Pesawah Perlis Rugi Rm360 Juta


Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB HASIL padi merosot di Perlis dianggarkan sehingga 30,000 tan metrik dengan kerugian mencecah RM36 juta setahun berikutan pelbagai jenis penyakit khususnya padi angin dan bena perang. Pemandangan dari udara kerja-kerja menuai padi di Guar Sanji, Arau, Perlis. – UTUSAN/SHAHIR NOORDINKANGAR: Dianggarkan 30,000 tan metrik hasil padi merosot dengan pesawah di negeri ini mengalami kerugian mencecah RM36 juta setahun berikutan pelbagai jenis penyakit khususnya padi angin dan bena perang.
Masalah yang dikesan berlarutan sejak lebih 10 tahun lalu itu menyebabkan hasil padi merosot dalam tempoh tersebut sehingga 300,000 tan metrik dengan anggaran kerugian mencecah RM360 juta.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Eksekutif Dibuk Sdn. Bhd., Ezreen Muhaizie Marzukhi berkata, berikutan masalah tersebut, pesawah yang sebelum ini mampu menghasilkan enam hingga tujuh tan metrik padi bagi kawasan seluas satu hektar, kini hanya tinggal sekitar lima tan metrik iaitu kemerosotan sehingga 15 peratus.
Katanya, kawalan serta pemantauan lebih awal perlu dilakukan pesawah bagi mengelak masalah tersebut lebih buruk.
Jelas beliau, punca masalah padi angin disebabkan benih tidak berkualiti serta amalan tabur benih padi secara terus.
Bagi mengelak bena perang pula, Ezreen Muhaizie berkata, pesawah perlu memainkan peranan dengan melakukan pemantauan tanaman sejak awal.
“Umur padi dalam tempoh 35 ke 55 hari sepatutnya sudah perlu melalui proses meracun dan jangan tunggu padi sudah 70 hingga 90 hari baru mula meracun. Sesuatu penyakit perlu dicegah lebih awal.
“Selalunya umur padi 30 hari bena perang sudah mula berumah pada tanaman, jadi kita perlu mencegah lebih awal dengan meracun. Sifat pemusnah bena perang akan mula nampak apabila padi berusia 60 hari ke atas dan pada masa itu, sudah tidak boleh buat apa lagi.
“Pesawah sering mengabaikan jadual racun sehingga menyebabkan bena perang merebak. Pesawah perlu ambil perhatian dan penggunaan racun perlu ikut kesesuaian iaitu apabila bena perang tidak mati, kita perlu mencuba racun lain yang ada bahan teraktif berbeza untuk melihat keberkesanan,” katanya.
Jelasnya, proses menanam padi bukannya mudah kerana pesawah perlu menanggung pelbagai risiko khususnya berkaitan penyakit.
Katanya, kerajaan juga perlu memainkan peranan dalam usaha memperkasakan para petani ini.
“Kos pesawah menanam padi bagi kawasan seluas satu hektar dianggarkan sebanyak RM4,700 dan apabila menuai mereka mampu mendapat hasil sekitar RM8,000 iaitu keuntungan sekitar RM3,300.
“Daripada asasnya, pendapatan para petani ini tidaklah banyak namun dalam masa sama perlu menanggung risiko tinggi.
“Jadi, kerajaan perlu mempertimbangkan menaikkan harga subsidi jualan padi daripada RM360 satu tan metrik kepada RM500. Dengan jumlah tersebut, baru petani berani mencuba input-input pertanian lebih berkualiti bagi memberi hasil yang lebih baik,” katanya. UTUSAN



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/pesawah-perlis-rugi-rm360-juta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Tuntut Ganti Rugi Rm10 Juta Daripada Tommy Thomas

Najib Tuntut Ganti Rugi Rm10 Juta Daripada Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 304 hits
BERNAMAKuala Lumpur Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menuntut bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang didakwa berbaur fitnah terhadapnya berhubung pembunuhan seorang wanita Mong...
Najib Minta Thomas Tarik Balik Dakwaan Dalam Buku Tuntut Ganti Rugi Rm10 Juta

Najib Minta Thomas Tarik Balik Dakwaan Dalam Buku Tuntut Ganti Rugi Rm10 Juta

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 227 hits
Najib Razak menuntut supaya bekas peguam negara Tommy Thomas menarik semula dakwaan terhadap Najib di dalam memoirnya yang mengatakan bahawa ahli parlimen Pekan itu memainkan peranan dalam pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu Dala...
Prasarana Lapor Sprm Ssm Projek Mmmsl Rugi Lebih Rm450 Juta

Prasarana Lapor Sprm Ssm Projek Mmmsl Rugi Lebih Rm450 Juta

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 252 hits
Tajuddin Abdul Rahman KUALA LUMPUR Prasarana Malaysia Berhad hari ini mendedahkan syarikat itu kerugian lebih RM450 juta dalam projek Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro Southern Line di Arab Saudi Susulan itu Prasarana akan membuat lap...
Fitnah Muhyiddin Tuntut Puad Zarkashi Mohon Maaf Bayar Ganti Rugi Sebanyak Rm10 Juta

Fitnah Muhyiddin Tuntut Puad Zarkashi Mohon Maaf Bayar Ganti Rugi Sebanyak Rm10 Juta

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 386 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menuntut anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi memohon maaf secara terbuka dan membayar ganti rugi sebanyak RM10 juta kerana didakwa memfitnah Perdana Menteri menerus...
Sang Kelembai Disaman Rm150 Juta

Sang Kelembai Disaman Rm150 Juta

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 201 hits
Pengasas dan pengarah syarikat pembekalan dan pengedaran daging halal Raihanah Cold Storage Sdn Bhd memfailkan saman fitnah terhadap pemilik akaun Facebook Zaharin Mohd Yasin dan menuntut ganti rugi RM50 juta atas dakwaan memfitnah dengan m...
Sembilan Lelaki Di Tahan Kerana Di Syaki Tipu Pelaburan Mata Wang Kripto Nilai Rm2 8 Juta

Sembilan Lelaki Di Tahan Kerana Di Syaki Tipu Pelaburan Mata Wang Kripto Nilai Rm2 8 Juta

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 333 hits
KUALA LUMPUR Sembilan lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terlibat sindiket penipuan pelaburan mata wang kripto melibatkan kerugian kira kira RM2 8 juta dalam serbuan di Pulau Pinang Selangor dan Kuala Lumpur pada Rabu lepas Pengarah Jab...
Pm Tiga Fasa Pemberian Vaksin Covid 19 Dijangka Selesai Februari 2022 Melibatkan 26 5 Juta Individu

Pm Tiga Fasa Pemberian Vaksin Covid 19 Dijangka Selesai Februari 2022 Melibatkan 26 5 Juta Individu

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 271 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa perutusan pada 4 Februari mengumumkan bahawa kerajaan akan memulakan roll out Program Imunisasi COVID 19 Kebangsaan bermula hujung bulan ini Tambah beliau sejumlah 80 populasi rakyat Malaysia ...
Blog Trafik Tinggi Hampir 2 Juta Pembaca Blog

Blog Trafik Tinggi Hampir 2 Juta Pembaca Blog

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 214 hits
Assalamualaikum Salam Kejayaan buat rakan rakan pembaca BloggerWanita com Tahun 2017 blog BloggerWanita com telah mencapai hampir The post appeared first on No related posts
Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Ulasan Samsung Galaxy A36 5g Hp Android Menengah Rasa Premium

Kombucha 7 Khasiat Menakjubkan Cara Buat Sendiri Di Rumah

Tanam Cili Padi Depan Rumah

Sustainable And Stylish The New Standard For Women S Medical Scrubs

Ryzal Ibrahim Maryam Dipuji Didik Anak Mengaji Akui Terlepas Pandang Isu Letak Al Quran

Immigration Busts Syndicate Forging Marriage Documents

Siti Nordiana Seribu Setia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

Agrodana Campus Trading Competition 2025 Ajang Edukasi Dan Unjuk Kemampuan Mahasiswa Di Dunia Trading

Artis Malaysia Dikurniakan Semua Anak Perempuan

Kenali Kanser Tiroid Simptom Rawatan Dan Harapan Sembuh Yang Ramai Tak Tahu

Akuarium

Covid 19 Dan Pkp Belum Berakhir Rindunya Makan Masakan Kampung Bersama Keluarga