Kita Tidak Boleh Overkill Kata Peguam Tun Mahathir


Peguam Haniff Khatri Abdulla berkata, orang ramai tidak patut membuat kesimpulan ke atas dakwaan terbaru terhadap Najib Razak oleh Azilah Hadri yang disabitkan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu kerana tidak mudah untuk membuka semula siasatan kes pembunuhan itu.

Ramai di kalangan kita yang terus melompat daripada kerusi atau katil masing-masing mengatakan bila nak buka balik fail? Di situ kita kena faham bahawa dari segi perundangan, dia tak semudah macam itu. Sebab ada satu prinsip dalam perundangan yang mengatakan apabila satu perbicaraan jenayah telahpun diselesaikan melalui pengambilan keseluruhan keterangan pada masa itu dan sudah ada keputusan, sama ada bersalah ataupun tidak bersalah, maka fail itu tidak boleh dibuka melainkan dalam keadaan-keadaan khusus.Kalau boleh jangan langkau kuasa mahkamah. Yang penting, tarikh 20 April nanti,” katanya dalam program bual bicara atas talian Jom Channel yang disiarkan secara langsung di Facebook malam tadi.
Semalam, Peguam Negara, Tommy Thomas dilapor akan mempertimbangkan membuka semula kes pembunuhan Altantuya susulan dakwaan terbaru ke atas Najib oleh Azilah dalam akuan berkanun yang dikeluarkan untuk merayu sabitan dan hukuman mati dijatuhkan ke atasnya.

Haniff berkata, sebarang siasatan baru akan membabitkan peranan banyak pihak yang terbabit dalam siasatan dan pendakwaan kes pembunuhan itu pada 2006, termasuk bekas peguam negara ketika itu, Abdul Gani Patail.

“Jangan jumud sangat, mentang-mentang akuan berkanun Azilah cakap pasal Najib Razak, maka semua nak tumpu kepada dia.

“Jangan, ‘that’s not right’. Ada banyak perkara lagi di belakang itu.”

Azilah dan bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar, yang disabitkan bersalah membunuh Altantuya dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Jan 2015, membuat akuan berkanun dalam penjara yang mendakwa Najib memberi arahan membunuh wanita Mongolia itu.

Dia yang memohon mahkamah mengetepikan sabitan ke atasnya dan dibicarakan semula, turut mendakwa bekas kekasih Altantuya, Abdul Razak Baginda dan pegawai kanan polis Musa Safri tahu mengenai “arahan” Najib itu.

Najib dan Razak Baginda yang dilepaskan daripada tuduhan membunuh Altantuya, menolak dakwaan terbaru itu.

Haniff berkata, ada kecenderungan untuk mereka yang menentang Najib dari segi politik untuk “overkill isu itu” dan membuat kesimpulan bekas perdana menteri itu bersalah.

“Kita tidak boleh ‘overkill’ isu itu dan bercakap terlalu banyak tentang siasatan.”

Haniff berkata, Azilah dalam akaun berkanunnya belum menyatakan kenapa dia tidak menjelaskan dakwaan terhadap Najib di mahkamah apabila dia berpeluang berbuat demikian.

“Walaupun akuan berkanun sekalipun, bukan merupakan suatu keterangan segar.

“Selagi sabitan terhadap Sirul dan Azilah tidak diubah ataupun disemak semula oleh mahkamah, maka untuk meminta fail siasatan dibuka pun adalah salah.”

Jumaat lalu, Najib melafazkan sumpah laknat beliau tidak pernah memberi arahan seperti yang didakwa Azilah dan tidak pernah berjumpa Altantuya.

FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2019/12/kita-tidak-boleh-overkill-kata-peguam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Mahathir Tidak Pernah Jumpa Azilah Sejak Bekas Anggota Utk Itu Dipenjarakan Pmo

Tun Mahathir Tidak Pernah Jumpa Azilah Sejak Bekas Anggota Utk Itu Dipenjarakan Pmo

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 585 hits
Astro Awani Dr Mahathir juga nafi Kerajaan Malaysia merupakan dalang di sebalik kenyataan akuan bersumpah yang dikeluarkan Azilah Gambar failKUALA LUMPUR Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah berjumpa dengan Azilah Hadri seja...
Kit Siang Boleh Tunggu Luar Masjid Semasa Sumpah Laknat Kata Najib

Kit Siang Boleh Tunggu Luar Masjid Semasa Sumpah Laknat Kata Najib

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 289 hits
PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak mengajak Lim Kit Siang ke masjid untuk sumpah laknat berhubung kes 1MDB selepas perbicaraannya selesai mengatakan beliau mahu berbual dengan veteran DAP itu Bekas presiden Umno itu meminta Lim...
Tun Mahathir Semakin Merapu Rakyat Ditindas Dibuang Kerja

Tun Mahathir Semakin Merapu Rakyat Ditindas Dibuang Kerja

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 494 hits
JELAPANG berbual dengan seorang ibu yang amat KECEWA dengan Tun Dr Mahathir Mohamad Kata ibu tersebut Tun Mahathir semakin MERAPU Anak si ibu ini baru sahaja hilang pekerjaan di Institut Terjemahan Negara yang beliau katakan ditutup oleh Dr...
Tips Kesihatan Minda Tahap 94 Tahun Gaya Tun Mahathir

Tips Kesihatan Minda Tahap 94 Tahun Gaya Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 421 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menasihati rakyat Malaysia supaya membaca akhbar setiap hari bagi memelihara minda agar sentiasa aktif Dalam ruangan beliau yang disiarkan oleh akhbar New Sunday Times hari ini bertajuk Here s my recipe f...
Elaun Ahli Majlis Tak Boleh Diselaras Kerana Ada Pbt Tak Mampu Kata Zuraida

Elaun Ahli Majlis Tak Boleh Diselaras Kerana Ada Pbt Tak Mampu Kata Zuraida

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 287 hits
AMPANG Penyelarasan elaun ahli ahli majlis pihak berkuasa tempatan seluruh negara belum boleh dilaksanakan kerana masih terdapat PBT yang belum berkemampuan kata Zuraida Kamaruddin Menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu menjelaskan ken...
Tun M Beri Respon Isu Pembikinan Filem Mahathir The Journey

Tun M Beri Respon Isu Pembikinan Filem Mahathir The Journey

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 378 hits
Filem biografi berkaitan perdana menteri Malaysia Tun Dr Mahathir nampaknya diambang masalah apabila terbitnya Terdahulu Marina Mahathir menyuarakan bahawa mereka tidak inginkan sebarang filem berkaitan keluarga mereka kerana memalukan kelu...
Armada Mana Siti Kassim Perlekeh Tun Mahathir Tunduk Suara Negatif

Armada Mana Siti Kassim Perlekeh Tun Mahathir Tunduk Suara Negatif

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 475 hits
Aktivis Siti Kasim menggesa ahli politik turun padang bagi mendengar suara rakyat Gesaan itu dibuat selepas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengingatkan bahawa penganjuran Kongres Organisasi Cina oleh kumpulan pendidikan Cina akan memba...
Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Startups Vs Established Industries

How To Recover Lost Data From Your Smartphone

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Nasi Lemak Lobster Jb

Dua Pendaki Wanita Maut Di Puncak Jaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


We Re At Mwc Showcasing The Latest Ai Features On Android

Nak Beli Kereta Baru Vs Kereta Lama

Mwc 2025 Malaysia Pacu Inovasi Digital Perkukuh Posisi Serantau

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien