Nak Bangunlah Ada Nasi Lemak Bapa Belikan Ritihan Ibu Kanak Kanak Yang Ditemui Lemas


“Nak bangunlah, ada nasi lemak bapa belikan..” – Dua Kanak-Kanak Lemas Ditemui. demikian luahan Dayang Nurjayha Bayo, 33, ibu kepada Datu Aliudin Datu Aidar, 10, yang ditemui lemas ketika bermain di sungai Kampung Cenderamata 2, Likas, di Kota Kinabalu, hari ini.
BACA: Sangatlah Rugi Jika Solat 5 Waktu Setiap Hari, Tapi Tak Solat Sunat Rawatib! Amat Besar Ganjarannya
Ketika pasukan bomba menemui mayat Aliudin, ibunya meluru lalu memeluk anaknya dan meminta Aliudin bangun sambil mengusap kepala anaknya.
Suasana pilu di lokasi kejadian apabila ibu mangsa berkali-kali meminta Aliudin bangun untuk sarapan bersama-sama sambil meraung.
Suaminya yang juga bapa tiri mangsa, Dzul Edzuandy Ali Asbah, 37, yang turut berada di lokasi kejadian menenangkan Dayang Nurjayha dan membawanya ke rumah berhampiran.
Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, seorang lagi rakan mangsa iaitu Mohd Asraf Abdullah, 11, turut ditemui lemas.
Difahamkan, kedua-dua mangsa bermain dengan menjadikan sebuah peti ais lama sebagai perahu sebelum kedua-dua mangsa terjatuh dan hilang di dalam air.
Menurut Dzul Edzuandy, sebelum kejadian anak tirinya meminta izin keluar untuk pergi ke kedai runcit bagi membeli makanan ringan.
“Ketika itu, saya hendak keluar ke gerai menjual makanan untuk membeli nasi lemak untuk sarapan kami sekeluarga dan dia meminta izin pergi ke kedai runcit membeli makanan ringan.
“Saya kemudian memberi wang dan meminta dia supaya segera kembali untuk sarapan bersama,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Menurutnya, sebaik tiba di rumah, isteri memaklumkan anaknya hilang ketika bermain di sungai.
“Saya terus bergegas bersama-sama jiran ke lokasi kejadian untuk mencari Aliudin.
“Dia (anak) jarang ke sungai… pernah juga dia pergi tapi untuk bermain layang-layang di kawasan lapang dekat sungai,” katanya.
Dalam pada itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan jam 12.15 tengah hari, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dan Kota Kinabalu dikerah ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, operasi mencari dan menyelamat (SAR) terus dilakukan dan pada jam 2.51 petang, mangsa Datu Aliudin berjaya ditemui berdekatan lokasi mangsa lemas.
“Operasi SAR kemudian diteruskan untuk mencari seorang lagi mangsa dan pada jam 4.40 petang mangsa terakhir berjaya ditemui berhampiran lokasi yang sama,” katanya.
Operasi SAR membabitkan seramai 22 anggota dan pegawai bomba, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dan Pasukan Polis Marin (PPM) Kota Kinabalu.
Sementara itu, Timbalan Menteri Dalan Negeri yang juga Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd Azis Jamman ditemui di lokasi berkata, kedua-dua mangsa sudah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE 1) untuk bedah siasat.
“Saya ucapkan terima kasih kepada pasukan penyelamatan terdiri daripada JBPM dan polis yang bertungkus lumus mencari dua kanak-kanak ini.
“Alhamdulillah dalam tempoh empat jam selepas kejadian itu, pasukan penyelamat berjaya menemui mayat mangsa,” katanya.
Artikel Berkaitan:
Jangan Gusar Jika Masih Tidak Bertemu Jodoh, Perancangan Allah SWT Lebih Indah! The post “Nak bangunlah, ada nasi lemak bapa belikan..” – Ritihan Ibu Kanak-Kanak Yang Ditemui Lemas appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/nak-bangunlah-ada-nasi-lemak-bapa-belikan-ritihan-ibu-kanak-kanak-yang-ditemui/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Tak Nak Makan Bagi Nasi Lagilah Susah Doktor Jelaskan Perkara Ini Ibu Bapa Silap Faham

Anak Tak Nak Makan Bagi Nasi Lagilah Susah Doktor Jelaskan Perkara Ini Ibu Bapa Silap Faham

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 549 hits
Doktor anak saya selalu tak nak makan Saya bagi makan nasi dia tak nak kejap lagi lepas tu dia makan snek la makan roti la macam mana nak buat ni Dr Boleh bagi multivitamin tak Nak bagi tambah selera makan dia Selalunya pertanyaan macam ni ...
Dua Tiga Hari Ini Macam Pelik Sikit Dengan Kelakuan Dia Luahan Ibu Bayi Ditemui Lemas Tersembam Dalam Baldi

Dua Tiga Hari Ini Macam Pelik Sikit Dengan Kelakuan Dia Luahan Ibu Bayi Ditemui Lemas Tersembam Dalam Baldi

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 633 hits
Dua tiga hari ini macam pelik sikit dengan kelakuan dia Ibu bayi ditemui lemas tersembam dalam baldi Bayi lelaki yang ditemui lemas di dalam baldi di rumah keluarganya kerap berulang alik ke bilik air dan menunjukkan beberapa kelakuan pelik...
Pengajaran Besar Ibu Bapa Jangan Rampas Hak Murid Kasihan Anak Yatim Ini

Pengajaran Besar Ibu Bapa Jangan Rampas Hak Murid Kasihan Anak Yatim Ini

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 522 hits
Cuti sekolah selalunya berakhir seiring dengan sambutan tahun baru Maka bermulalah semula episod sesi persekolahan Bermakna akan ada kemasukan murid yang baru ke tahun 1 dan sesi orientasi Sumber gambar facebook Tak dinafikan keterujaan ibu...
Ada Akta Boleh Mendakwa Ibu Bapa Yang Gagal Mendaftar Anak Masuk Sekolah

Ada Akta Boleh Mendakwa Ibu Bapa Yang Gagal Mendaftar Anak Masuk Sekolah

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 1074 hits
Masih hangat di social media pasal seorang retis nasyid yang memilih tak nak hantar anak anak di sekolah pilih buat homeschooling bila dia ada masa terluang untuk ajar anak anak dia Rata rata netizen mengecam tindakan dia yang nampak mement...
Dulu Saya Malu Juga Nak Jerit Siti Nurhaliza Berkongsi Pengalaman Zaman Kanak Kanak Sebelum Bergelar Bintang

Dulu Saya Malu Juga Nak Jerit Siti Nurhaliza Berkongsi Pengalaman Zaman Kanak Kanak Sebelum Bergelar Bintang

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 521 hits
Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mengakui tidak pernah berasa malu untuk berkongsi kisah hidupnya yang mula menjual kuih seawal usia 10 tahun demi untuk membantu ekonomi keluarga Anak kelahiran Kuala Lipis Pahang i...
Kanak Kanak Lelaki 12 Tahun Lemas Di Tasik

Kanak Kanak Lelaki 12 Tahun Lemas Di Tasik

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 370 hits
MOHD YUNUS YAKKUB 31 Januari 2019 8 30 PM KLANG Seorang kanak kanak lelaki berusia 12 tahun ditemui lemas di tasik Bandar Puteri di sini petang tadi
Polis Nafi Mayat Kanak Kanak Lelaki Ditemui Di Pagoh

Polis Nafi Mayat Kanak Kanak Lelaki Ditemui Di Pagoh

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 512 hits
SHARKAWI LONDING 31 Januari 2019 9 43 PM JOHOR BAHRU Polis menafikan penularan dakwaan palsu di media sosial berhubung penemuan mayat kanak kanak lelaki di Dusun D
Ibu Bapa Patut Tahu Kenapa Bayi Kena Penyakit Kuning Selepas Bersalin Inilah Sebabnya

Ibu Bapa Patut Tahu Kenapa Bayi Kena Penyakit Kuning Selepas Bersalin Inilah Sebabnya

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 771 hits
Masalah penyakit kuning di kalangan bayi baru lahir adalah fenomena yang kerap berlaku Jika ditanya ramai ibu menyatakan anak mereka kuning ketika minggu pertama selepas kelahiran Tidak kurang pula rawatan tradisional atau alternatif yang d...
Rezeki Melimpah Ruah Sebab Jujur Tak Pernah Tinggal Doakan Ibu Bapa Dan Isteri Rileks Media

Rezeki Melimpah Ruah Sebab Jujur Tak Pernah Tinggal Doakan Ibu Bapa Dan Isteri Rileks Media

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 496 hits
Terkadang kita melihat ada pasangan suami isteri bekerja siang dan malam namun hidup mereka terasa sentiasa sempit Pun begitu ada pula sebahagiannya dari sehari ke sehari rezeki yang Allah kurniakan semakin bertambah tambah dan dinikmati de...
Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand

Dua Anak Jiran Dibunuh Kerana Memancing Kolam Keluarga

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Segera Tangani Isu Air Selangor

Doa Robithoh Arab Latin Dan Artinya

Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bn Menang Besar

Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

Rm20 Million Spent On Kl Tower Repairs Upgrades

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

Aktiviti Rumah Terbuka Dewan Perniagaan Usahawan Malaysia Ppim 25 04 2025

Big Stage Alpha 2025