Yang selalu kedengaran dan difahami ialah Tun Mahathir hanyalah Perdana Menteri sementara sehingga Anwar dibebaskan daripada penjara dan seterusnya boleh mengambil alih teraju pentadbiran negara.Untuk itu, walaupun tiada tarikh khusus yang disebut, jangka masa dua tahun adalah tempoh yang munasabah yang difahami oleh semua pimpinan PH untuk Anwar memperolehi pengampunan, menjadi Ahli Parlimen dan seterusnya memegang jawatan Perdana Menteri.Tun Mahathir sendiri sedar tentang tempoh tersebut, sebab itu, baik sebelum PRU14 atau di peringkat awal PH menjadi kerajaan, beliau selalu menyebut keberadaannya sebagai Perdana Menteri hanyalah untuk tempoh dua tahun saja.Kata Tun Mahathir, tempoh dua tahun itu adalah janji yang akan dikota dan dipatuhinya serta selepas itu akan menyerahkannya kepada Anwar.Maka itu, berbanding meminta Tun Mahathir berundur dan memberi laluan kepada Anwar menggantikannya dalam tempoh dua tahun adalah suatu kewajaran serta masih dalam lingkungan pelan peralihan kuasa yang dipersetujui lama sebelum ini, sebaliknya meminta Tun Mahathir berkhidmat lebih lama jelas suatu pencabulan terhadap persefahaman yang ada.Dalam bahasa lebih mudah, tiada salahnya sesiapa meroyan mahu Anwar jadi Perdana Menteri dalam tempoh dua tahun berbanding tidak wajar, tidak patut dan perbuatan tak tahu malu jika pengampu Tun Mahathir lebih meroyan agar beliau dikekalkan sehingga habis penggal.Hakikatnya, jika ingin PH terus kekal lebih lama sebagai kerajaan dan tidak berpecah, semua pihak termasuk Tun Mahathir serta pengampu dan pembodeknya mestilah kembali semula kepada konsensus dan janji peralihan kuasa itu.Jangan berdolak-dalik dan berterusan meroyan seolah-olah Tun Mahathir saja yang mampu menerajui negara, sedangkan sejak 19 bulan lalu terlalu banyak kelemahan, ketidakmampuan dan penolakan rakyat terhadapnya yang dapat dirasakan hampir di seluruh ceruk negara.Atas kesedaran itulah juga Lim Guan Eng baru-baru ini menekankan agar tahun 2020 dijadikan tahun peralihan kuasa, selain tahun untuk memenuhi janji manifesto dan memastikan pertumbuhan ekonomi yang kukuh untuk negara.Bermakna, selain ekonomi tidak tumbuh dengan baik dan janji manifesto tidak dilaksanakan dengan lancar sejak 19 bulan negara diterajui oleh Tun Mahathir, keyakinan Guan Eng ialah kedua-dua aspek itu akan berjalan dengan lebih bagus setelah berlakunya peralihan kuasa kepada Anwar.Apakah pengampu dan pembodek Tun Mahathir tidak sedar hakikat penting itu dan bila lagi mahu berhenti daripada terus meroyan? (ShahbudinHusin 04/01/2020)|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |