Hiburan Dilabel Artis Bermasalah Kerana Tarik Diri Daripada Sebuah Program Ketika Saat Akhir Ini Respon Ara Johari
Penyanyi lagu Bunga, Ara Johari menafikan dirinya artis yang sering buat ‘hal’ gara-gara terpaksa menarik diri di saat akhir daripada sebuah program rancangan terbitan sebuah stesen TV hingga didakwa telah menyusahkan pasukan produksi untuk mencari pengganti.
Ketika ditemui, Ara tampil menjelaskan sebab utama dia menarik diri adalah kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan meskipun menyedari tindakannya itu mengundang rasa tidak senang pihak produksi.
View this post on InstagramGood Morning Everybody. . Harini jangan lupa dengar racun hati banyak banyak kali tau ?? Jangan lupa undi sekali ?? . Cuba teka ini photoshoot untuk apa ? ?: @temujanji . #RACUNHATIAJ @rocketfuelent @arasquadrasmi
A post shared by Ara Johari (@arajohari) on Mar 12, 2020 at 7:55pm PDT
“Sebenarnya seminggu sebelum program rakaman itu dijadualkan, Ara dah rasa tidak sedap badan, kena semput. Pada mulanya, Ara yakinkan diri boleh buat program itu. Namun, sehari sebelum program itu ke udara, badan jadi tidak bermaya. Bila bangun, tiba-tiba saja tak boleh bernafas. Ara beritahu keadaan itu kepada pengurus. Ara boleh terus jayakan program itu tetapi tak berani jamin apa yang bakal berlaku,”
Jika sebelum ini ketika dia diserang penyakit semput, Ara boleh mendapatkan rawatan melalui mesin nebulizer namun disebabkan situasi COVID-19 yang masih belum reda, doktor telah menyarankan Ara supaya tidak menggunakan mesin tersebut.
Meskipun mempunyai alasan yang kukuh, penyanyi kecil molek itu memberitahu dia masih dihantui rasa bersalah di atas apa yang terjadi.
View this post on InstagramAwkward but okay lah ? . GOOD MORNING SEMUA ! Jangan lupa tengok Malaysia Hari Ini sekarang! . #RACUNHATIAJ #PENINDASxWIRA @arajohari @rocketfuelent
A post shared by Ara Johari (@arajohari) on Dec 9, 2019 at 4:39pm PST
“Sebelum ini ada dengar cerita kononnya Ara buat hal dengan stesen TV. Ia bukanlah perkara yang sengaja dibuat kerana Ara memang tidak sihat. Sehingga saat ini, masih ada rasa tak sedap hati dengan apa yang berlaku. Apapun Ara nak ucapkan terima kasih kepada artis yang menggantikan tempat saya walaupun pada saat akhir.”
Dia turut sempat mengucapkan permohonan maaf kepada pihak yang terlibat sekiranya pekara tersebut telah mendatangkan kesusahan buat mereka.
View this post on InstagramSeparuh Nafasku Serah Padamu Tak Lena Terpejam Tanpa Dirimu . Siapa dah hafal lagu racun hati angkat tangan ? ????? . #RACUNHATIAJ #PENINDASxWIRA @arasquadrasmi @rocketfuelent
A post shared by Ara Johari (@arajohari) on Nov 22, 2019 at 2:14am PST
Perkembangan terkini, penyanyi berusia 23 tahun berharap dapat menghasilkan lagu terbaru secepat yang mungkin. Menurutnya, single terakhir Racun Hati yang dilancarkan pada November tahun kini menemui momentum yang semakin perlahan.
Akhir kata, Ara mengharapkan single tersebut bakal menemui peminat pada tahun ini meskipun masih belum ada tarikh tertentu untuk dilancarkan.
Sumber: Berita Harian Online
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2020/08/hiburan-dilabel-artis-bermasalah-kerana.html