu disengat sekurangnya lebih seribu kali sebelum boleh mati disebabkan sengat tersebut. Namun ada beberapa keadaan di mana anda perlu mengambil serius dan berjumpa doktor juga. Teruskan bacaan.
3. Lipan ada beberapa jenis, tapi yang paling berbahaya kalau di Malaysia adalah lipan bara (Scolopendridae). Ia berwarna merah dan saiznya besar serta boleh mencecah 30cm. Walaupon begitu, lipan ini sangat jarang dijumpai di kawasan yang didiami manusia, dan selalunya membesar di hutan serta kawasan bawah tanah hutan hujan tropika.
4. Lipan selalunya tinggal di kawasan yang kotor dan lembap seperti dalam rekahan lantai bilik air, celah rak, bawah tikar getah,bawah rumput karpet dan dalam kasut. Selain itu, ia juga suka tinggal dalam selimut dan bersembunyi dalam baju terutamanya pakaian yang kerap dibiar berlonggok di lantai. Oleh itu, perhatikan setiap kawasan yang berisiko ini.
5. Lipan sering menyengat apabila berasa terancam. Jika anda terjumpa lipan, anda jangan lah terlalu takut,melatah,menjerit dan sebagainya.(Doc kuat melatah sebenarnya. Hahaha) Sebaliknya, dengan tenang ambil objek tumpul dan ketuk kepala lipan tersebut sampai lunyai. Doc pakai lesung batu je. Hehehe
6. Kesan sengat lipan mirip seperti gigitan ular, kerana terdapat dua bintik halus dan kemerahan . Jangan pula anda terkeliru dan pastikan anda betul-betul melihat jenis lipan tersebut, seperti saiz dan warna. Kalau berani, tangkap dan simpan lipan tersebut serta tunjukkan kepada doktor yang merawat.
7. Lipan tidak memiliki taring atau penyengat, tetapi sebaliknya ia menggunakan dua kaki depan yang berbentuk seperti penyepit (seperti ketam dan lobsters tu!) yang dipanggil Forcipules untuk “mencubit” dan menyuntik bisanya ke badan mangsa.
8. Kebanyakan lipan tidak memiliki mata! Mereka bergerak dengan berpandukan bunyi yang dikesan oleh sesungut Antena mereka. Oleh itu selepas ini anda jangan takut-takut lagi untuk berperang dengan lipan ya! Sebab dia tak nampak anda, tapi dia boleh mendengar, jadi jangan bising-bising sangat lah ya.
Cara Yang Patut Anda Buat Jika Disengat Lipan Ketika Tidur
Lipan amat suka kawasan yang lembap dan biasanya akan berada di rumah di celah dinding, lantai dan pintu. Baiklah, andai kata anda sedang tidur, dan tiba-tiba terasa seperti dicucuk objek tajam, anda terjaga dan terlihat lipan. Apa yang perlu anda lakukan?
1. Dengan tenang, cuba “kepung” lipan tersebut. Cari objek tumpul dan ketuk kepalanya beberapa kali sehingga beliau mati syahid. Kalau anda ingin merasa disengat sekali lagi, bolehlah biarkan ia hidup. Sebab lipan akan menyengat mangsanya berkali-kali sekiranya terasa diancam.
2. Ok, lipan sudah mati dan anda puas. Bagaimana pula dengan tempat sengatan lipan yang sakitnya amat tajam dan mencucuk itu? Segeralah basuh kawasan disengat lipan dengan sabun antibacterial beberapa kali dan bilas dengan air yang banyak.
3. Tidak perlu dipicit kawasan sengat kerana bisa lipan kebiasaanya tidak merebak. Tindakan memicit kawasan sengat akan menyebabkan ia mudah dijangkiti kuman dan menyebabkan bisa masuk lebih dalam menyebabkan sakit anda lebih lambat pulih.
