Hutang Kerajaan Rm1 173 Trilion Pada 2023 Naik Rm92 9 Bilion


bharian.com.my
Oleh Essa Abu Yamin 
[email protected]
- Oktober 14, 2024 
Hutang Kerajaan Persekutuan pada tahun 2023 berjumlah RM1.173 trilion, meningkat sebanyak RM92.918 bilion atau 8.6 peratus berbanding tahun 2022 yang berjumlah RM1.080 trilion. - Foto fail NSTP
KUALA LUMPUR: Hutang Kerajaan Persekutuan pada tahun 2023 berjumlah RM1.173 trilion, meningkat sebanyak RM92.918 bilion atau 8.6 peratus berbanding tahun 2022 yang berjumlah RM1.080 trilion.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 3/2024, Hutang Persekutuan terdiri daripada Pinjaman Dalam Negeri berjumlah RM1.143 trilion atau 97.5 peratus daripada jumlah keseluruhan Hutang Persekutuan manakala Hutang Luar Negeri berjumlah RM29.851 bilion atau 2.5 peratus.

"Pinjaman Dalam Negeri mencatatkan peningkatan sejumlah RM92.580 bilion (8.8 peratus), manakala Hutang Luar Negeri meningkat sejumlah RM0.338 bilion (1.1 peratus).

"Hutang Persekutuan adalah hutang yang dibuat secara langsung oleh Kerajaan Persekutuan dan tidak termasuk hutang agensi atau syarikat Kerajaan," kata laporan itu.

Berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 3/2024 itu, Hutang Kerajaan Persekutuan terdiri daripada Pinjaman Dalam Negeri, Pinjaman Luar Negeri dan Bantuan Luar Negeri.

"Komponen Pinjaman Dalam Negeri terdiri daripada Bil Perbendaharaan (Akta Bil Perbendaharaan (Tempatan) 1946 (Akta 188), Terbitan Pelaburan Kerajaan (Akta Pendanaan Kerajaan 1983 (Akta 275), Sekuriti Kerajaan Malaysia (Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 (Akta 637) dan Sukuk Perumahan (Akta Kumpulan Wang Pinjaman Perumahan 1971 (Akta 42).

"Pinjaman Luar Negeri terdiri daripada Pinjaman Pasaran dan Sukuk (Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 (Akta 403)," kata laporan itu.

Hutang Persekutuan yang berjumlah RM775.657 bilion (66.1 peratus) akan matang dalam tempoh satu hingga 10 tahun, manakala sejumlah RM271.819 bilion (23.2 peratus) akan matang dalam tempoh 11 hingga 20 tahun dan sejumlah RM125.034 bilion (10.7 peratus) akan matang dalam tempoh 21 hingga 30 tahun.

Hutang kerajaan bersamaan 62.1 peratus KDNK

Pada tahun 2023, had statutori hutang membabitkan Bil Perbendaharaan Islamik, Terbitan Pelaburan Kerajaan dan Sekuriti Kerajaan Malaysia yang berjumlah RM1.132 trilion adalah bersamaan dengan 62.1 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Nisbah statutori hutang tahun 2023 adalah lebih tinggi berbanding tahun 2022 yang berada pada kedudukan 57.5 peratus kepada KDNK. Nisbah had statutori hutang kepada KDNK pada tahun 2023 tidak melebihi 65 peratus seperti yang dinyatakan dalam Perintah Pinjaman (Tempatan) (Had Statutori Pinjaman) dan Pendanaan Kerajaan (Had Statutori Wang Yang Diterima) 2022 yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023.

Nisbah Hutang Persekutuan kepada KDNK pada 2023 adalah 64.3 peratus, meningkat 4.1 peratus berbanding tahun 2022 yang berada pada kedudukan 60.2 peratus.

Bagi menambah baik pengurusan Hutang Persekutuan, Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan pembaharuan fiskal dengan kelulusan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 [Akta 850] di Parlimen pada 11 Oktober 2023.

Antara komitmen jangka sederhana yang digariskan dalam akta tersebut adalah baki fiskal sebagai peratusan kepada KDNK ≤ -3 peratus, paras hutang sebagai peratusan kepada KDNK ≤ 60 peratus dan Jaminan Kewangan sebagai peratusan kepada KDNK ≤ 25 peratus.

Kerajaan Persekutuan telah mengambil langkah rasionalisasi dan konsolidasi defisit secara berperingkat, iaitu pengurangan defisit daripada 5.5 peratus pada tahun 2022 kepada 5.0 peratus pada tahun 2023. Pada tahun 2024, defisit fiskal diunjurkan kepada 4.3 peratus dan kurang daripada 3 peratus untuk tahun-tahun berikutnya.

Bagi pengurusan hutang negara, langkah-langkah pengurangan hutang daripada 64.3 peratus kepada KDNK pada tahun 2023 sehingga mencapai 60 peratus menjelang tahun 2030.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/10/hutang-kerajaan-rm1173-trilion-pada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akpk Lapor 53 000 Individu Bawah 30 Tahun Tanggung Hutang Terkumpul Rm1 9 Bilion

Akpk Lapor 53 000 Individu Bawah 30 Tahun Tanggung Hutang Terkumpul Rm1 9 Bilion

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 431 hits
Seramai 53 000 individu berumur bawah 30 tahun didapati dibebani hutang terkumpul berjumlah hampir RM1 9 bilion kata Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata AKPK juga mendapati 28 pe...
Belanjawan 2025 Kerajaan Peruntuk Rm21 2 Bilion Untuk Pertahanan Negara

Belanjawan 2025 Kerajaan Peruntuk Rm21 2 Bilion Untuk Pertahanan Negara

papar berkaitan - pada 19/10/2024 - jumlah : 392 hits
Kerajaan memberi peruntukan RM21 2 bilion kepada Kementerian Pertahanan dalam Belanjawan 2025 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meningkat RM1 4 bilion berbanding tahun ini Kerajaan peruntuk RM21 2 bilion ...
Pesawah Lega Harga Belian Padi Naik Kepada Rm1 300 Satu Tan

Pesawah Lega Harga Belian Padi Naik Kepada Rm1 300 Satu Tan

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 452 hits
bharian com myOleh Oktober 11 2024 Pesawah melakukan proses menuai padi di Kampung Lubuk Kawah Foto Wan Nabil Nasir BHJitra Langkah kerajaan meningkatkan harga lantai belian padi kepada RM1 300 satu tan menerusi peruntukan Belanjawan 2024 b...
Kerajaan Mudahkan Syarat Naik Taraf Lesen Motosikal B Penuh

Kerajaan Mudahkan Syarat Naik Taraf Lesen Motosikal B Penuh

papar berkaitan - pada 3/10/2024 - jumlah : 358 hits
Kerajaan sebelum ini mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan program peralihan lesen motosikal B1 B2 kepada B penuh bermula Oktober PETALING JAYA Kementerian Pengangkutan bersetuju melonggarkan syarat untuk mereka yang mahu menaik taraf ...
Khairul Aming Tak Kisah Belanja Hampir Rm1 Juta Bawa Staf Pergi Bercuti

Khairul Aming Tak Kisah Belanja Hampir Rm1 Juta Bawa Staf Pergi Bercuti

papar berkaitan - pada 20/10/2024 - jumlah : 365 hits
Usahawan dan personaliti media sosial Khairul Aming tak kisah berbelanja dan menanggung kerugian apabila kilangnya ditutup selama beberapa hari bagi membawa pekerjanya bercuti bersama Khairul Aming berkata demikian sebaik menerima soalan me...
Minimum Wage Of Rm1 700 Also Applies To Foreign Workers

Minimum Wage Of Rm1 700 Also Applies To Foreign Workers

papar berkaitan - pada 20/10/2024 - jumlah : 469 hits
Employers are required to pay the minimum wage rate even if the employee agrees to be paid a basic wage lower than the amount PETALING JAYA The minimum wage of RM1 700 which will take effect from next February applies to all workers This in...
Rm1 Billion Allocated For High Yield Padi Planting Scheme

Rm1 Billion Allocated For High Yield Padi Planting Scheme

papar berkaitan - pada 19/10/2024 - jumlah : 367 hits
Efforts in Sekinchan Selangor had shown the potential to produce up to 12 tonnes of rice per hectare Prime Minister Anwar Ibrahim said KUALA LUMPUR Almost RM1 billion has been allocated in the 2025 budget for a padi planting scheme to harve...
Fmm Mtuc Welcome Minimum Wage Increase To Rm1 700

Fmm Mtuc Welcome Minimum Wage Increase To Rm1 700

papar berkaitan - pada 19/10/2024 - jumlah : 358 hits
The Federation of Malaysian Manufacturers said the increase in the minimum wage will help workers wages keep up with inflation PETALING JAYA The main umbrella body for workers unions and the country s largest manufacturing group have welcom...
6 Arrested In Tawau For Money Laundering Rm1 4mil In Cash Seized

6 Arrested In Tawau For Money Laundering Rm1 4mil In Cash Seized

papar berkaitan - pada 13/10/2024 - jumlah : 333 hits
Telephones documents files and RM1 412 932 in cash were seized in the raids on nine business premises and residences in Tawau PETALING JAYA Six people including a husband and wife and an Indonesian man have been arrested in Tawau Sabah for ...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


The Lodge Maribaya Bandung Lokasi Aktiviti Menarik Dan Spot Bergambar Cantik

Anugerah Rekod Nilam

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan