Pesan Pemimpin Lama Kepada Anwar Tun Mahathir Mesti Selalu Diawasi




Tidak dinafikan Tun Mahathir Mohamad adalah ahli politik yang licik, pintar dan penuh helah serta selama ini berjaya menewaskan semua musuh-musuhnya.


Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Tun Hussein Onn, Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah, Anwar Ibrahim, Tun Abdullah Badawi dan Najib Razak, semuanya kecundang di tangan beliau.


Cuma dengan Anwar, meskipun pernah memecatnya pada 1998 dahulu, Tun Mahathir terpaksa tunduk dan sanggup merendahkan dirinya bertemu untuk berbaik semula pada 2016 lalu.


Tetapi, tujuannya ketika itu tidak lain ialah semata-mata untuk memudahkan usahanya menumbangkan Najib, selain untuk menjadikan dirinya lebih diterima oleh Pakatan Harapan.


Bagaimanapun setelah berjaya menjadi Perdana Menteri semula, perseteruan kuasa antara Tun Mahathir dan Anwar bagaikan bermula kembali buat kali kedua.


Di sebalik adanya janji persetujuan untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar, tidak lama selepas mengangkat sumpah jawatan itu, Tun Mahathir sudah memulakan kelicikan dan sikap “telunjuk lurus kelingking berkaitnya” apabila melantik Azmin Ali sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi dalam kabinetnya, sekalipun nama Timbalan Presiden PKR itu tidak pernah dicalonkan oleh parti untuk mengisi jawatan menteri lantaran sudah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor.


Sejak itu mula timbul cakap-cakap beliau didakwa tidak mahu menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar, sebaliknya pilihan Tun Mahathir dilihat condong kepada Azmin.


Kemudian, sekalipun dirinya sendiri mengatakan hanya mahu menjadi Perdana Menteri selama dua tahun saja, ayat-ayat beliau selepas itu terus berbelit-belit seperti, “mungkin dua tahun, mungkin lebih, mungkin kurang”, “mungkin lebih sedikit...”, “kalau Anwar beri izin, dapatlah dua tahun setengah” dan sebagainya.


Di ketika yang sama, Tun Mahathir tidak lupa mengatakan beliau akan tetap berpegang kepada janji dan akan menunaikan janjinya kepada Anwar sebagaimana yang sudah dipersetujui Pakatan Harapan itu.


Dengan yang demikian, pandangan, kepercayaan dan tafsiran orangramai berhubung peralihan kuasa itu jadi berbagai-bagai dan tidak senada.


Adakah Tun Mahathir benar-benar akan menunaikan janjinya?


Dari segi hukum normal atau kebiasaan sebagai manusia, Tun Mahathir sebenarnya tidak boleh lari daripada janjinya untuk menyerahkan jawatan itu kepada penggantinya kerana beliau hanyalah sementara saja memegang jawatan itu berikutan Anwar ketika PRU14 lalu masih lagi berada di dalam penjara.


Namun, di sebalik berusia lebih 93 tahun, Tun Mahathir bukanlah seperti manusia biasa apabila dkaitkan dengan kuasa. 


Seseorang yang rapat denganya pernah berkata, Tun Mahathir sekarang seperti rindu kembali kepada kuasa Perdana Menteri yang pernah dilepaskannya pada 2003 dahulu.


Berdepan keadaan ini, seorang bekas menteri yang pernah berada dalam kabinet bersama-sama Tun Mahathir dan Anwar suatu ketika dahulu menasihatkan Presiden PKR agar sentiasa berhati-hati dan awas terhadap setiap gerak-geri politik Pengerusi Pakatan Harapan itu.


Kata beliau, Tun Mahathir sentiasa banyak muslihat dan tidak pernah ada belas kasihan dalam matlamat yang ingin dicapainya dan kiranya dalam hatinya mahu menyingkirkan seseorang itu, dengan apa cara sekalipun, beliau pasti akan melakukannya.


"Jika Anwar  mudah terleka dan tidak waspada, tidak mustahil beliau akan kecundang sekali lagi kepada Tun Mahathir,"  tegasnya.


Bekas menteri itu mengingatkan bagaimana Tun Mahathir dengan tiada belas kasihan memecat Anwar pada 1998 dahulu, meskipun ketika itu Tun Siti Hasmah mempunyai hubungan yang sangat akrab dan baik dengan Dr. Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar.


Susulannya, selepas pemecatan Anwar itu, Tun Siti Hasmah terpaksa menemui Dr. Wan Azizah untuk menenangkan jiwa dan memberinya kata-kata semangat.


Malah, kata bekas menteri itu lagi, sehari sebelum pemecatan itu juga, dalam majlis perasmikan Bangunan UMNO Pulau Pinang, Tun Mahathir masih lagi boleh tersenyum mengatakan Anwar adalah bakal penggantinya.


"Pokoknya, gerak geri dan kata-kata politik Tun Mahathir mestilah selalu diperhati dan diawasi oleh Anwar.


"Kalau Anwar sentiasa awas dan berhati-hati, beliau akan berjaya menjadi Perdana Menteri, sebaliknya jika lalai dan alpa, mungkin sekali Tun Mahathir akan menewaskannya buat kali kedua," pesannya lagi. (ShahbudinHusin 06/01/2019).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/01/pesan-pemimpin-lama-kepada-anwar-tun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Akan Rasa Selesa Bila Ambil Tugas Pm Daripada Saya Tun Mahathir

Anwar Akan Rasa Selesa Bila Ambil Tugas Pm Daripada Saya Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 431 hits
dan Astro Awani Disember 31 2018 20 07 MYTTun Mahathir tugasnya sebagai Perdana Menteri akan tamat dalam masa terdekat dan penggantinya dilihat bersedia untuk menggalas jawatan itu Foto Astro AWANIPUTRAJAYA Perdana Menteri Tun Dr Mahathir M...
Spekulasi Hubungan Tun Mahathir Dan Anwar Boleh Diredakan Dengan Dua Tindakan Ini

Spekulasi Hubungan Tun Mahathir Dan Anwar Boleh Diredakan Dengan Dua Tindakan Ini

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 576 hits
Kecuali dirinya sendiri tidak ada sesiapa yang lain yang betul betul pasti apa yang ada dalam hati dan pemikiran Tun Mahathir Mohamad tentang peralihan kuasa daripada beliau kepada Anwar Ibrahim Tun Siti Hasmah Mohd Ali pegawai pegawai Tun ...
Saya Dengan Tun Mahathir Tiada Masalah Tapi Ada Yang Bermuka Muka Anwar Ibrahim

Saya Dengan Tun Mahathir Tiada Masalah Tapi Ada Yang Bermuka Muka Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 935 hits
Firdaus Azil Astro Awani KUALA LUMPUR Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan beliau langsung tidak mempunyai sebarang masalah dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam satu kenyataan hari i...
Ucapan Khas Pengerusi Bersatu Yab Tun Dr Mahathir Di Persidangan Armada

Ucapan Khas Pengerusi Bersatu Yab Tun Dr Mahathir Di Persidangan Armada

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 389 hits
Perhimpunan Agung Tahunan ARMADA Yang Pertama Sesi Ucapan Khas Pengerusi Bersatu YAB Tun Dr Mahathir Mohamad
Apa Yang Dibincangkan Oleh Anwar Ibrahim Dan Mahathir

Apa Yang Dibincangkan Oleh Anwar Ibrahim Dan Mahathir

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 447 hits
1 Hampir satu jam pertemuan dengan PM 2 Tun M perlu diberi ruang memimpin dengan dukungan penuh PH dalam jangka waktu yang dipersetujui 3 Saya lapor hasil pertemuan dengan Presiden Duterte minggu lalu dan mohon panduan untuk pertemuan denga...
Betul Punya Benci Netizen Rela Pilih Kambing Dari Tun Mahathir Jadi Pm

Betul Punya Benci Netizen Rela Pilih Kambing Dari Tun Mahathir Jadi Pm

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 371 hits
Berpuluh undi FB sudah dibuat bagi membandingkan antara Tun M dan DS Najib Mana lebih baik Mana satu pemimpin menjaga rakyat Mana satu yang menjaga bumiputera Melayu dan macam macam lagi Semua keputusan tidak berpihak kepada Perdana Menteri...
Sinetron Mahathir Anwar Berdendang Lagi

Sinetron Mahathir Anwar Berdendang Lagi

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 278 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mendakwa Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak pernah memaklumkan hasrat menjadi perdana menteri lebih awal daripada tempoh dua tahun yang dicadangkan Dia tak ada kata saya mahu jadi perdana menteri lebih awal...
Harap Harap Tun Mahathir Tak Mungkir Janji Lagi Kali Ini

Harap Harap Tun Mahathir Tak Mungkir Janji Lagi Kali Ini

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 409 hits
Disebalik timbul desakan yang mahukannya lebih lama menjadi Perdana Menteri tidak sekadar melebihi dua tahun malah sehingga ke tarikh PRU15 akan datang Tun Mahathir Mohamad akhirnya akur dengan tahap kemampuan dirinya sendiri Bercakap di si...
Resipi Sos Steamboat Ala Sukiya Mudah Sedap

Adverse Weather Causes Shortage Of Coconuts For Thaipusam

Best Value Small Trucks Affordable And Reliable Picks In 2025

Huatyou Minuman Zus Coffee Dengan Banana Series Memang Sedap

Membaca Sebagai Tonggak Pencapaian Dalam Kehidupan

Influencers Can Boost Your Startup

Sakit Tulang Punggung Punca Dan Rawatan

Nasi Lemak Lengkap Rasa Yalo Yalo Yumm


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Demo Antirasuah Amk Bantah Polis Panggil 13 Mahasiswa

Entri Terbaik Sepanjang Tahun Januari 2024 Hingga Disember 2024

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift