Petua Berkesan Mengeluarkan Nanah Pada Bisul Tanpa Rasa Sakit Secara Semulajadi
Petua istimewa ini datangnya dari tumbuhan. Ia telah menjadi ubat tradisional yang diwariskan secara turun temurun pada penulis. Ada banyak jenis petua yang diajarkan kepada penulis hingga ke hari ini seperti petua mengatasi chicken pox dengan tumbuhan. Jika berkesempatan, Saya akan kongsikan lain kali. Untuk entri ini, saya kongsikan dengan anda mengenai rawatan tradisional untuk bisul.
Maklumlah orang zaman dahulu bukannya terdedah mengenai rumah sakit. Oleh itu, banyak kajian yang dilakukan oleh mereka sendiri untuk dijadikan ubat-ubatan dan ia berguna kepada kita hingga ke hari ini.
Berkat jasa Encik husband, pagi-pagi buta lagi saya dah minta tolong ambilkan gambar untuk tumbuhan ini. Itupun dapat saiz kecil sahaja. Ho..ho… tak mengapa, yang penting anda tahu tumbuhan apa yang saya maksudkan. Sebelum saya berkongsi lebih lanjut mengenai tumbuhan ini, jom kita kenal pasti bisul dan penyebab.
Apa itu Bisul ?
Bisul atau nama saintifiknya adalah carbuncle. Bisul disifatkan sebagai pembengkakan seperti jerawat. Ia akan menunjukkan kemerahan, panas dan akhirnya menunjukkan nanah setelah matang. Biasanya sakit bisul ini lebih terasa jika masih belum mengandungi nanah.
Bakteria Penyebab?
Bisul adalah inflamasi yang berlaku pada kawasan folikel rambut dalam kulit. Kuman bakteria yang menjadi pencetus bisul ini adalah staphylococcus aureus dan staphylococcus pyogenes.
Bisul boleh berlaku dikalangan sesiapa sahaja. Ini termasuklah orang dewasa mahupun kanak-kanak. Kurang daya tahan badan (imun), hygiene yang lemah, pemakanan yang tidak sihat dan seimbang boleh meningkatkan risiko terjadinya bisul ini. Oleh itu, cara hidup yang bersih, pemakanan seimbang dan teratur adalah amat penting untuk mengelak terjadinya bisul berulangkali.
Walaupun sesetengah orang berpendapat bisul tidak boleh dipecahkan, namun adalah amat baik nanah ini dikeluarkan sebaik sahaja ia matang untuk mempercepatkan proses penyembuhan. Nak keluarkan nanah ini harus dilakukan dengan cara yang betul untuk mengelak kita menambah infeksi pada bisul tersebut.
Apapun jangan terburu-buru okay..pastikan bisul ini sudah cukup matang. Bisul yang matang adalah bisul yang berwarna kekuningan, ia dipenuhi dengan nanah. Biasanya ia mengambil masa dalam 24 hingga 48 jam untuk mencapai tahap ini.
Tumbuhan ini lebih dikenali sebagai ‘dungau’ dikalangan masyarakat kaum kadazandusun di Sabah. Ia adalah sejenis pakis. Saya pasti anda pernah melihatnya. Dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai fiddlehead fern.
Agak mudah juga nak cari flora ini dikampung saya. Cuma saiznya kini semakin kecil. Agak susah nak cari saiz yang besar. Kadangkala bermusim. Adakalanya ia boleh didapati dalam kuantiti yang banyak dan besar.
Pakis ini hanya boleh ditemui dikawasan hutan. Sebaik-baiknya dapatkan pakis ini yang bersaiz besar ataupun sederhana. 1 pakis yang bersaiz sebesar tapak tangan cukup untuk merawat bisul. Jika tidak, kecil pun tak mengapa. Asalkan anda dapatkan dalam kuantiti yang banyak. Contohnya 7-10 batang.
Caranya macam ni:
1- Cuci tangan sebersih yang mungkin. Steril ok.
2- Bersihkan bisul dengan air suam. Kemudian keringkan dengan tisu bersih. Kita tak mahu infeksi dari luar menggangu proses penyembuhan.
3- Tumbuk pakis hingga lumat.
4- Letak pakis dengan tebal DISEKELILING bisul. Jangan letak atas bisul pula.
5- Sebaik-baiknya ketika pakis ini diletakkan, hadkan pergerakan anda untuk elak tumbuhan ini jatuh. Ikat dengan kain nilon yang nipis jika takut jatuh.
6- Tunggu hingga kering…pakis ini akan jadi keras dan ketat.
Anda akan lihat nanah beserta darah kotor keluar sepenuhnya tanpa rasa sakit.
Pengalaman sendiri :
Ketika masih menuntut dikolej perubatan, (sudah hampir 8 tahun berlalu) saya mengalami bisul yang boleh tahan besarnya. Kira-kira 4cm jaraknya dari bawah tempurung lutut. Hampir tak boleh berjalan dibuatnya. Nasib baiklah masa tu pun cuti semester.
My mom tolong carikan pakis ni. Masa tu dapat yang bersaiz besar. Bila apply herba ni pada kaki, my mom tolong ikatkan kain nilon yang nipis agar saya boleh bergerak ke mana-mana. Rasa sejuk amat dan selesa bila letak pakis ni. Bila tengok kain nilon tu, ia dah dipenuhi dengan darah dan nanah.
Pakis ni akan jadi kering dan semakin ketat. Dengan cara inilah, ia tolong picit dan keluarkan nanah perlahan-lahan.
Lepas tu, barulah saya bersihkan dengan air suam. Rasa sakit memang hilang lepas nanah dah keluar habis. Bisul itu sembuh sepenuhnya pada esok hari. Ia tidak meninggalkan bekas pada saya. Hingga ke hari ini, tiada sebintik pun parut bisul ni.
Bagi kanak-kanak, petua ini amat sesuai kerana tak sakit langsung. Kita ni orang dewasa, nak pegang bisul pun rasa sakit yang teramat.
Jika bisul anda berlaku dibahagian kemaluan ataupun lipatan kulit, mungkin cara ini agak kurang sesuai. S4tu alternatif yang anda boleh lakukan adalah dengan menggunakan ais untuk memberi rasa kebas dan mengurangkan sakit.
Jangan gunakan kuku untuk memicit bisul. Kuku kita nilah terkandung pelbagai jenis kuman bakteria. Gunakan jarum yang telah dibakar pada api. Gunakan tisu dan kapas bersih untuk mengeluarkan nanah. Bersihkan dengan air suam setelah nanah habis dikeluarkan.
~Semoga bermanfaat …
“Barangsiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, maka ia (orang yang menunjukkannya) akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya. [HR Muslim, 3509].
Sumber: www.karteldakwah.com
The post Petua Berkesan Mengeluarkan Nanah Pada Bisul Tanpa Rasa Sakit Secara Semulajadi appeared first on Islam Itu Indah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.islamituindah.my/petua-berkesan-mengeluarkan-nanah-pada-bisul-tanpa-rasa-sakit-secara-semulajadi/