Dulu Sangat Aktif Kini Pelajar Ini Disahkan Menghidap Myokymia Dipercayai Kesan Terhidu Gas Beracun


Isu pencemaran sisa toksik di Pasir Gudang, Johor bukanlah sesuatu yang baru didengar. Sejak dari Mac lalu, tragedi duka ini telah menjejaskan kesihatan lebih 2,000 orang awam dan menyebabkan beratus buah sekolah di Pasir Gudang diarah tutup berikutan peristiwa  di Sungai Kim Kim berkenaan.
Ternyata, itu bukan kejadian yang terakhir apabila dua minggu lalu, ianya berulang kembali saat beberapa orang pelajar Sekolah Agama Taman Mawar mengalami simptom muntah-muntah dan sesak nafas dipercayai akibat pencemaran udara. Dan ia berterusan sehingga hari ini tatkala seramai 38 pelajar di daerah ini mengalami simptom yang sama.
Namun dalam tidak sedar, sebenarnya ada kisah pilu seorang pelajar di sana yang mungkin masih ramai tidak tahu. Irfan Wafiy Idham Wazir, 12, sebelum ini sangat aktif berlari, berenang dan bebas melakukan apa sahaja bagi menikmati zaman kanak-kanaknya.
Kini, setiap pergerakannya terbatas setelah disahkan menghidap Myokymia iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan beberapa anggota badan menggeletar.
Irfan, anak keempat daripada lima beradik diduga dengan penyakit seakan-akan Parkinson dipercayai setelah terdedah dengan pencemaran toksik Sungai Kim-Kim, Mac lalu.
Ibunya, Norlela Abu Hashim ,45, berkata Irfan dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) setelah sukar untuk bernafas disyaki akibat terhidu gas beracun semasa sesi persekolahannya.
Tidak seperti rakan-rakan lain, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang itu dimasukkan ke hospital lebih lama iaitu 10 hari berikutan keadaan kesihatan yang merosot setiap hari. Pakar HSI jelasnya telah melakukan pelbagai prosedur termasuk pengimejan resonans magnetik (MRI) bagi mengenalpasti punca kakinya menggeletar.
“Pada malam kedua dia hospital kaki dia mula menggeletar. Sewaktu dia tidur, jantungnya berdegup kencang. Doktor tepuk pipi Irfan banyak kali tapi dia seolah-olah tidur yang sangat lena. Kumpulan doktor yang berada di sekeliling katil membuat keputusan untuk memanggil pakar Neurologi”
“Doktor pakar Neurologi suruh dia berjalan, dia tak boleh berjalan. Saya kena pimpin dia. Ada satu ketika sewaktu saya bawa ke tandas, saya terlupa yang dia tidak lagi boleh berjalan dengan normal, dia jatuh dalam tandas,” kata Norlela kepada Bernama News Channel ketika dihubungi hari ini.
Irfan Wafiy Idham Wazir Suri rumah itu berkata, pakar di HSI kemudiannya merujuk kes Irfan ke Hospital Kuala Lumpur dan hasil pemeriksaan mendapati Irfan positif Myokymia susulan terhidu gas beracun yang mengakibatkan kegagalan fungsi paru-parunya.
Disebabkan terpaksa berulang-alik dari rumah ke hospital, bapa Irfan, Idham Wazir, 49, terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak lelaki kesayangannya itu.
Menurut Norlela, Irfan bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada September ini dan disebabkan kecuaian pihak tidak bertanggungjawab, masa depan anaknya kini seolah-olah samar.

“Semua permainan, alatan sukan saya simpan. Ada kalanya Irfan akan menumbuk-numbuk betisnya dengan harapan kakinya tidak lagi bergetar. Sebagai ibu yang dah membesarkan dia sejak lahir, saya sedih dengan apa yang terjadi,” katanya
Norlela berkata, sejak anaknya menerima rawatan di HSI mahupun di HKL, tiada mana-mana pihak yang tampil memberi bantuan. Kunjungan mereka hanya sekadar melawat kemudian tiada tindakan susulan yang diberikan.
Menurut Norlela, disebabkan tiada pembelaan daripada mana-mana pihak, suaminya menghadiri sesi perjumpaan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin bersama pengusaha kilang di Pasir Gudang baru-baru ini.
Menerusi video yang tersebar di media sosial, Idham menyuarakan kekesalannya kepada pengusaha kilang dan minta agar mereka bertanggungjawab dengan kejadian yang menimpa bukan sahaja kepada Irfan malahan kepada semua mangsa.
Pada 7 Mac lepas, seramai 103 orang pelajar dan penduduk sekitar Sungai Kim Kim jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital akibat terhidu gas beracun.
Selepas penyiasatan awal dibuat, pihak berkuasa mengenalpasti puncanya daripada bahan kimia yang dibuang ke Sungai Kim Kim.
Pada 11 Mac 2019, gelombang kedua tindak balas gas beracun daripada bahan kimia di Sungai Kim Kim bermula.
Seramai 106 mangsa baharu dimasukkan ke hospital dengan jumlah mangsa mencecah 1,000 orang dan lapan daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi.
Gas kimia dari sungai itu didapati boleh menyerap ke dalam badan manusia melalui saluran pernafasan dan juga kulit.
Beberapa gas beracun hasil reaksi air dan udara bersama bahan kimia tersebut iaitu gas acrylonitrile, xylene, metana dan toluene yang boleh menyebabkan sakit kepala, loya, pengsan dan kesukaran bernafas.
Sumber: Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/07/04/dulu-sangat-aktif-kini-pelajar-ini-disahkan-menghidap-myokymia-dipercayai-kesan-terhidu-gas-beracun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
15 Orang Pelajar Di Pasir Gudang Mungkin Terhidu Gas Beracun Sama Seperti Insiden Sg Kim Kim Menteri

15 Orang Pelajar Di Pasir Gudang Mungkin Terhidu Gas Beracun Sama Seperti Insiden Sg Kim Kim Menteri

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 429 hits
Semalam kita dikejutkan dengan tularnya beberapa keping gambar yang memaparkan suasana genting yang terjadi kepada 15 orang pelajar Sekolah Agama Taman Mawar di Pasir Gudang Johor Mereka dikatakan mengalami simptom muntah muntah dan sesak n...
Insiden Di Pasir Gudang Mungkin Disebabkan Terhidu Gas Beracun

Insiden Di Pasir Gudang Mungkin Disebabkan Terhidu Gas Beracun

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 328 hits
PUTRAJAYA 20 Jun Insiden membabitkan 15 pelajar Sekolah Agama Taman Mawar di Pasir Gudang Johor yang mengalami kesukaran bernafas dan muntah muntah kemungkinan disebabkan gas beracun kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad Berc...
Terkini Di Pasir Gudang 10 Pelajar Muntah Dipercayai Terhidu Udara Cemar

Terkini Di Pasir Gudang 10 Pelajar Muntah Dipercayai Terhidu Udara Cemar

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 333 hits
Sekurang kurangnya 10 orang murid di Sekolah Menengah Nusa Damai Pasir Gudang dilaporkan muntah dan loya loya selepas dipercayai terhidu udara tercemar pagi tadi Kejadian dilaporkan berlaku jam 10 30 pagi tadi sekaligus memaksa guru guru be...
Pelajar Mengadu Pedih Mata Dipercayai Hidu Bau Gas Kuat

Pelajar Mengadu Pedih Mata Dipercayai Hidu Bau Gas Kuat

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 294 hits
JOHOR BAHRU Sebahagian pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Nusa Damai yang terlibat dalam insiden terbaharu sesak nafas sebentar tadi mendakwa mata mereka pedih sebelum tiba tiba berasa pening dan mual akibat menghidu satu bau gas yan...
Perubahan Wajah Pemeran Film Harry Potter Dulu Dan Kini Obat Kangen Kisah Favoritmu Saat Muda

Perubahan Wajah Pemeran Film Harry Potter Dulu Dan Kini Obat Kangen Kisah Favoritmu Saat Muda

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 323 hits
Nostalgia salah satu film favoritmu saat remaja dulu nih Masih pada ingat muka mukanya nggak
Bila Terhidu Gas Jangan Terus Hidupkan Lampu Ini Bahaya Ramai Tak Tahu

Bila Terhidu Gas Jangan Terus Hidupkan Lampu Ini Bahaya Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 283 hits
Kes kebakaran yang berlaku sehingga mengorbankan harta benda dan nyawa pastinya mengerunkan semua Walau pelbagai langkah keselamatan telah diambil namun kadang kala ada yang terlepas pandang hingga kejadian yang tak diingini berlaku Perkong...
Pensyarah Uum Bina Sistem Pengimbas Wajah Kesan Kehadiran Pelajar

Pensyarah Uum Bina Sistem Pengimbas Wajah Kesan Kehadiran Pelajar

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 235 hits
SINTOK Seorang pensyarah Universiti Utara Malaysia sedang membina sistem pengimbas wajah bagi mengesan kehadiran harian pelajar ke kelas Pensyarah Pusat Pengajian Pengkomputeran Dr Noradila Nordin membangunkan projek Smart Attendance System...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner