Petal Velvet Sunaway Dan Petal Velvet Powder Althea Kenapa Cute Sangat
Althea's Petal Velvet Sunaway
Lindungi kulit dari sinar matahari dengan perlindungan petal Althea's Petal Velvet Sunaway! Teksturnya sangat ringan, paling menarik pelindung matahari tidak kelihatan ini dirumus dengan asid hyaluronik dan ekstrak bauan ros, wangi!
Tahukah anda simbol SPF dan PA?👉Simbol PA+, PA++, PA+++ di mana lebih banyak simbol + digunakan maka lebih tinggi nilai perlindungan dari sinar UVA. Althea's Petal Velvet Sunaway ada lebih PA++++, maka lebih tinggi perlindungan wajah kita bila berada di luar apatah lagi perlu bekerja dalam haba dan cuaca terik dalam waktu yang lama.
👉Simbol SPF - Sun Protection Factor merupakan sebuah produk yang dibina untuk melindungi kulit dari ancaman sinar matahari. Semakin tinggi level SPF bagi sesebuah produk sunblock, semakin tinggi ia melindungi kulit anda. Sunscreen atau sunblock yang mengandung SPF 50+, ketahanannya akan lebih lama, iaitu lebih dari 5 jam bila kita di luar.
Lagi lama lagi bagus sebab kita tidak tahu berapa lama kita terdedah dengan pancaran matahari diluar. Jika tidak dilindungi, itulah tapak yang memungkinkan kita mendapat jeragat dan masalah lain kesan dari kulit yang tidak dilindungi.
Kebaikan:
Ringan - memastikan kulit anda tetap segar dan terhidrat sepanjang hari. Mudah disapu - mempunyai SPF sebanyak 50+ dan PA++++, jadi kulit anda akan dilindungi sepanjang hari. Tidak berminyak - Petal Velvet mengandungi zarah-zarah serbuk mikro yang memberikan kulit efek kulit licin seperti kelopak. Bila digandingkan dengan pemakaian Petal Velvet Powder ia beri efek glowing serta merta.
Kandungan: Water, Cyclopentasiloxane, Zinc Oxide, Disiloxane, Propanediol, Titanium Dioxide, Dicaprylyl Ether, Methyl Methacrylate Crosspolymer, Pelargonium Graveolens Flower Oil, Salvia Officinalis (Sage) Oil, Pogostemon Cablin Oil, Citrus Aurantium Bergamia (Bergamot) Fruit Oil, Rosa Damascena Flower Extract, Peg-10 Dimethicone, Stearic Acid, Aluminum Hydroxide, Vinyl Dimethicone/Methicone Silsesquioxane Crosspolymer, Sodium Chloride, Triethoxycaprylylsilane, 1,2-Hexanediol, Sorbitan Caprylate, Glyceryl Caprylate, Polyglyceryl-6 Polyricinoleate, Ethylhexylglycerin, Butylene Glycol, Ethyl Hexanediol, Caprylyl Glycol.
Boleh buat semakan seandainya anda sendiri ada masalah alergik, mana tahu ada doktor sarankan betul tak. Jadi sebelum buat keputusan beli rujuk dulu kandungan diatas.
Mudah menyerap, tidak berminyak bila disapu. Wangi bau bunga ros. Sedap guna. Rekemen sangat, lagi-lagi julia sendiri suka travel ke sana ke mari, memang mudah masuk dalam beg tangan. Ia kecil dan tidak susah untuk dijaga.
Althea's Petal Velvet Powder
Terbaru di pasaran Pink Lavender Petal Velvet Powder, sebelum ini face powder jenis Warm Beige dan Translucent (Putih) Petal Velvet Powder. Saat julia sapukan diwajah, rasa sungguh mudah disapu kerana ia sangat menyerap butiran minyak di wajah.
Tatkala berada di dalam aircond seharian, minyak pasti terbit di zon T. Bila sapu terus rasa segar di kulit kerana ia menjaga kelembapan dan tidak mengeringkan. Sesuai untuk kegunaan harian.
Kebaikan:tekstur ringan.tidak berminyak.mudah disapu.mengandungi zarah-zarah serbuk mikro yang halus.membantu mengawal sebum di wajah.menjadikan kulit berasa segar sepanjang hari.formula hypoallergenic yang tidak akan merengsakan kulit.bebas dari bahan dari unsur haiwan (x lanolin)
Julia suka guna bedak Petal Velvet bila nak buat finishing makeup. Lepas dah guna foundation dan nak setkan makeup nampak lembut, hanya ambil span dan pedapkan di kulit wajah. Terus nampak efek glowing dan seakan tampil segar.
Kedua-duanya sangat mudah dibawa, sangat sesuai digunakan setiap hari. Bentuknya yang kecil, comel dan sangat cute serta ringan sangat memudahkan julia untuk tampil ceria, cantik dan bermaya setiap hari tanpa rasa perlu bimbang lagi.
Hampir sebulan julia cuba, baru sekarang rasa puas hati nak kongsikan di blog. Tujuan utama sudah semestinya nak lihat kesan sebenar. Recommended !
Untuk info lanjut sila layari:
Website - www.althea.kr
Instagram - https://www.instagram.com/altheakorea/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.juliajohari.com/2018/11/petal-velvet-sunaway-dan-petal-velvet.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+WithJulia+%28With+Julia...%29