4. Sengatan lipan terdiri daripada protein yang boleh terurai oleh suhu panas. Sekiranya tempat sengatan anda menjadi bengkak, rendamkan kawasan tersebut dalam air panas(35-45’C) selama 30minit. Kepada mereka yang dah lama follow doc, doc memang selalu kongsi pasal rendaman air panas ni. Termasuklah kalau disengat obor-obor, ikan batu, ikan sembilang dsb.
5. Sesetengah lipan menyebabkan kawasan sengat menjadi gatal. Oleh itu, anda boleh dapatkan krim steroid seperti Hydrocortisone untuk mengurangkan gatal dan kesan kemerahan pada kulit.
6. Sengat lipan amat sakit dan terasa sehingga 48 jam lamanya. Dapatkan ubat penahan sakit jenis NSAIDs seperti tablet Diclofenac atau Ibuprofen. Pastikan anda mendapat nasihat doktor terlebih dahulu sekiranya anda baru pertama kali ingin mengambil ubat ini.
Bila anda perlu berjumpa doctor?
Anda disarankan berjumpa doktor dengan segera selepas terkena gigitan lipan yang berbisa. Jika kesan sengat lipan tidak baik selepas beberapa hari dan semakin bengkak. Sejurus selepas disengat, anda dinasihatkan mengambil suntikan anti-tetanus (kancing gigi). Beberapa kes sengatan lipan boleh menyebabkan alahan yang teruk.(anaphylaxis reaction) Oleh itu berjumpalah doktor segera untuk penilaian lanjut sekiranya anda mengalami sesak nafas,pening kepala, sakit dada, merah seluruh badan dan sakit yang melampau. Anak kecil yang berusia 5 tahun ke bawah serta warga emas yang digigit lipan hendaklah dibawa berjumpa doktor dengan segera.
Tips Extra: Ada juga pesakit doc yang pergi sapu perut lipan pula di tempat terkena sengatan lipan. Tapi nampaknya tak berkesan sebab tu terpaksa cari doc juga. Antara petua orang tua yang lucu bila doc baca antaranya ada yang sapu getah keladi dekat tempat kena sengat! (Tak melekit ke nanti?) Ada juga yang sapu cuka dan biji hitam, kemudian gaulkan dan campur pula bawang putih (Ni dah macam nak memasak pulak!). Yang sapu abu lipan pon ada (Baik buat BBQ lipan je. Nyam2). Sapu air asam jawa dan macam2 lagi lah petuanya.
Petua ni sebenanya pada pendapat doc selagi ia tidak memudaratkan, tak salah nak mencuba. Tetapi kemungkinan anda akan rugi masa dan tenaga saja jika petua tersebut tidak berkesan. Jadi, doc sarankan anda berjumpa dengan doktor terlebih dahulu atau boleh juga cuba tips yang doc kongsikan ini.
Apabila anda terkena sengatan lipan anda harus tahu bagaimana cara untuk merawat akibat gigitannya sebelum pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Langkah ini perlu dilakukan segera agar kesan gigitan tidak membengkak dan mungkin mampu menghilangkan kesakitan yang anda alami.
Sumber: Media Maklumat
The post Petua & Tips Jika Terkena Sengatan Lipan, Ini Cara Yang Anda Harus Buat Sebelum Jumpa Doktor! appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/petua-tips-jika-terkena-sengatan-lipan-ini-cara-yang-anda-harus-buat-sebelum-jumpa-doktor/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Black Ayah Penyayang Pantau Suhu Anak Setiap Jam Bila Demam Kongsi Cara Redakan Demam Tanpa Jumpa Doktor

