
Elak rambut berbuah Ambik segenggam daun buluh dan rebus sehingga mendidih. Setelah sejuk, gunakan air rebusan itu untuk membasuh rambut dan boleh dilakukan dua kali seminggu.
Melentikkan bulu mataAmbik sedikit air teh yang telah dibancuh dan sapukan pada bulu mata.
Menegangkan kulit mukaKisar beberapa kuntum bunga melur dan bunga cempaka. Bancuh bunga yang telah dikisar dengan bedak sejuk bersama sedikit air. Lumur ke seluruh muka setiap malam sebelum tidur. Keesokan hari cuci muka dengan air suam dan bilas dengan air sejuk kemudian awak lapkan muka dengan tuala yang bersih.
Vitamin semula jadi untuk kulit Secawan strawberi menyediakan 130 peratus vitamin C iaitu zat meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Fungsi kolagen adalah membantu kulit kita tetap tegang dan lembut.
Rawat bibir pecah akibat kepanasanBancuh segelas air kelapa muda bersama sebiji telur ayam kampung dan minum ketika cuaca panas.
Rawat dahi bengkak akibat terhantukAmbik beberapa helai daun jarak dan bungkus bersama abu dapur yang sederhana panas. Tekap pada bahagian benjol sehingga hilang panas abu. Jika tak sembuh, dapatkan rawatan selanjutnya.
Tiada lagi kedutan halusKajian menunjukkan kedutan halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila wanita berusia di akhir 30-an dan 40-an. Oleh itu, wanita digalakkan makan makanan yang kaya dengan isoflavon soya yang dikenali dengan aglycone seperti tempe.
Mengurangkan selesema bayiSapukan sedikit minyak kelapa pada batang hidung bayi dan biarkan sehingga kering. Jika tak sembuh, sila dapatkan rawatan selanjutnya.
Legakan pedih perutRenehkan susu kambing asli (mentah) bersama dengan buah kurma dan boleh dijadikan amalan dalam minuman.
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |