Petanda Paling Kukuh Sebaik Imam Mahdi Dibai Ah
Kata para ulama antara tanda yang paling kuat untuk menentukan lelaki itu Imam Mahdi ialah setelah dia dibai'ah, keluar sekumpulan tentera dari Syam yang Nabi sebut As Sufyani. Bila Nabi sebut Sufyani, orang akhir zaman kenal kumpulan ini sebab semua maklumat yang Nabi sebut datang daripada Allah SWT. Bila Nabi sebut tempat perang besar berlaku antara tentera Imam Mahdi dengan Rom, Nabi kata satu nama tempat di Dabiq. Nama tempat itu sehingga hari ini masih ada di Syria.
Nabi kata tentera itu tentera Sufyani datang daripada Syam. Di akhir zaman nanti pasti akan muncul satu kumpulan dengan nama ini dan semua orang kenal. Apabila Imam Mahdi dibai'ah di Mekah, Imam Mahdi orang Madinah pergi ke Mekah. Dari Mekah keluar Syam, berperang di sana kemudian Imam Mahdi menetap di Baitulmuqaddis. Itu perjalanan Imam Mahdi.
Setelah dibai'ah di Mekah, sewaktu itu tentera Sufyani keluar dari Syam (Syria) terus ke arah Mekah untuk menyerang Imam Mahdi yang telah dibai'ah. Mereka tentera Sufyani tahu yang Imam Mahdi sudah pun mucul dibai'ah, Imam Mahdi pun sudah memberi ucapan pertamanya sebagai imam kepada semua umat Nabi Muhammad ketika itu dan ketika berita itu sampai tentera Sufyani ini keluar untuk menyerang. Ini tanda paling besar sekali munculnya Imam Mahdi.
Dari Syria ke Mekah ada dua jalan iaitu dari Syria melalui Jordan, Madinah dan Mekah atau jalan kedua dari Syria melalui Iraq, Madinah dan Mekah. Jalan yang paling dekat ialah dari Syria melalui Iraq, Madinah dan Mekah. Imam Mahdi dan orang-orang yang membai'ah Imam Mahdi, orang-orang yang terbaik ketika itu dari kelompok yang pertama berada di Mekah. Ketika tentera Sufyani sampai di madinah, melintasi Madinah dan sampai di satu tempat Nabi kata Baida. Sampai hari ini tempat itu ada.
Nabi kata apabila tentera Sufyani tiba di Baida iaitu sebuah tempat yang melepasi masjid Nabawi, Allah buka bumi ini dan menelan kesemua tentera Sufyani kemudian Allah tutup. Menelan kesemuanya termasuklah orang -orang yang berada di sekitar itu, ada dikalangan penduduk, ada yang datang ke situ untuk berniaga sebab tentera ramai, yang bukan tentera turut ditelan sekali. Hal ini Saidatina Aisyah bertanya kepada Rasulullah, Ya Rasulullah, orang yang tidak bersalah termasuk ditelan bumi sekali? Nabi kata semua ditelan sebab mereka pergi ke sekumpulan yang dimurkai oleh Allah. Sebab itu ada pengajaran daripada hadis ini ialah jangan bergaul, mendiami kawasan-kawasan yang majoritinya fasik dan melakukan kemungkaran kepada Allah. Bila datangnya azab, azab ini akan kena kepada semua orang.
Daripada kejadian itu terselamat seorang atau pun dua orang, yang terselamat ini berkejar ke Mekah memberitahu kepada Imam Mahdi dan pembai'ah-pembai'ah terawal Imam Mahdi, kata tentera Sufyani telah pun ditelah bumi kesemuanya. Ini adalah antara petanda yang paling kukuh untuk kita mengatakah lelaki itu adalah Muhammad bin Abdullah Al- Mahdi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://detikislam.blogspot.com/2021/11/petanda-paling-kukuh-sebaik-imam-mahdi.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/UHQdyX+(Detik+Islam)