Pesawah Lega Harga Belian Padi Naik Kepada Rm1 300 Satu Tan


bharian.com.my
Oleh Noorazura Abdul Rahman 
[email protected]
Oktober 11, 2024 
Pesawah melakukan proses menuai padi di Kampung Lubuk Kawah. - Foto Wan Nabil Nasir/BHJitra: Langkah kerajaan meningkatkan harga lantai belian padi kepada RM1,300 satu tan menerusi peruntukan Belanjawan 2024 berbanding RM1,200 sejak 2014, memberi kelegaan kepada pesawah dalam mengimbangi kenaikan kos mengusahakan sawah.

Beza RM100 itu besar rahmatnya bagi pesawah yang menzahirkan kesyukuran atas keprihatinan kerajaan dalam membantu meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Ia dilihat sebagai lanjutan kepada pengumuman kenaikan kadar Skim Subsidi Harga Padi daripada RM360 kepada RM500 satu tan.

Kegembiraan itu berganda apabila pihak kilang turut membantu dengan membeli padi harga sekitar RM1,800 satu tan bermula musim lalu.

Janji kerajaan membantu rakyat benar-benar dipenuhi dengan meletakkan kepentingan pesawah setanding golongan lain yang sama-sama menyumbang kepada pembangunan negara.

Bagi Darus Ayub, 63, dari Kampung Tanjung Kapur di sini, kenaikan itu memberi suntikan semangat kepada pesawah untuk terus memastikan keterjaminan bekalan makanan negara.

Beliau kini mengusahakan kira-kira tiga hektar sawah yang sebahagiannya tanah sawah disewa daripada adik-beradik dan kenalan.
Dari kiri Darus, Akmal Faris dan Abu Bakar menunjukkan padi yang diusahakan oleh mereka."Secara purata, setiap musim iaitu empat bulan saya boleh mendapat pendapatan bersih antara RM6,000 hingga RM7,000, masih berbaloi untuk kami mengusahakan sawah setakat ini.

"Walaupun harga kos upah jentera, meracun dan benih naik, kami masih dapat sedikit untung. Alhamdulillah, semoga kerajaan terus membantu pesawah dan terus menyemak harga lantai padi," katanya yang mengusahakan sawah sejak 48 tahun lalu.

Bapa kepada lima anak itu bersyukur dapat menikmati harga jualan padi yang tinggi meskipun pada usia yang sudah lanjut.

"Saya besarkan anak-anak dengan mengusahakan sawah. Buat padi sudah menjadi adat keluarga turun-temurun, jika kami tak usahakan sawah, siapa lagi nak buat sedangkan semua orang di Malaysia makan nasi," katanya.

Abu Bakar Halim, 47, berkata harga lantai yang ditetapkan kerajaan memberi manfaat besar kepada pesawah selepas sekian lama tidak menikmati kenaikan harga.

Menurutnya, harga lantai itu dapat menjadi penanda aras bagi pengilang supaya tidak membeli padi pada harga kurang daripada yang ditetapkan.

"Apa yang kerajaan buat ini membuatkan pesawah berasa lebih selamat dan selesa. Kami berasa nasib pesawah terbela dan penat lelah di bendang tidak sia-sia kerana ada harga yang perlu dipatuhi oleh pengilang.

"Apabila berlaku kenaikan harga beras, pengilang dapat membantu pesawah untuk beli padi dengan harga yang lebih tinggi ditambah bantuan RM200 sebulan sementara menunggu musim menuai.

"Bagi orang kampung yang mengerjakan bendang seperti kami, wang bantuan seperti itu memang besar nilainya.

"Sekurang-kurangnya, ia dapat membantu dalam memastikan kelangsungan hidup pesawah yang rata-ratanya menjadikan sawah sebagai sumber pendapatan utama untuk menyara keluarga," katanya yang mengusahakan lima hektar sawah di Kampung Lubuk Kawah di sini.

Impak kenaikan harga belian

Petani muda, Akmal Faris Mohd Hafidz, 28, berkata kenaikan harga lantai turut memberi impak kepada kenaikan harga belian padi di kilang sehingga RM1,800 satu tan.

"Hujung tahun lalu, saya dapat hasil jualan padi mencecah RM1,800 satu tan, semusim saya dapat pendapatan bersih RM4,000 kerana sawah yang diusahakan hanya seluas satu hektar.

"Saya menampung perbelanjaan keluarga dengan bekerja sebagai pemandu lori pada musim menuai dan dari situ dapatlah juga pendapatan RM2,000.

"Jika harga lantai masih di tahap lama seperti sebelum ini, mungkin ramai pesawah tidak mampu meneruskan kerja mengusahakan sawah mereka," katanya yang juga tinggal di Kampung Lubuk Kawah di sini.

Bapa kepada seorang cahaya mata itu berharap kerajaan dapat mempertimbangkan kenaikan harga lantai padi selepas ini supaya tidak berlaku penurunan harga yang mendadak di pihak kilang.

"Kerajaan benar-benar mendengar untung nasib kami dan cepat mengambil tindakan untuk membantu pesawah seperti kami menikmati kenaikan harga lantai belian padi.

"Semua ini membuatkan kami lebih bersemangat mengerjakan bendang. Memang ada ujian seperti musim tengkujuh dan banjir tetapi kita kena usaha dan nampaknya kerajaan menghargai usaha kami," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/10/pesawah-lega-harga-belian-padi-naik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siri Intel Core Ultra 200s Dilancar Harga Bermula Rm1 260

Siri Intel Core Ultra 200s Dilancar Harga Bermula Rm1 260

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 129 hits
Intel telah melancarkan pemproses siri Intel Core Ultra 200S baharu pemproses desktop AI pertama Dengan prestasi berbilang benang yang dipertingkatkan sehingga 14 dan prestasi didayakan AI 50 lebih pantas berbanding pemproses pesaing ia mem...
Patutkah Harga Padi Dinaikkan

Patutkah Harga Padi Dinaikkan

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 171 hits
Che IbrahimJika harga padi dinaikkan tentunya petani akan gembira kerana pendapatan mereka akan lumayan dengan penat lelah yang dikorbankan Sawah sawah mungkin tidak banyak yang terbiar kerana petani petani mula mengerjakan sawah sawah mere...
Hutang Kerajaan Rm1 173 Trilion Pada 2023 Naik Rm92 9 Bilion

Hutang Kerajaan Rm1 173 Trilion Pada 2023 Naik Rm92 9 Bilion

papar berkaitan - pada 14/10/2024 - jumlah : 739 hits
bharian com myOleh Oktober 14 2024 Hutang Kerajaan Persekutuan pada tahun 2023 berjumlah RM1 173 trilion meningkat sebanyak RM92 918 bilion atau 8 6 peratus berbanding tahun 2022 yang berjumlah RM1 080 trilion Foto fail NSTPKUALA LUMPUR Hut...
Bodohnya Hangpa Baik Jadi Macam Dia Silap Silap Naik Oangkat

Bodohnya Hangpa Baik Jadi Macam Dia Silap Silap Naik Oangkat

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 111 hits
Desa HM Korang bayangkan Kalau seorang staff peg kerajaan kakitangan awam Dengan menteri dalam Kementerian yang dia bekerja pun dia biadap korang bayangkan bagaimana sikap dia terhadap Pengerusi Agensi yang menjadi majikan dia Satu lagi kal...
Akpk Lapor 53 000 Individu Bawah 30 Tahun Tanggung Hutang Terkumpul Rm1 9 Bilion

Akpk Lapor 53 000 Individu Bawah 30 Tahun Tanggung Hutang Terkumpul Rm1 9 Bilion

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 177 hits
Seramai 53 000 individu berumur bawah 30 tahun didapati dibebani hutang terkumpul berjumlah hampir RM1 9 bilion kata Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata AKPK juga mendapati 28 pe...
Alot66 300 Alot66 Top 61 By Eulalia Alot666 Amdast Com 12 November 2024

Alot66 300 Alot66 Top 61 By Eulalia Alot666 Amdast Com 12 November 2024

papar berkaitan - pada 9/10/2024 - jumlah : 178 hits
Read Time 4 Minute 42 Second Alot666 3 000 1 Alot66 RNG RTP RNG RTP RNG RTP alot66 2 RNG RTP RNG Random Number Generator alot66 RNG RNG Random Number Generator RNG RNG RNG RNG RNG RTP Return to Player RTP RTP RTP RTP Return to Player RTP al...
Destiny Of Music 2 0 Gabungan 4 Band Popular Dalam Satu Pentas November Ini

Destiny Of Music 2 0 Gabungan 4 Band Popular Dalam Satu Pentas November Ini

papar berkaitan - pada 17/10/2024 - jumlah : 106 hits
Susulan sambutan luar biasa terhadap Konsert Destiny of Music yang diadakan pada bulan Jun lalu syarikat B De Paris Project bersama Sinemalis Studio dan Westzone Entertainment akan mengadakan edisi kedua Konsert Destiny of Music 2 0 Konsert...
Tudung Bawal Nombor Satu

Tudung Bawal Nombor Satu

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 210 hits
Sebagai seorang Blogger kita haruslah menulis tentang sebuah penyesalan supaya menjadi ikhtibar kepada yang membaca nbsp Kekeke nbsp Just kidding Kisah menyesal beli tudung bawal no 1 ni cuma tiga helai je masa ke Trengganu aritu nbsp Sebab...
Influencer Sengkek Acah Derma Rm1 360 Demi Viewers

Influencer Sengkek Acah Derma Rm1 360 Demi Viewers

papar berkaitan - pada 3/10/2024 - jumlah : 128 hits
Oleh Syeikh Baran Seorang pesohor media sosial mengundang kecaman orang ramai kerana berpura pura memberikan wang tunai 5 juta rupiah kepada seorang lelaki demi kandungan di laman sosial lapor saluran berita Tribunnews semalam Menerusi raka...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Wanita Berhati Angkasa Buku Motivasi Untuk Wanita Dan Inspirasi Untuk Suri Rumah

Cara Cuci Kerang

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Kerajaan Pn Akan Undang Bencana

Pkr Datang Dari Jalanan Jangan Halang Rakyat Berhimpun Hassan Karim