Petua Berkesan Rawat Kuku Bermasalah Inilah Manfaat Daun Semalu Yang Ramai Tidak Tahu
Pokok Semalu (Mimosa pudica Linn.) adalah tumbuhan merayap semusim (annual) dari keluarga FABACEAE atau LEGUMINACEAE yang menjadi musuh kepada petani kerana ianya adalah kategori rumpai yang tidak disukai kerana berduri dan sukar dimusnahkan. Pokok semalu sering menarik minat ramai terutama dikalangan kanak-kanak kerana mempunyai daun yang akan kuncup kedalam dan terkulai apabila disentuh . Saya sejak kecil dulu memang suka bermain dengan pokok semalu yang ada disekeliling rumah di kampong dengan kita menyentuhnya dan melihat ia kuncup dengan cepat dan kembali terbuka selepas beberapa minit. Mimosa pudica adalah tumbuhan tempatan yang berasal dari Brazil tetapi kini adalah rumpai tropika raya yang juga natif di Malaysia. Artikel subuh 9 Ramadan ini saya akan menceritakan kisah mengenai tumbuhan SEMALU dalam “Anim Agro Technology” tumbuhan ini yang terdapat disekeliling kita di Malaysia.
Tumbuhan yang renek ini mempunyai batangnya tegak semasa muda tetapi menjalar apabila matang. Batang yang berwarna hijau semasa muda akan menjadi coklat gelap kehijauan apabila menjadi tua. Semalu mempunyai dahan yang halus, bercabang dan berduri tajam yang jarang sehingga 1.5 m (5 kaki). Daunnya semalu adalah jenis pinat (bi-pinnately) dengan satu atau dua pasang pinnae dan 10-26 daun kecil setiap pinna. Petioles juga mempunyai duri. Pokok Semalu dianggap sebagai rumpai kerana durinya yang tajam amat mengganggu. Selain itu Semalu juga merupakan rumpai yang tegar. Ini disebabkan walaupun ia dipotong, umbinya atau akar yang tertinggak dalam tanah mampu tumbuhkan pucuk baru. Selain itu bahagian batang yang telah di potong mampu menumbuhkan akar baru dan tumbuh sebagai pokok baru. Pokok Semalu juga mampu membiak melalui biji benih.
Bunga semalu adalah sangat cantik dengan warna pink keunguan atau putih yang terang. Bunga yang berukuran 2-3 cm garispusat ini mempunyai banyak stamen dan didebungakan oleh agen pendebungaan. Apabila telah berlaku proses pendebungaan maka akan menjadi buah Semalu. Buah semalu yang berwarna coklat kehitaman mampu ‘meletup’ dan mencampakkan bijinya sejauh mungkin apabila cukup matang. Buah semalu juga mempunyai kulit yang berduri atau bercangkuk dan akan melekap pada kain untuk disebarkan kekawasan lain. Semalu adalah tumbuhan rumpai yang ‘tidak malu’ kerana mempunyai kadar pembiakan yang cepat disatu-satu kawasan. Akarnya yang kuat dan dalam menyukarkan kawalan secara manual kerana akar atau rizom yang tertinggal akan hidup dengan mudah. Jika kita potong dengan mesin rumput jika sia-sia.
Buah semalu
Mesin rumput yang potong tumbuhan semalu tidak boleh digunakan untuk memusnahkan Semalu. Setiap cebisan batang, akar dan rizom yang putus akan menyebabkan semalu akan terus membiak dikawasan baru. Kawalan sesuai dengan mencabut (jangan guna tangan nanti luka kena duri) mesti dijalankan dengan gunakan alat pencabut (Plier atau penyepit khas) kerana mencabut akar jika pokok semalu sedikit yang tumbuh dikeliling rumah. Pokok yang dicabut perlu dikumpul dan dimusnahkan dengan membakar kerana sakibaki dan biji yang tertinggal akan hidup semula. Jika pokok semalu banyak kena gunakan racun rumpai jenis sistemik yang mampu masuk kebahagian akar seperti Round-Up.
Tumbuhan Semalu ini juga didakwa oleh beberapa pakar mempunyai khasiat perubatan. Terdapat dakwaan yang semalu mampu membersih, menguat dan mengecutkan faraj wanita terutamanya seleppas bersalin atau haid. Semalu digunakan sebagai bahan mandian dan bukan untuk minuman. Petua yang saya dengan daripada orang lama adalah dengan mengutip bahagian daun termasuk akar semalu dan dibersihkan dari kekotoran tanah. Masukan dalam periok dengan air bersih bersama sedikit buah manjakani,garam kasar dan asam keping,kemudian rebuskannya.Tunggulah sehingga asam keping itu kembang dan biar airnya suam sedikit.Air semalu ini boleh dibuat air mandian.
Selain itu nenek saya yang juga merupakan bidan kampong pernah memberitahu yang semalu ini dapat merawat masalah cekang kaki dan tangan yang pesah-pecah kerana dimakan air. Caranya adalah dengan mengambil beberapa batang pokok semalu bersama akarnya sekali kemudian campurkan sedikit kapur dan tumbuk sehingga lumat .Seterusnya sapu bahagian yang terkena peyakit tersebut. Jika boleh ulang beberapa kali sehingga masaalah tersebut selesai. Pakar-pakar perubatan di Malaysia serta usahawan bijaksana boleh cuba kaedah ini jika benar-benar nak mencuba.
Tumbuhan Semali ini juga didakwa dapat mengubati bengkak ,luka dan bisul. Caranya adalah menumbuk daun tersebut bersama kunyit makan (Curcuma domestica)dan sejenis tumbuhan yang digelar orang kampong sebagai kerak-kerak nasi (Terenia polygonaides). Kemudian tampal pada bahagian yang sakit. Akarnya boleh mengubati sakit buah pinggang ,sebagai pelawas kencing ,sakit perut ,senggugut ,malaria,lelah,tonik,sakit keputihan dan kusta.Air dari batang semalu boleh diminum bagi merawat sakit tekak ,batuk dan deman .Batang dan daun tumbuhan ini boleh ditumbuk dan ditampal pada bahagian yang digigit oleh binatang bisa – Amin Agro Teknologi
4 Khasiat Pokok Semalu Yang Anda Tak Tahu
Kenal tak pokok semalu ni? Pokoknya berduri dan bila disentuh daunnya ia ‘malu’ lalu menguncup. Hehe. Jangan main main pokok ini berduri. Namun sebenarnya banyak khasiat terkandung dalamnya.
Jadi abang nak kongsikan kepada anda semua khasiatnya pokok ini.
Pertama:
Antara khasiatnya yang agak popular ialah sesuai untuk mengecut, menguat dan membersihkan faraj, khususnya selepas bersalin atau haid.
1. Caranya adalah ambil beberapa batang pokok semalu, termasuk akarnya sekali dan bersihkan ia terlebih dahulu.Masukkan dalam sebuah periuk yang sudah dimasukkan air kosong bersama sedikit buah manjakani, garam kasar dan asam keping. Kemudian rebuskan.
2. Tunggulah sehingga asam keping itu kembang dan biarlah hingga airnya suam sedikit. Air semalu ini boleh dibuat air mandi.Pokok semalu juga sesuai untuk merawat masalah ‘makan air’ pada kaki dan tangan.
3. Caranya amat mudah iaitu ambil beberapa batang pokok semalu bersama akarnya sekali. Campurkan sedikit kapur dan tumbuklah sehingga lumat.Setelah itu, sapulah bahagian yang terkena penyakit tersebut,
Kedua:
Pokok Semalu mampu untuk menghapuskan lemak/kolestrol di dalam darah dengan bertindak sebagai agen anti kolestrol.
Ketiga:
Pokok semalu yang dicabut menggunakan playar (keseluruhan pokoknya termasuk akar) direbus di dalam periuk hingga menggelegak. Biarkan sejuk sedikit sehinggalah agak-agak boleh dimasukkan tangan atau kaki di dalam air rebusan itu (masukkan air itu ke dalam besen atau baldi terlebih dahulu).
Air rebusan ini cukup baik untuk mengekalkan kelembapan tangan dan kaki, menghilangkan gatal-gatal tangan dan kaki akibat ‘makan air’ atau istilah saintifiknya Athlete’s foot dan juga cekam pada kuku tangan dan kaki.
Keempat:
Pokok semalu mempunyai keupayaan untuk melawaskan kencing dan memecahkan batu karang dalam pundi kencing.
Sumber: www.karteldakwah.com
The post Petua Berkesan Rawat Kuku Bermasalah, Inilah Manfaat Daun Semalu (Mimosa Pudica) Yang Ramai Tidak Tahu appeared first on Islam Itu Indah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.islamituindah.my/petua-berkesan-rawat-kuku-bermasalah-inilah-manfaat-daun-semalu-mimosa-pudica-yang-ramai-tidak-tahu/