Black Ayah Penyayang Pantau Suhu Anak Setiap Jam Bila Demam Kongsi Cara Redakan Demam Tanpa Jumpa Doktor

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 585 hits
Biasanya bila anak demam mamalah orang yang paling resah dan susah hati Takut nak tidur malam dan sebagainya Bimbang juga suhu anak tiba tiba naik mendadak dan risiko pada masalah lain ketika demam Namun bagi Black dia mengambil alih kesemu...
Video Debat Vaksin Tv Al Hijrah Jadi Perhatian Netizen Lihat Cara Doktor Pakar Ini Patahkan Hujah Dr Huda

Video Debat Vaksin Tv Al Hijrah Jadi Perhatian Netizen Lihat Cara Doktor Pakar Ini Patahkan Hujah Dr Huda

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 726 hits
VIDEO Debat Vaksin TV Al Hijrah Jadi Perhatian Netizen Lihat Cara Doktor Pakar Ini Patahkan Hujah Dr Huda Topik perdebatan membabitkan golongan anti vaksin hangat dibincangkan di laman sosial sejak beberapa tahun kebelakangan ini Malahan pe...
Mrt Jakarta Segera Beroperasi 4 Fakta Harus Tahu Sebelum Naik

Mrt Jakarta Segera Beroperasi 4 Fakta Harus Tahu Sebelum Naik

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 246 hits
MRT Jakarta mulai beroperasi pada Maret 2019 Apa saja yang harus dilakukan sebelum naik MRT
Tips Kerja 4 Cara Nak Kawal Bos Yang Suka Mendesak

Tips Kerja 4 Cara Nak Kawal Bos Yang Suka Mendesak

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 351 hits
Menyampahnya malam malam dapat lagi Whatsapp dari bos suruh buat itu ini Lebih teruk senarai tugasan yang dihantar pada malam hujung minggu Terus rasa spoil sahaja mood hendak bermalasan Pasti diantara kita pernah bekerja dengan ketua yang ...
Petua Nenek Cara Alami

Petua Nenek Cara Alami

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 852 hits
Assalamualaikum wbt Dah lama rasanya saya tak berkongsi petua cara alami kan hihi nie gara gara tengok drama Petua Nenek punya pasal la nie Jom kita baca Elak rambut berbuah Ambik segenggam daun buluh dan rebus sehingga mendidih Setelah sej...
Karipap Nak Kekal Rangup Dari Pagi Sampai Ke Petang Sebelum Ibu Masak Ikut Petua Ni

Karipap Nak Kekal Rangup Dari Pagi Sampai Ke Petang Sebelum Ibu Masak Ikut Petua Ni

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 702 hits
Jika ditanya dimana letakkan rasa sedap kuih karipap selain rasa intinya yang lembut berasa kurangupan kulitnya juga sangat mempengaruhi rasa Jadi sebab ini juga tidak hairanlah anak anak kita kalau makan karipap akan dimakan bahagian sekel...
Tips Dan Cara Mudah Turunkan Berat Badan Bagi Orang Pemalas

Tips Dan Cara Mudah Turunkan Berat Badan Bagi Orang Pemalas

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 491 hits
Assalamualaikum Hi Semua Tips dan Cara Mudah Turunkan Berat Badan Bagi Orang PemalasCredit Image American Heart AssociationBetulke Betul ke ada tips dan cara mudah nak turunkan berat badan bagi orang malas Ha siapa yang malas kat sini angka...
Bagaimana Cara Berkhitan Bagi Bayi Perempuan Sebelum Berkhitan Ibu Bapa Wajib Tahu Prosedur

Bagaimana Cara Berkhitan Bagi Bayi Perempuan Sebelum Berkhitan Ibu Bapa Wajib Tahu Prosedur

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 335 hits
Saya bakal melahirkan bayi perempuan dan merancang untuk melakukan khitan pada bayi saya beberapa hari selepas bersalin Saya ingin memohon pandangan dan pendapat doktor tentang cara berkhitan untuk bayi perempuan Bagaimana cara ia dilakukan...
Begini Cara Pramugari Dilatih Sebelum Layak Terbang Di Awan Biru

Begini Cara Pramugari Dilatih Sebelum Layak Terbang Di Awan Biru

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 489 hits
Kerjaya di awan biru sebagai kru penerbangan sememangnya menjadi kerjaya idaman kebanyakkan ramai orang terutamanya di kalangan wanita Meskipun kerjaya bergelar sebagai pramugari itu cukup popular namun tidak ramai yang mengetahui proses se...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara

Resipi Daging Masak Hitam Berempah Terlajak Sedap


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Upiak Feat Beby Acha Lato Lato Chord

Worldcoin Dan Ai

Umno Lifts Tajuddin S 6 Year Suspension

Lady Renounces Malaysian Citizenship In Video Gets Bashed By Nationalist Netizens

Pasar Jom Santai Melayu Klasik Di Lotus Ampang Meriah