Petua Hilangkan Sakit Tekak Ketika Menelan Ubat Sakit Tekak Yang Sesuai



Petua Hilangkan Sakit Tekak Ketika Menelan & Ubat Sakit Tekak Yang Sesuai
Hari ni genap seminggu aku menderita sakit tekak. Aku perasan tekak aku tak selesa lepas bangun tidur ke esokkan harinya dan sangat sakit bila nak menelan. Telan air liur pun terasa sakit. Kebetulan aku keluar atas urusan kerja dan tak sangka terjejas juga kesihatan aku sebab cuaca ter amatlah panas hari tu.

Silap aku tak bawa botol air bila keluar. Jadi ingat ya korang, sila minum banyak air terutama bila berada di luar rumah. Bila kurang minum air maka ini lah akibatnya. Oleh sebab ubat sakit tekak tiada stok dekat rumah jadi aku just amalkan petua untuk hilangkan sakit tekak.

Langkah terbaik untuk hilangkan sakit tekak ialah pergi klinik dan dapatkan rawatan dari doktor. Oleh sebab keadaan penjarakan fizikal dan kes COVID yang tak menentu, aku jadi takut nak ke klinik mahupun hospital. Korang jangan ikut perangai ni ya.

Masa kecil dulu kalau demam dan sakit tekak, mak aku akan beri petua dan macam-macam benda mak suruh aku cuba. Kena kumur air suam, minum air asam jawa dan banyak lagi la. Bila dah berkahwin jadi ilmu-ilmu macam tu memang sangat berguna.





7 Petua Hilangkan Sakit Tekak Ketika Menelan
Rehat Yang Cukup


Paling utama sebenarnya adalah kena dapatkan rehat yang cukup. Elak berjaga dan tidur lambat sebab bila tak cukup rehat akan sebabkan badan jadi semakin lemah. Sepatutnya aku boleh sihat lebih awal tapi ada ketika aku terpaksa stay up malam untuk siapkan tugasan dan aku kembali tak sihat. Tempoh untuk sembuh lebih lama.  


Mandi Bawah Shower


Aku perasan bila aku nak telan air liur terasa anak tekak aku membengkak. Sebab tu apa je yang lalu akan sebabkan rasa sakit. Terasa juga anak tekak tu penuh dengan lendir. Jadi apa aku buat bila terasa je sakit tekak aku akan kerap mandi di bawah shower dan mandi dalam jangka masa lama dari biasa. Bila mandi tu suhu badan perlahan-lahan turun dan tekak jadi lega lepas batuk beberapa kali.


Minum Banyak Air Suam


Sepanjang aku sakit tekak dia datang beserta pakej iaitu gatal anak tekak. Gatal tu bukan terasa di tekak sahaja malah sampai ke telinga. Sengsara weh. Masa ni badan aku panas je belum ada kahak mahupun selsema. Jadi, minum air suam sangat-sangat melegakan sakit tekak. Aku cuba juga minum air sejuk, tapi kelegaan tu tak sama. Ikut tekak masing-masing ya.





Minum Air Asam Jawa


Sebelum air asam jawa banyak dijual di kedai lagi mak aku dah suruh aku amalkan petua minum air asam jawa ni. Ingat lagi, masa remaja mak bagi aku minum tapi terlajak minum sampai cirit birit. Bukan salah mak tapi diri sendiri sebab sedap pula air asam jawa sejuk.


Cara nak sediakan pun mudah je, aku guna pes asam jawa dan bancuh dengan air sejuk. Aku tambah sedikit gula nak bagi senang ditelan. Sekarang banyak je air asam jawa siap bancuh dijual. Beli jelah lagi senang kerja.


Kumur Dengan Air Garam


Boleh juga kumur dengan air garam suam dengan tujuan untuk beri kelegaan kepada tekak. Aku pernah cuba tapi petua ni kurang berkesan untuk aku. Mak aku pesan untuk kumur dengan air garam selepas bangun tidur. Kena amalkan selalu baru nampak hasilnya.


Kemam Ubat Sakit Tekak - Difflam AB (Sore Throat Lozanges)


Boleh kemam ubat sakit tekak atau lozanges untuk redakan ketidak selesaan tekak. Setakat ni ubat sakit tekak paling membantu aku ialah Difflam AB (Sore Throat Lozanges). Membantu membunuh bakteria katanya. Ada tiga perisa Oren, Lemon dan Blackcurrent. Jangan amalkan selalu sebab kandungan gula mesti tinggi kan jadi aku makan bila betul-betul perlu sahaja. Dos dibenarkan pula tak boleh lebih 12 lozange sehari dan budak 6 tahun kebawah tidak digalakan ambil.


Jaga Makan


Bila sakit selera nak makan pun sebenarnya hilang tapi kena jaga makan juga supaya sakit lain tak hinggap. Orang yang sakit tekak kena elak makanan berminyak, makanan goreng, makanan pedas dan yang keras. Elok makan bubur supaya senang nak telan.





Sekian saja perkongsian aku tentang cara-cara untuk hilangkan sakit tekak dan ubat sakit tekak yang sesuai dan berkesan untuk aku. Selain daripada apa yang aku highlightkan, banyak lagi petua-petua yang orang lain buat. Aku juga amalkan minum ubat batuk jenama Hurix yang sesuai sangat untuk mereka yang ada simtom sakit tekak, selesema, demam dan batuk. Boleh beli di farmasi ok. Semoga yang diuji masalah kesihatan agar segera sembuh dan minta korang doakan aku juga.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2020/08/petua-hilangkan-sakit-tekak-ketika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ngeri Akibat Ubat Tahan Sakit Paling Power Di Dunia

Ngeri Akibat Ubat Tahan Sakit Paling Power Di Dunia

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 491 hits
Ngeri Akibat Ubat Tahan Sakit Paling Power Di Dunia Krokodil dari Amerika merupakan ubat bius baru yang memiliki harga tiga kali lebih murah dibandingkan heroin Krokodil merupakan ubat sejenis heroin yang dapat menyebabkan kerosakan pada or...
Petua Jika Kebas Kebas Kejang Otot Rasa Nak Pitam Sakit Ulu Hati Sesak Nafas

Petua Jika Kebas Kebas Kejang Otot Rasa Nak Pitam Sakit Ulu Hati Sesak Nafas

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 722 hits
Berikut beberapa petua mudah dan berkesan yang disalin dari Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua Kredit buat Bunga Milah Mohon izin kongsi petua ini 1 Badan kebasJika Badan kebas dan kejang urat Itu tanda awal nak kena a...
Patuhi Norma Baharu Ketika Cuti Hujung Minggu Elak Penularan Covid 19

Patuhi Norma Baharu Ketika Cuti Hujung Minggu Elak Penularan Covid 19

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 460 hits
SHAH ALAM 8 OGOS Pasukan Petugas Pencegahan Covid 19 Selangor sekali lagi mengingatkan orang awam supaya patuh norma baharu ketika cuti hujung minggu ini bagi mengekang penularan Covid 19 Pasukan itu juga mengingatkan orang awam mengimbas k...
Ketika Prabowo Menolak Bahas Permintaan Menjadi Capres 2024

Ketika Prabowo Menolak Bahas Permintaan Menjadi Capres 2024

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 341 hits
Menurut pengurus Gerindra masyarakat menginginkan Prabowo sebagai calon presiden 2024 Terlihat dari hasil survei internal 80 persen masyarakat Sumbar menginginkan Prabowo sebagai calon presiden 2024
Sholat Di Tempat Karaoke Ketika Teman Temannya Sedang Asik Nyanyi Video Anak Ini Viral

Sholat Di Tempat Karaoke Ketika Teman Temannya Sedang Asik Nyanyi Video Anak Ini Viral

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 368 hits
Zaman sekarang karaoke ramai ramai bersama teman adalah satu kegiatan yang sudah sangat biasa Mulai dari remaja orang dewasa bahkan anak sekolah pun sering melakukan hal ini Seperti apa yang ada di video ini sekelompok anak sekolahan yang k...
Tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja Bagi Menyiasat Penjualan Aset Aset Strategik Negara Ketika Ph Berkuasa

Tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja Bagi Menyiasat Penjualan Aset Aset Strategik Negara Ketika Ph Berkuasa

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 796 hits
Oleh Jebat1 Ketika berkempen pada PRU 14 Pakatan Harapan menyuarakan kebimbangan mereka dengan tindakan kerajaan Barisana Nasional yang membenarkan Proton mempunyai rakan strategik mereka dari Geely 2 Momokkan kereta nasional terjual kepada...
Hiburan Dilabel Artis Bermasalah Kerana Tarik Diri Daripada Sebuah Program Ketika Saat Akhir Ini Respon Ara Johari

Hiburan Dilabel Artis Bermasalah Kerana Tarik Diri Daripada Sebuah Program Ketika Saat Akhir Ini Respon Ara Johari

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 849 hits
Penyanyi lagu Bunga Ara Johari menafikan dirinya artis yang sering buat hal gara gara terpaksa menarik diri di saat akhir daripada sebuah program rancangan terbitan sebuah stesen TV hingga didakwa telah menyusahkan pasukan produksi untuk me...
Pekerja Pelabuhan Di Beirut Dilaporkan Tercampak Ke Laut Ketika Letupan Ditemui Hidup Setelah 30 Jam

Pekerja Pelabuhan Di Beirut Dilaporkan Tercampak Ke Laut Ketika Letupan Ditemui Hidup Setelah 30 Jam

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 691 hits
Seorang lelaki yang tercampak ke dalam laut akibat daripada letupan bahan kimia yang berlaku di pelabuhan Beirut tempoh hari ditemui hidup selepas terdampar selama 30 jam lapor Daily Mail Mangsa yang merupakan kakitangan pelabuhan tersebut ...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warung Jdt Sarap

Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas