Petua Saya Turunkan Kolesterol 5 6 Mmol L Ke 5 02 Mmol L Dalam 2 Minggu
Ramai orang zaman sekarang ada kolesterol tinggi. Ini biasanya berpunca dari amalan pemakanan seseorang itu. Antara penyebab kolesterol tinggi seperti banyak makan makanan berminyak, kurang bersenam dan amalan gaya hidup yang kurang sihat seperti hisap rokok.
Kesan kolesterol tinggi boleh menyebabkan sakit jantung & stroke. Jika tindakan tidak diambil untuk mengawal dan mengurangkan kolesterol, seseorang adalah sangat mudah untuk terkena serangan sakit jantung & stroke (angin ahmar). Dua penyakit ini adalah sangat merbahaya kerana ia berlaku secara tiba-tiba.
Jika terkena serangan sakit jantung, kesan terbesar biasanya adalah mati mengejut. Jika rawatan pantas tidak dibuat, potensi untuk mati pada saat berlakunya serangan sakit jantung tersebut adalah sangat tinggi. Mati tiba-tiba dari sakit jantung adalah antara penyebab terbesar kematian di Malaysia.
Jika terkena serangan angin ahmar (stroke), kesan terbesar biasanya adalah lumpuh. Lumpuh boleh berlaku kepada sebahagian badan atau seluruh badan. Jika rawatan pantas tidak dibuat (seperti fisioterapi), potensi untuk kekal lumpuh adalah sangat tinggi. Sekiranya lumpuh, seseorang akan memerlukan bantuan alat & pertolongan orang untuk menjalankan aktiviti seharian. Ini sudah tentu akan menyusahkan pesakit & orang lain.
Admin salah seorang yang mempunyai masalah kolesterol tinggi.Setiap kali cek darah di klinik,kadar kolesterol selalunya lepas border yang ditetapkan.baru-baru ni admin cek kadar kolesterol admin adalah 5.6,apa lagi dapatlah sesi kaunseling percuma dari kakitangan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara( LPPKN ) semasa sesi pemeriksaan kesihatan percuma.
Dari situlah admin terasa keinsafan untuk menurunkan kadar kolesterol.Apa yang admin lakukan adalah membeli produk yang dapat menurunkan kadar kolesterol.Sama ada suplemen atau minuman.Jadi dari perbandingan harga yang dibuat maka admin akhirnya memilih susu Omega PLUS® ialah satu-satunya susu yang mengandungi ACTICOL®, iaitu sejenis sterol tumbuhan yang dapat membantu merendahkan tahap kolesterol dengan menghalang penyerapan kolesterol dalam aliran darah.Admin membeli pek kecil 150g dengan harga RM 8.90.
Selepas 2 minggu minum susu omega,admin kena buat ambil darah untuk temujanji doktor.Admin terkejut dengan result darah terutamanya bahagian kolesterol.Wow...kadar hanya 5.02 mmol/L berbandingan sebelum ini 5.6 mmol/L.Pertama kali dapat result kolesterol dengan tanpa bold. Haahahaha..alhamdulilah.
Kesimpulannya,kalau anda ingin turunkan kolesterol dalam darah.Amalkan susu ini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://8vertising.blogspot.com/2018/04/petua-saya-turunkan-kolesterol-56-mmoll.html