Peti Surat Kini Terbiar Sepi
Assalamualaikum. Ini adalah foto peti surat di tembok pagar rumah Abam Kie. Cermin dah pecah dilanda ribut dan banjir kuning tahun 2014 lalu. Abam Kie mula menduduki rumah ini pada 2007. Bila pindah ke sini dari rumah sewa, terus pergi ke pejabat pos untuk maklumkan posmen tentang alamat rumah baharu ni. Seminggu lepas itu segala surat sudah mula dimasukkan ke dalam peti surat tersebut
Pada masa tu peti surat ini selalu menerima pelbagai bentuk surat, bil, kad raya, surat saman, majalah dan sebagainya. Tapi sejak segala penyedia perkhidmatan seperti ASTRO, kad kredit, bank, Telekom Malaysia dan Digi beralih kepada e-statement atau e-billing maka semakin kurang dikunjungi posmen akan peti surat itu. Cuma kekadang bil TNB dan Air Kelantan diletakkan ke dalamnya. Jika tidak maka terbiar sepilah ia. Kekadang mujur gak ada e-billing ni. Tak la rumah abam kie ni dipenuhi kertas. Masa guna bil kertas dulu biasanya selepas setahun abam kie akan melupuskan bil2 yang lama tu
Abam Kie memang lebih suka surat dihantar terus ke alamat rumah kerana ia berbentuk persendirian. Tak bercampur dengan surat2 orang lain. Masih ramai rakan guru yang menginginkan surat2 dialamatkan ke sekolah. Mungkin posmen tak masuk ke kawasan rumah mereka kot? Jadi bila dihantar ke sekolah, maka penuh la segala surat di dalam laci kat pejabat ni. Satu kerja pulak nak mencari surat2 kita diantara banyak2 surat yang ada. Membazir masa aje. Lagipun kat sekolah abam kie tak ada pigeon hole mcm kat PPD atau Kolej Kediaman UM dulu. Leceh kan nak mencari surat kita
Teringat masa kecil2 dan remaja di kampung dulu segala surat diletakkan posmen di kedai runcit Pak Long Abam Kie. Jadi semasa balik dari sekolah abam kie singgah kejap nak semak surat. Selalunya Mak Long dah siap asingkan surat untuk keluarga Abam Kie. Kadang2 bimbang gak surat2 penting akan tercicir.
Jadi sekarang ni seiring dengan peredaran masa dan zaman sains dan teknologi yang serba canggih ini, peranan surat semakin pudar. Hmm...dah lama abam kie tak beli stem di pejabat pos. Surat tawaran masuk U pun dihantar ke emel atau boleh dicetak terus di portal UPU. Jauh bezanya dengan zaman abam kie dapat tawaran buat TESL di UM dulu. Begitulah kisah surat yang kurang digunakan pada zaman skrg.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.zukidin.com/2019/07/peti-surat-kini-terbiar-sepi.html