Sembilan Lelaki Di Tahan Kerana Di Syaki Tipu Pelaburan Mata Wang Kripto Nilai Rm2 8 Juta


 

KUALA LUMPUR -- Sembilan lelaki tempatan ditahan kerana disyaki terlibat sindiket penipuan pelaburan mata wang kripto melibatkan kerugian kira-kira RM2.8 juta dalam serbuan di Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur pada Rabu lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Zainuddin Yaacob berkata kesemua suspek berumur 34 hingga 62 tahun yang ditahan antara 6.20 pagi hingga 8 pagi itu, dipercayai terlibat dalam pelaburan dikenali sebagai Emas Fintech.
Beliau berkata sindiket berkenaan dipercayai beroperasi sejak April tahun lepas dengan menawarkan pulangan antara 10 hingga 15 peratus setiap bulan dan menjanjikan sistem dagangan mata wang yang kononnya selamat serta sistem yang canggih bagi menarik minat orang ramai.
"Modal pelaburan menggunakan mata wang kripto seperti Bitcoin dan USDT dan pelabur didedahkan dengan pelaburan melalui seminar secara bersemuka atau aplikasi Zoom.
"Bagaimanapun, pelabur tidak dapat menggunakan laman web Emas Fintech untuk melihat transaksi dagangan sejak Disember 2020 menyebabkan mereka berasa ditipu dan sehingga kini, 43 laporan polis sudah diterima," katanya pada sidang media khas di sini semalam.
Zainuddin berkata pihaknya masih mengesan seorang lagi lelaki tempatan dikenali sebagai Jason Kellady, 32, beralamat di Parlane OUG Jalan 1/152, Kuala Lumpur yang disyaki dalang utama sindiket berkenaan.
"Kesemua suspek direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan serta tindakan di bawah undang-undang pencegahan POCA (Akta Pencegahan Jenayah 1959) dan AMLA (Akta Pengubahan Wang Haram 2001) juga akan dibuat," katanya.
Menurutnya, tiga syarikat berlesen pelaburan mata wang kripto di Malaysia ialah Luno (M) Sdn Bhd, Tokenize Technology (M) Sdn Bhd serta Sinegy Technologies (M) Sdn Bhd dan beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terperdaya dengan testimoni dan janji tawaran keuntungan.
Dalam kes berasingan, Zainuddin berkata polis menahan tujuh individu warga tempatan termasuk tiga wanita kerana disyaki terbabit penipuan pelaburan dikenali sebagai Iskandar Investment menerusi lima tangkapan di sini, pada Isnin lepas.
Beliau berkata sindiket yang dipercayai beroperasi selama setahun sejak Januari tahun lepas itu menawarkan pelbagai pakej kepada pelabur secara dalam talian menggunakan Facebook, dengan pakej termurah menawarkan pulangan RM7,350 menerusi modal RM350 manakala pakej termahal dengan pulangan RM49,450 menerusi modal RM2,350.
"Sindiket ini telah menyebabkan kerugian berjumlah kira-kira RM830,000. Kesemua suspek berumur lingkungan 20 hingga 27 tahun ini direman tujuh hari bermula Selasa hingga Isnin ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/02/sembilan-lelaki-di-tahan-di-syaki-tipu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Litecoin Menembusi Sistem Musk Terus Bermain Dengan Tweet Dan Mata Wang Kripto Utama Jatuh Nilai

Litecoin Menembusi Sistem Musk Terus Bermain Dengan Tweet Dan Mata Wang Kripto Utama Jatuh Nilai

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 213 hits
Pada petang 10 Februari mata wang kripto dijangka berehat sebentar selepas pertumbuhan pesat selama beberapa hari Kadar pertukaran bitcoin turun 1 6 dan kini disebut pada 47 ribu kekal di zon selamat Sangat mudah untuk mengatasi halangan in...
Pasangan Mata Wang Aud Usd Dolar Australia Cenderung Untuk Menurun

Pasangan Mata Wang Aud Usd Dolar Australia Cenderung Untuk Menurun

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 211 hits
Pakar pakar yakin bahawa dinamika dolar Australia semasa akan berubah kepada aliran menurun Ini disokong oleh langkah Reserve Bank of Australia untuk mengekang pertumbuhan mata wang yang ditunjukkan Menurut penganalisis pengawal selia Austr...
Ramalan Terkini Untuk Pasangan Mata Wang Gbp Usd Pada 02 04 2021

Ramalan Terkini Untuk Pasangan Mata Wang Gbp Usd Pada 02 04 2021

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 291 hits
Skala pergerakan pound dalam beberapa hari terakhir jelas tidak mengagumkan Kita boleh bercakap mengenai stagnasi dan turun naik mata wang Britain dalam jarak yang agak sempit Pound jelas menunjukkan arah aliran menurun dari pembukaan sesi ...
Ulasan Pasangan Mata Wang Eur Usd Untuk 3 Februari 2021

Ulasan Pasangan Mata Wang Eur Usd Untuk 3 Februari 2021

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 237 hits
Ulasan Pasangan Mata Wang EUR USD Sentimen pasaran terhadap dolar AS telah berubah dalam beberapa hari terakhir Pada masa ini dolar AS semakin kuat Pasaran AS telah mendekati paras tertinggi sekali lagi Walaupun begitu terdapat beberapa tan...
Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang Gbp Usd Untuk 5 Februari 2021

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang Gbp Usd Untuk 5 Februari 2021

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 228 hits
Pound membuat penarikan semula 61 pada gelombang penurunan terakhirGambaran Teknikal Pasaran Pasangan mata wang GBP USD telah membuat penarikan semula 61 pada gelombang penurunan terakhir setelah tahap rendah 1 3565 telah dibentuk Aliran me...
Pasangan Mata Wang Eur Usd Mengukuh Di Bawah Garis Aliran Rintangan Menurun Kesinambungan Penurunan Harga Dijangka

Pasangan Mata Wang Eur Usd Mengukuh Di Bawah Garis Aliran Rintangan Menurun Kesinambungan Penurunan Harga Dijangka

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 219 hits
Pasangan mata wang EUR USD ini dilihat sedang mengukuh di bawah garis aliran rintangan menurun dan Moving Average Penurunan harga yang lebih jauh di bawah tahap rintangan 1 pada 1 20562 menuju ke arah swing rendah baru baru ini dan sokongan...
Isyarat Perdagangan Pasangan Mata Wang Gbp Usd Untuk 02 03 Februari 2021 Buka Pesanan Menjual Di Bawah 1 3690

Isyarat Perdagangan Pasangan Mata Wang Gbp Usd Untuk 02 03 Februari 2021 Buka Pesanan Menjual Di Bawah 1 3690

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 240 hits
Pasangan mata wang GBP USD kini diniagakan di zon SMA 21 sekitar tahap 1 3687 Ia tetap berada di atas saluran menaik pada carta 4 Jam Sementara itu indikator eagle menunjukkan isyarat penurunan harga dan mencapai tahap oversold Tahap 1 3705...
Kenaikkan Pasangan Mata Wang Usd Cad Kini Terbatal

Kenaikkan Pasangan Mata Wang Usd Cad Kini Terbatal

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 202 hits
Penembusan egitiga simetri menandakan penurunan harga semasa Pasangan mata wang USD CAD diniagakan dalam aliran menurun ketika USDX menjunam setelah laporan Kadar Upah Bukan Perladangan Amerika Syarikat dikeluarkan Malangnya pasangan mata w...
Bukan Terdesak Kajian Buktikan Ramai Golongan T20 Guna Wang I Sinar Untuk Pelaburan Dan Emas

Bukan Terdesak Kajian Buktikan Ramai Golongan T20 Guna Wang I Sinar Untuk Pelaburan Dan Emas

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 376 hits
Bagi membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID 19 kerajaan telah membenarkan pengeluaran i Sinar pada akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Akan tetapi menurut satu kajian Pusat Penyelidikan UCSI segelintir golongan T20 telah men...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kenapa Kita Diuji Hikmah Ujian Dalam Surah Al Ankabut Ayat 2 3

Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah