Set Petal Velvet From Althea
My Pink box yang tersesat sebelum selamat sampai kat tangan k.fiezz..budak kurier ter switch barang k.fiezz dengan barang orang lain..k.fiezz tahu pun sebab ada sorang chinese lady yang k.fiezz story kat >> kisah chinese lady yang jujur dan kurier yang bertanggungjawab contact k.fiezz..dia beritahu ter terima barang k.fiezz ni..
dan kotak pink k.fiezz ni, diterima esoknya..nasib budak kurier tu bertanggungjawab pi amik balik kotak ni..dia tahu salah dia..MY PINK BOX From ALTHEAYeay...sampai pun kotak pink yang kelima..yea..korang tak salah baca..kotak kelima ni..nampak tak, k.fiezz memang pengguna barang Althea yang setia..dan merangkap sorang shopper online setia kat website Althea..haha..Jom check it out apa dalam kotak ni...
Hi my 5th pink box...'awak..sesat yeak..tak pe, dah sampai kat orang yang betul'...
Ada Apa Dalam Kotak Pink ni?
Jeng..Jeng..Jeng...
x1 Petal Velvet Sunaway SPF50+ PA++++
x3 Petal Velvet Powders in #0, #23, and #Pink Lavender
x1 super cute Althea hologram pouch
Petal Velvet Sunaway SPF 50+ PA++++
Negara kita kan cuaca panas sepanjang masa dan kadang-kadang musim hujan..Kalau time panas tu, lit lit...so terdedah pada cahaya matahari ni tak elok..Jadi nak melindungi kulit kita dari pancaran cahaya matahari, guna la krim pelindung matahari macam Petal Velvet Sunaway 50+ PA++++ ni..Untuk mencari sunblock yang sesuai, kena cari yang mempunyai pertahanan (Ultra Violet A&B [UVA & UVB])..PA++ bermaksud kekuatan UVB..Kalau cuma PA++ bermaksud, krim tersebut tak ada pelindung UVB..Petal Velvet Sunaway ni mempunyai perlindungan dari UVA & UVB..Jadi boleh guna dengan senang hati dan tanpa was-was..terasa kulit dilindungi sepanjang hari bila guna Petal Velvet Sunaway ni...
APA TU UVA & UVB?
UVA - Sinaran UV yang boleh menembusi lapisan kulit yang menjadikan kulit jadi tua, berkedut, kusam dan masalah dalaman yang lain.
UVB - Sinaran UV yang tidak menembusi lapisan dalam kulit cuma di bahagian luar kulit sahaja. Ia boleh menyebabkan kulit kita sunburn (terbakar)...
Komen K.fiezz mengenai Petal Velvet Sunaway 50+ PA++++
Dari segi bau dia, k.fiezz suka..wangi & lembut..dan memastikan kulit kita sentiasa lembap...Tekstur dia tak terlalu likat..Saiz dia yang comel, senang nak letak dalam beg kalau kita nak ke mana-mana..
Petal Velvet Powder
Loose powder la nama lain dia..ada 3 jenis warna berbeza iaitu (Translucent #0 / Warm Beige #23 / #Pink Lavender)Apa fungsi Loose Powder ni?K.fiezz memang pengguna loose powder..Elok sampai 3 si comel ni, loose powder k.fiezz dah habis..cun sangat..laju la k.fiezz rasmikan yang ni...Loose powder ni fungsi dia untuk menutup pori-pori, bagi effect flawless pada mekap kita serta tahan lama..dan kalau muka jenis berminyak, loose powder boleh mengelakkan muka kita nampak berkilat...
K.fiezz guna loose powder ni selepas guna foundation..Tepek foundation & dap-dap dengan loose powder ni..setakat ni k.fiezz guna loose powder memang nampak mekap k.fiezz flawless je..tu yang bila tangkap gambar nampak cam cun..haha..#perasan sangat tau...
ni hasil k.fiezz guna loose powder brand lain...Cuma nak tunjuk kat korang, hasil pemakaian foundation + Loose Powder..hasil - flawless..haha..Nak tangkap gambar nampak muka flawless, sila la tiru macam saya..haha...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.fiezasani.xyz/2018/10/Set-Petal-Velvet-From-Althea.html