Petronas Boleh Mohon Dikecualikan Lesen Kata Menteri Sarawak


 Julaihi Narawi berkata, syarikat minyak negara bebas jalan kegiatan yang tidak bertindih dengan peranan Petros di Sarawak.
Julaihi Narawi berkata, sebarang bentuk perjanjian dan urusan pembekalan dan penjualan gas asli di Sarawak mestilah berpandukan peranan Petros sebagai agregator gas tunggal di negeri itu. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Syarikat minyak negara Petronas boleh memohon untuk dikecualikan daripada mendapatkan lesen bagi projek-projek yang tidak bertindih dengan peranan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) sebagai agregator gas tunggal, kata seorang menteri negeri
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Julaihi Narawi berkata, pengecualian sedemikian boleh dipertimbangkan, dengan syarat projek-projek itu tidak berkaitan dengan pembekalan, penjualan, peruncitan atau pengedaran dalam sektor gas, yang terletak di bawah bidang kuasa tunggal Petros.
“Kenyataan bersama (antara Premier Sarawak Abang Johari Openg dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim) mengiktiraf Petros sebagai agregator gas yang dilantik oleh kerajaan Sarawak dalam melaksanakan kuasa eksekutifnya.
“Telah dinyatakan dengan jelas oleh premier dan perdana menteri bahawa lantikan ini wajib dipatuhi oleh setiap pihak yang menjalankan urus niaga pengedaran gas di negeri ini,” kata Julaihi pada sidang DUN Sarawak, lapor The Borneo Post.
Menurut Julaihi, sebarang bentuk perjanjian dan urusan melibatkan pembekalan dan penjualan gas asli di Sarawak mestilah berpandukan peranan Petros sebagai agregator gas, seperti yang telah ditetapkan dalam kenyataan bersama tersebut.
Beliau yakin, kenyataan bersama itu akan membawa faedah kepada Sarawak serta memelihara kepentingan negara dengan mengukuhkan kepercayaan pelabur, lebih-lebih lagi dalam kalangan syarikat luar negara dalam sektor pengedaran gas.
Antara kandungan dalam kenyataan bersama itu ialah persefahaman bahawa kesemua undang-undang persekutuan dan negeri Sarawak berhubung pengedaran gas di negeri itu hendaklah diguna pakai secara bersama dan dihormati oleh semua pihak yang menjalankan kegiatan tersebut di Sarawak, termasuk Petronas dan Petros.
Petronas akan terus menjalankan fungsi, kegiatan, tanggungjawab serta kewajipannya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Kemajuan Petroleum serta peraturan-peraturan yang berkaitan dengannya.
Pada Khamis, Abang Johari berkata, Petronas dan anak-anak syarikatnya tidak diwajibkan memperoleh lesen operasi daripada kerajaan Sarawak untuk beroperasi di negeri itu.
Katanya, meskipun Petros telah diiktiraf secara rasmi sebagai agregator gas tunggal di Sarawak, bidang kuasa untuk mengeluarkan lesen operasi masih terletak pada Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak.
“Kementerian tersebut turut mempunyai kuasa untuk luluskan pengecualian. Mengambil kira status Petronas sebagai syarikat minyak negara, kementerian akan beri pengecualian yang bersesuaian.
“Kita akan beri pengecualian, cuma mereka kena mohon dulu,” katanya kepada pemberita. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/05/petronas-boleh-mohon-dikecualikan-lesen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemain Warisan Harimau Malaysia Tak Wajar Diperbesar Kata Menteri

Pemain Warisan Harimau Malaysia Tak Wajar Diperbesar Kata Menteri

papar berkaitan - pada 21/5/2025 - jumlah : 258 hits
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata tidak salah bagi mereka wakili skuad kebangsaan kerana turut miliki pertalian darah dengan rakyat Malaysia FAM menerima kritikan selepas didakwa terlalu bergantung kepada pemain warisan serta kepa...
Kj Kata Rafizi Tak Perlu Letak Jawatan Menteri

Kj Kata Rafizi Tak Perlu Letak Jawatan Menteri

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 233 hits
Malaysiakini nbsp Bekas pemimpin Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar berpandangan tiada keperluan untuk Rafizi Ramli keluar PKR atau melepaskan jawatan menteri selepas gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden dalam pemilihan hujung mingg...
Telaga Tiub Tak Cukup Tampung Bekalan Ums Kata Timbalan Menteri

Telaga Tiub Tak Cukup Tampung Bekalan Ums Kata Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 252 hits
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Mustapha Sakmud berkata sebanyak 5 juta liter air diperlukan bagi menampung keperluan harian warga kampus Tahun lalu projek penggalian telaga tiub dengan peruntukan RM3 juta yang dilaksanakan siap pada Jul...
Jawatan Menteri Serah Pada Anwar Dan Zahid Kata Tengku Zafrul

Jawatan Menteri Serah Pada Anwar Dan Zahid Kata Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 1/6/2025 - jumlah : 363 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Tengku Zafrul Aziz menyerahkan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Presiden Umno Zahid Hamidi untuk menentukan kedudukannya sebagai menteri pelaburan perdagangan dan industri selepas beliau keluar dari Umno T...
Sarawak Urged To Push For 30 Equity Stake In Petronas

Sarawak Urged To Push For 30 Equity Stake In Petronas

papar berkaitan - pada 24/5/2025 - jumlah : 337 hits
DAP s Chong Chieng Jen says the bulk of the gas produced comes from Sarawak Sarawak DAP chairman Chong Chieng Jen said Sarawak has leverage over the federal government given the fragmented political landscape in Peninsular Malaysia PETALING...
Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini

Rayhana Oo Rayhana

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Totalenergies Raih Kontrak 21 Tahun Bekalkan Tenaga Untuk Pusat Data Google Dari Projek Solar Di Kedah

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Pelajar Dakwa Nampak Kelibat Dipercayai Pocong Di Koridor Kolej