Petrosains Klcc Anak Anak Suka Kesini
Aku nampak mamakembartiga share dia p PETROSAINS. Terus aku tanya berapa harga tiket. Excited nak bawa anak-anak pergi jalan-jalan. Walaupun Jumaat/ Sabtu lepas baru je stay kat Regency Hotel KL. So, bila mama bagitahu yang harga pun murah dan berbaloi, terus plan nak kesana. Awal pagi dah bersiap tau! anak-anak bangun subuh terus tak lena. Kami sampai ke Petrosains KLCC, tepat 940 pagi. Awal, senang nak parking dan masa nak masuk tu pun memang tak perlu beratur. Terus beli tiket dan boleh masuk kedalam. Masuk sahaja ke sini, kita akan diperkenalkan dengan suasana aman dan revolusi masa. Daripada zaman 200 tahun kebelakang sehinggan ke 2019. Malaysia mengalamai perubahan masa dan juga perkembangan teknologi. HARGA TIKET PETROSAINS Sempena MERDEKA, ada promo family pakej. RM46.30 sahaja untuk kami sekeluarga. Petrosains – belajar dan bermain Apabila sampai ke lokasi pertama, penjelahan bermula dengan ruangan angkasa. Pelbagai boleh dipelajari disini, termasuklah belajar tentang angkasawan dan lain-lain. Petrosains – 3D theatre Setelah itu, ada pelbagai lagi ruang pameran dan showtime. Tanpa ketingalan, kami juga masuk ke 3D theatre. Anak-anak paling enjoy, menyaksikan persembahan 3D Dinasour. Ruangan pemeran dinasour : Kat sini juga ada pemeran sejarah dinasour. Ada beberapa replika dinasour dipamerkan untuk anak-anak merasai suasana dan gambaran wujudnya spesies ini satu ketika dahulu. Aku terbaca, pada tahun 2014, para pengkaji menemui rangka dinasour di Terengganu. Tulang paha sahaja sama besar/ lebih kurang sama saiz dengan seorang lelaki dewasa. Dah baca – Sambut Birthday Along di Regency Hotel KL ? Bayblade hadiah untuk Along Petrosains – Pelantar Minyak Pada ruangan pelantar minyak pengunjung di pamerkan dengan pelbagai alat dan juga cara kerja di pelantar minyak cari gali petroleum. Juga disediakan video bagi memberikan gambaran jelas cara kerja di pelantar minyak. Ada juga volunteer di setiap bahagian bagi membantu memberikan penerangan lebih jelas kepada pengunjung. Kat sini – dilarang bawa makanan. Kecuali ada biskut kecil untuk anak-anak boleh la bawa, tetapi hanya dibenarkan makan di cafe. Malah, cafe juga tak jauh dengan pintu keluar. Jadi eloknya sebelum masuk makan dahulu bagi kenyang perut. Barulah anak-anak tak meragam 🙂 Okay, ini sahaja yang aku sempat catatkan. Kalau korang rasa tak tahu nak kemana, jadikan PETROSAINS KLCC sebagai salah satu lokasi untuk bersama-anak anak.
The post Petrosains KLCC ; anak-anak suka kesini appeared first on Ummi Nani.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://umminani.com/2019/09/petrosains-klcc-science-discovery-centre/