Pesanan Kepada Ibu Mengandung Jangan Memandai Nak Boikot Saringan Air Gula


Oleh : Hana Hadzrami

IBU GULA

Baru-baru ini saya biuskan pesakit cilik yang menjalani pembedahan cleft lip dan cleft palate.

3 daripada 4 kanak-kanak tersebut ialah hasil daripada ibu mengandung dengan kencing manis (gestational diabetes). Mereka bukan saja sumbing biasa, tetapi ada kecacatan lain juga. Mereka berwajah sindromik, ada jantung berlubang, jari terlebih. Dua daripada anak tersebut cuma ada satu buah pinggang yang berfungsi. Diagnosis mereka ialah diabetic embryopathy. Kesian kan?


Paling teruk saya pernah biuskan ialah bayi hasil ibu diabetes yang bukan saja sumbing, jantung berlubang, usus buntu (tiada lubang dubur), buah pinggang satu. Malah organ jantinanya juga kabur (ambiguous genitalia) dan tiada telinga!

Ibu-ibu mereka semua berisiko tinggi diabetes tetapi melalui saringan diabetes yang lambat. Dah 20 minggu mengandung baru nak jumpa doktor dan buat saringan air gula. Pada 24 minggu baru tahu ada diabetes dan baru nak mula rawatan dan terapi diet.

Padahal pembentukan organ janin (organogenesis) berlaku seawal trimester pertama (3 bulan pertama). Kalau paras gula tak terkawal seawal itu maka rosaklah kejadian janin.

Untuk ibu berisiko rendah mereka hanya perlu melalui ujian saringan gula pada minggu 20-24. Tetapi ibu yang berisiko tinggi perlu melalui saringan lebih awal lagi.

Diabetes sewaktu mengandung adalah disebabkan sel tubuh resistan terhadap insulin. Ia disebabkan oleh perubahan hormon sewaktu mengandung. Kegemukan dan malas bersenam juga salah satu sebab sel tubuh rintang insulin.

Siapakah ibu yang berisiko tinggi mendapat diabetes sewaktu mengandung?

1. Ibu yang ada prediabetes. Paras gula mereka dah melebihi normal tetapi belum cukup untuk dipanggil diabetes.

2. Ada diabetes semasa kandungan yang lepas

3. Ada darah tinggi

4. Ahli keluarga yang ada diabetes

5. Ada masalah sindrom polycystic ovari

6. Berat badan berlebihan sebelum mengandung atau naik berat mendadak sewaktu mengandung.

7. Berumur lebih 25 tahun.

8. Pernah melahirkan bayi yang berat 4kg keatas atau bayi yang cacat.

9. Pernah ada sejarah keguguran 

10. Berbangsa india, asia, afrika atau hispanic
Jika ibu tersebut sudah pun ada diabetes sebelum mengandung, disarankan paras HbA1c mereka perlu kurang dari 6.1% sebelum nak mengandung. Jika lebih dari 10% tolong jangan mengandung dulu. Naya ibu dan anak nanti.

Saya dengar trend ibu-ibu sekarang boikot ujian saringan gula. Katanya boleh dapat diabetes bila telan air gula tu. Jangan ya. Tak betul tu.

Ada pula yang boikot ujian tu tapi nak buat saringan HbA1c sahaja. Sebenarnya ujian HbA1c ini hanya tepat sebelum mengandung dan semasa awal trimester saja. Masuk trimester kedua ia kurang tepat, dan tak sesuai dijadikan ujian saringan tunggal.

Saya seru pada para ibu supaya peka dengan kesihatan sendiri dan dengarlah nasihat doktor anda. Janganlah sebab kita cerewet taknak buat saringan air gula, bayi kita pula menanggung padah cacat seumur hidup. Dan jangan terkejut jika dengar banyak keguguran adalah disebabkan diabetes.

Kan kita semua mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita?

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/02/pesanan-kepada-ibu-mengandung-jangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Air Ketuban Terlalu Banyak Boleh Bahayakan Nyawa Ibu Bayi Ketahui 7 Faktor Air Ketuban Berlebihan

Air Ketuban Terlalu Banyak Boleh Bahayakan Nyawa Ibu Bayi Ketahui 7 Faktor Air Ketuban Berlebihan

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 370 hits
Air ketuban adalah cecair jernih kekuningan yang mula dihasilkan pada hari ke 12 kehamilan Apakah fungsi air ketuban dan apakah yang menyebabkan kurang dan terlebih air ketuban di dalam kandungan serta impaknya kepada bayi Dr Siti Aishah Da...
Pengajaran Besar Ibu Bapa Jangan Rampas Hak Murid Kasihan Anak Yatim Ini

Pengajaran Besar Ibu Bapa Jangan Rampas Hak Murid Kasihan Anak Yatim Ini

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 493 hits
Cuti sekolah selalunya berakhir seiring dengan sambutan tahun baru Maka bermulalah semula episod sesi persekolahan Bermakna akan ada kemasukan murid yang baru ke tahun 1 dan sesi orientasi Sumber gambar facebook Tak dinafikan keterujaan ibu...
Anak Sukar Membuang Air Besar Adakah Disebabkan Oleh Percampuran Susu Ibu Susu Formula

Anak Sukar Membuang Air Besar Adakah Disebabkan Oleh Percampuran Susu Ibu Susu Formula

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 313 hits
Anak saya berumur tiga bulan Dia menyusu susu ibu dan susu formula Dia sukar untuk membuang air besar Hanya dua hari sekali Setiap kali hendak buang air besar dia akan menangis kesakitan Adakah ia disebabkan oleh susu formula yang saya beri...
Nak Guna Air Cond Tapi Tak Nak Bil Elektrik Melambung Guna Je 9 Tips Ni Sebab Ternyata Berkesan

Nak Guna Air Cond Tapi Tak Nak Bil Elektrik Melambung Guna Je 9 Tips Ni Sebab Ternyata Berkesan

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 512 hits
Nak Guna Air Cond Tapi Tak Nak Bil Elektrik Melambung Guna Je 9 Tips Ni Sebab Ternyata Berkesan Penyaman udara ni dah jadi satu keperluan pula disebabkan cuaca panas di Malaysia Tambah tambah lagi di bulan puasa memang menduga betul cuacany...
Nak Bangunlah Ada Nasi Lemak Bapa Belikan Ritihan Ibu Kanak Kanak Yang Ditemui Lemas

Nak Bangunlah Ada Nasi Lemak Bapa Belikan Ritihan Ibu Kanak Kanak Yang Ditemui Lemas

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 381 hits
Nak bangunlah ada nasi lemak bapa belikan Dua Kanak Kanak Lemas Ditemui demikian luahan Dayang Nurjayha Bayo 33 ibu kepada Datu Aliudin Datu Aidar 10 yang ditemui lemas ketika bermain di sungai Kampung Cenderamata 2 Likas di Kota Kinabalu h...
Susah Nak Buang Air Besar Cuba Tips Cara Ini Pasti Lawas

Susah Nak Buang Air Besar Cuba Tips Cara Ini Pasti Lawas

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 1037 hits
Susah nak buang air besar Cuba tips cara ini pasti lawas Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuaa Dah berak harini Hahaha tiba tiba tanya soalan cepu cemas kan Okay next soalan bila last berak hahaha Aduii cuba guna ayat sopan sikit Say...
Saphira Indah Meninggal Saat Mengandung Faktor Ini Bisa Jadi Penyebab Kematian Pada Ibu Hamil

Saphira Indah Meninggal Saat Mengandung Faktor Ini Bisa Jadi Penyebab Kematian Pada Ibu Hamil

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 375 hits
Pagi ini dunia hiburan dikejutkan dengan kabar meninggalnya Artis Saphira Indah Pasalnya Saphira Indah dikabarkan meninggal dalam keadaan tengah berbadan dua Saphira Indah diketahui meninggal pada hari rabu kemarin Dilansir dari Tribun Maka...
Ibu Jangan Katakan 8 Hal Ini Pada Anakmu Rileks Media

Ibu Jangan Katakan 8 Hal Ini Pada Anakmu Rileks Media

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 343 hits
Thabrani meriwayatkan dari Jabir Bin Samurah bahwa Rasulullah saw bersabda Salah seorang di antara kalian mendidik anaknya itu lebih baik baginya dari pada menyedekahkan setengah sha setiap hari kepada orang orang miskin Sahabat Ummi seoran...
Nak Pekatkan Susu Ibu Bukan Makan Supplement Pakar Laktasi Tunjuk Cara Yang Betul

Nak Pekatkan Susu Ibu Bukan Makan Supplement Pakar Laktasi Tunjuk Cara Yang Betul

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 573 hits
Susu ibu adalah susu yang terbaik di dalam dunia Kadang kadang kita tak dapat menghasilkan susu ibu yang cukup untuk anak Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menghasilkan susu ibu yang banyak seperti membuat sendiri milk booster Namun ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya