Bantah Roboh Kuil Jangan Minum Sebotol Mabuk Dua Tiga Botol Sanusi




Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan isu perobohan kuil hindu pada 1 Dis lalu adalah "isu undang-undang, bukan isu perkauman, agama atau diskriminasi."
Sanusi juga membidas "pihak berkepentingan" yang mengapi-apikan kekecohan berhubung isu ini.
"Jangan sampai kita bergaduh pada masa depan hanya kerana 'mabuk todi populariti', mahu menunjuk jaguh kaum pada masa sekarang," katanya pada satu kenyataan malam tadi.
Menurut Sanusi, langkah perobohan itu dibuat supaya tataletak setiap binaan struktur di semua tempat patut berada pada tempatnya secara sah dan terkawal menurut garis undang-undang dan pentadbiran yang diletakkan di bawah agensi kerajaan. 
"Ia harus bermula sejak dulu lagi, bukan sekarang walaupun masih belum terlambat untuk melakukannya," jelasnya.
Pada Selasa, Majlis Bandaraya Alor Setar merobohkan Kuil Sri Raja Muniswarar di Taman Bersatu, Kuala Kedah.
Kuil yang dipercayai berusia lebih 50 tahun itu dirobohkan selepas tapak tersebut - yang dimiliki kerajaan negeri - mahu dibangunkan.
Selain kuil itu, sebuah dewan silat dan lima kawasan parkir turut dirobohkan untuk dibina gelanggang futsal.
Antara yang membantah tindakan itu, termasuklah Menteri Sumber Manusia M Saravanan (gambar, bawah) yang menggesa Sanusi supaya menjelaskan pendiriannya berhubung kuil dan tempat ibadat.
Timbalan presiden MIC itu menyuarakan rasa kecewa dengan tindakan bersendirian Sanusi merobohkan kuil itu.
Ini kata Saravanan walaupun Sanusi sudah berjanji dalam mesyuarat Julai lepas akan memaklumkan kepada beliau dan juga Menteri Perpaduan Negara Halimah Mohamed Sadique sekiranya ada kuil yang akan dirobohkan.
Bagaimanapun, menteri besar Kedah semalam menafikan dakwaan kuil itu berusia 30 tahun atau 50 tahun.
"Sedangkan pihak berkuasa mempunyai rekod sebenar tentangnya. 
"Bangunan itu hanya muncul beberapa tahun kebelakangan ini sahaja, daripada asalnya sebuah berhala yang diletakkan diperdu sebatang pokok," katanya lagi.
Sanusi juga menimbulkan persoalan mengapa MIC dan DAP tidak membangkitkan isu struktur lain yang turut dirobohkan sama, seperti dapur dan gerai.
"Di Taman Bersatu itu, bukan kuil itu sahaja dirobohkan, sebuah gelanggang silat juga telah dirobohkan di bawah akta yang sama. 
"Di lokasi lain di Alor Setar juga, ada gerai, parkir kereta, setor, pagar, dapur, bangsal turut dirobohkan.
"Kenapa MIC dan DAP tidak bersuara tentang gelanggang silat di pinggir kuil itu?
"Senior politician (ahli politik kanan) seperti mereka itu janganlah minum hanya sebotol, mabuknya dua tiga botol," perli Sanusi.
Menteri besar juga berkata sebelum ini juga terdapat kes sebuah kuil yang dirobohkan tetapi mendakwa telah diberikan tapak gantian.
"Sebelum ini mereka jugalah yang mengelak untuk mengakui bahawa satu tapak yang lebih besar, luas dan selesa telah diberikan untuk menggantikan tapak sebuah kuil yang terbabit dengan pelebaran rel keretapi di Alor Setar.
"Selepas diberi tapak baru, kuil pun didirikan, mereka kembali pula mendirikan kuil di tapak asal. Notis mengosongkan tapak itu telah dikeluarkan beberapa kali sebelum tindakan diambil oleh MBAS," katanya tanpa menamakan kuil yang dimaksudkan itu.
Difahamkan, Sanusi merujuk kepada satu lagi perobohan kuil Sri Madurai Veeran di Jalan Stesen Alor Setar, Kedah pada Julai lalu.
Pemimpin DAP, P Ramasamy pada 13 Julai mengingatkan menteri besar Kedah, agar tidak memutarbelitkan fakta apabila mengatakan kerajaan negeri telah menawarkan tapak alternatif bagi tempat sembahyang Hindu yang dirobohkan.
Menurut Sanusi kes itu juga diputar belitkan untuk membina persepsi bahawa "PAS adalah pelampau agama yang mendiskriminasi agama lain."
"Kononnya kuil itu berusia lebih 100 tahun, padahal hanya dibina beberapa tahun lalu sahaja," dakwanya.
Sebelum ini, menteri besar Kedah berkata walaupun MIC sebuah parti komponen BN, ia wajar diharamkan dan tidak dibenarkan bergerak bebas jika didapati "menghasut orang ramai melanggar undang-undang".
Sanusi berkata, sebagai pertubuhan berdaftar tidak boleh membela orang atau pihak yang didapati melanggar undang-undang.
"Saya ingin memberi nasihat kepada MIC Kedah dan MIC pusat, terutama sekali apabila kita terbabit dalam politik melalui sebuah parti... Parti kita ada perlembagaan, perlembagaan kita diluluskan oleh ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan).
"Contohnya, dalam isu kuil, apabila kuil dibina di tempat yang tidak dibenarkan, ia melanggar undang-undang," katanya pada 2 Dis lalu.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/12/bantah-roboh-kuil-jangan-minum-sebotol.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiga Tps Di Pangandaran Roboh Tersapu Angin Kencang

Tiga Tps Di Pangandaran Roboh Tersapu Angin Kencang

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 218 hits
Karena robohnya tiga TPS tersebut proses pemungutan suara pun terpaksa dipindahkan ke lokasi yang lebih aman dan terdekat
Isu Roboh Kuil Kerajaan Tubuh Jawatankuasa Ibadat Kata Menteri

Isu Roboh Kuil Kerajaan Tubuh Jawatankuasa Ibadat Kata Menteri

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 281 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan akan menubuhkan satu jawatankuasa ibadat dengan melibatkan Kementerian Perpaduan Negara bagi mengenalpasti rumah ibadat yang berdaftar dan tidak berdaftar dalam negara Menteri Perpaduan Negara Halimah Mohamed Sadique b...
Roboh Kuil Mic Cuba Politikkan Isu Ketua Dewan Himpunan Pendukung Pas N Balasubramaniam

Roboh Kuil Mic Cuba Politikkan Isu Ketua Dewan Himpunan Pendukung Pas N Balasubramaniam

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 234 hits
Selepas perang mulut antara Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dengan pemimpin MIC berhubung isu perobohan sebuah kuil Hindu kumpulan penyokong bukan Islam PAS meminta semua pihak agar kembali ke meja rundingan Ketua Dewan Himpunan ...
Dua Daripada Tiga Butir Peluru Dalam Badan Norihan Berjaya Dikeluarkan

Dua Daripada Tiga Butir Peluru Dalam Badan Norihan Berjaya Dikeluarkan

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 288 hits
GEORGE TOWN Anggota Pasukan Gerakan Am Sarjan Norihan a l Tari 39 selamat menjalani pembedahan membuang dua daripada tiga butir peluru dalam badannya akibat ditembak semasa bertugas di Pos Sempadan Malaysia Thailand di Padang Besar Perlis d...
Dua Pegawai Kanan Tiga Pengarah Syarikat Ditahan

Dua Pegawai Kanan Tiga Pengarah Syarikat Ditahan

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 317 hits
Dua pegawai kanan kerajaan termasuk seorang timbalan ketua pengarah dan tiga pengarah syarikat perkapalan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana disyaki terlibat skandal rasuah berhubung kelulusan dan pengecualian khas kepada...
Arak Bukan Kebudayaan Masyarakat Nak Minum Tak Apa Tapi Jangan Bawa Kerosakan Kepada Orang Lain

Arak Bukan Kebudayaan Masyarakat Nak Minum Tak Apa Tapi Jangan Bawa Kerosakan Kepada Orang Lain

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 319 hits
Saya dijemput oleh Pemuda PAS Perak untuk forum mengenai arak malam Sabtu ini secara online Pandangan saya mengenai arak adalah sebegini Ada sekali Januari tahun Ini Saya melawat rakan Saya yang Baru dikurniai seorang cahaya Mata di sebuah ...
Dua Gifts Collection Yang Patut Dikumpul Atau Dijadikan Hadiah Istimewa

Dua Gifts Collection Yang Patut Dikumpul Atau Dijadikan Hadiah Istimewa

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 355 hits
Dua Gifts Collection Yang Patut Dikumpul Atau Dijadikan Hadiah Istimewa Kadang kadang cik en suka collection seperti notebook keychain dan lain lain tapi cik en lebih suka nampak unik Koleksi seperti anime abstrak selalunya nampak biasa bag...
Kasus Korupsi Dua Menteri Jokowi Dinilai Menurunkan Kepercayaan Terhadap Parpol

Kasus Korupsi Dua Menteri Jokowi Dinilai Menurunkan Kepercayaan Terhadap Parpol

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 191 hits
Namun lanjut Wawan dengan adanya kasus korupsi yang menjerat elite partai politik menjadi bukti bahwa ada oknum oknum di partai politik yang tidak bisa menjaga amanah dan menjalankan tanggung jawab
1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

15 Restoran Chinese Muslim Sekitar Kuala Lumpur Selangor

Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Pilot In Kapar Crash Was Under Influence Of Alcohol Says Report

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Beli Jam Tangan Di Twg Angsana

9 Himpunan Doa Para Nabi Disebut Dalam Al Quran

Ladang Jualan Orkid Rawang

Ways To Monetize Your Domains

Rezeki Yang Tidak Disangka

Ibu Rindu Yaya