Pesakit Wajib Jalani Ujian Covid 19 Sebelum Masuk Wad Di Beberapa Hospital Di S Gor


Aidila Razak 


Sekurang-kurangnya dua hospital kerajaan di Selangor mewajibkan ujian Covid-19 bagi sesiapa yang akan dimasukkan ke wad setelah berlaku penularan di kalangan kakitangan dan pesakit, menurut sumber.
Ia menyusuli hospital kerajaan di Sabah yang telah mewajibkan ujian itu setelah penularan wabak pada September lalu.
Malaysiakini difahamkan walaupun Kementerian Kesihatan (KKM) menyediakan garis panduan ujian Covid-19 bagi pemindahan hospital dan beberapa rawatan tertentu, prosedur operasi standard (SOP) untuk kemasukan wad yang lain di setiap hospital berbeza.
Di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang, di mana lebih 50 kakitangan dan pesakit dijangkiti Covid-19 sejak tiga minggu lalu, ujian prakemasukan mandatori bermula minggu lalu.
Sebelum itu, hospital menyaring pesakit menerusi soal jawab, dan hanya mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi atau menunjukkan gejala menjalani ujian.
Hal ini dinyatakan sumber dalaman KKM yang enggan mendedahkan namanya, memandangkan penjawat awam tidak boleh bercakap dengan media tanpa kebenaran.
Mereka yang dipindah dari hospital lain atau mahu menjalani prosedur rawatan tertentu perlu menjalani ujian Covid-19, tetapi kebanyakan pesakit dimasukkan ke wad tanpa melalui proses itu.
Ia termasuklah mereka yang dimasukkan ke wad selepas dirawat di unit kecemasan, menurut sumber.
'Kakitangan buat yang terbaik, tapi...'
Prosedur kemasukan di HTAR ditukar minggu lalu susulan penularan Covid-19. Semua pesakit kini perlu sekurang-kurangnya menjalani ujian Rapid Test Kit (RTK) Antigen sebelum dimasukkan, menurut sumber yang tahu berkenaan garis panduan baru tersebut kepada Malaysiakini.
Ujian RTK Antigen memberi keputusan dalam waktu yang singkat - biasanya kurang sejam - tetapi ia kurang sensitif dan lebih cenderung memberikan keputusan negatif yang salah, terutama jika virus masih dalam tempoh pengeraman.
Ini bermakna pesakit yang dijangkiti wabak mungkin mendapat ujian negatif, sebelum menunjukkan gejala dan didapati positif setelah dimasukkan dalam wad.
Ujian Polymerase chain reaction (PCR) dianggap sebagai ujian piawai dari aspek sensitiviti dan ketepatan tetapi ia memerlukan penggunaan makmal dan mengambil masa.
Bagi hospital seperti HTAR yang memiliki lebih 1,000 katil, pelaksanaan ujian PCR kepada semua pesakit akan menambah lagi beban kepada makmal hospital.
Difahamkan ujian Covid-19 tidak dilakukan kepada semua pesakit yang dimasukkan ke wad ekoran kekurangan sumber, terutama di makmal.
"Saya fikir kakitangan makmal benar-benar terbeban untuk memproses ujian ini. Semua kakitangan di lapangan sedang melakukan yang terbaik, tetapi kita memerlukan lebih banyak sumber," kata seorang sumber di hospital itu.
Sementara itu, sumber di Hospital Serdang berkata pihak hospital kini "bergegas" untuk mewajibkan ujian prakemasukan selepas lebih sepuluh kes dikesan di kalangan kakitangan dan pesakit sejak dua minggu lalu.
Sebelum ini, hospital itu juga hanya melakukan ujian terhadap kalangan berisiko tinggi dan menunjukkan gejala.
Ia berbeza dengan hospital kerajaan di Sabah yang mewajibkan ujian kepada semua pesakit. Mereka akan menjalani ujian RTK Antigen sebaik selepas kemasukan dan mereka yang didapati positif akan terus dipindahkan ke wad atau hospital Covid-19.
Mereka yang negatif akan terus menjalani ujian PCR. Jika keputusannya negatif, mereka akan dihantar ke wad atau hospital Covid-19, kata sumber yang tahu berkenaan prosedur itu kepada Malaysiakini.
Di Sabah, ujian PCR memakan masa 12 hingga 24 jam.
'Penjaga bawa virus'
Bagaimanapun, tetap berlaku penularan di wad hospital melalui penjaga yang menemani pesakit, kata sumber.
Hospital biasanya membenarkan penjaga bermalam di hospital kerana ia dapat meringankan beban jururawat.
Namun difahamkan mereka tidak menjalani ujian Covid-19 sebelum dibenarkan berada di wad.
Susulan sejumlah penularan melibatkan penjaga, difahamkan beberapa hospital melakukan ujian PCR kepada mereka sebelum dibenarkan menjaga pesakit di wad.
Penularan Covid-19 di Sabah meningkat pada September lalu susulan pilihan raya negeri, bagaimanapun kes di sana kini telah menurun.
Sejak dua minggu lalu, sebanyak 4,246 kes baru dilaporkan di Sabah, manakala di Selangor 7,363 kes.
Sepanjang tempoh itu, daerah Klang - di mana terletaknya HTAR - mencatatkan kes baru tertinggi dengan 3,482 kes manakala Sepang - lokasi Hospital Serdang - mencatatkan 164 kes.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/pesakit-wajib-jalani-ujian-covid-19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tindakan Keras Terhadap Majikan Jika Pekerja Asing Tak Jalani Ujian Covid 19

Tindakan Keras Terhadap Majikan Jika Pekerja Asing Tak Jalani Ujian Covid 19

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 289 hits
PETALING JAYA Tindakan keras akan diambil terhadap majikan jika pekerja asing mereka tidak menjalani saringan COVID 19 bermula 1 Januari kerana terdapat majikan gagal patuhi arahan kerajaan itu Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata tind...
Kakitangan Pesakit Di Hospital Klang Dijangkiti Covid 19

Kakitangan Pesakit Di Hospital Klang Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 210 hits
Sejak dua minggu lalu beberapa kakitangan hospital dan pesakit dari Hospital Tuanku Ampuan Rahimah di Klang Selangor telah disahkan positif Covid 19 Perkara itu menimbulkan kebimbangan penularan wabak Covid 19 di hospital terbabit Malaysiak...
Covid 19 Dikesan Dalam Air Kumbahan Beberapa Minggu Sebelum Tunjuk Gejala Kajian

Covid 19 Dikesan Dalam Air Kumbahan Beberapa Minggu Sebelum Tunjuk Gejala Kajian

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 298 hits
CANBERRA Satu kajian di Australia mendapati ujian air kumbahan dapat mengesan COVID 19 beberapa minggu sebelum seseorang yang dijangkiti mengalami gejala Menurut agensi berita Xinhua kajian yang diterbitkan Pertubuhan Penyelidikan Ilmiah da...
Hiburan Banyak Kali Masuk Hospital Puteri Aishah Dedah Dirinya Tabah Diuji Kesakitan

Hiburan Banyak Kali Masuk Hospital Puteri Aishah Dedah Dirinya Tabah Diuji Kesakitan

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 341 hits
Selepas diduga dengan pelbagai kesakitan yang menimpa dirinya pelakon Puteri Aishah tampil memuat naik foto dirinya berada di atas katil sebuah hospital di laman Instagramnya Menurut Puteri beliau dimasukkan ke hospital berikutan perlu menj...
Kisah Penyintas Rajin Olahraga Tidak Merokok Masuk Icu Karena Covid 19

Kisah Penyintas Rajin Olahraga Tidak Merokok Masuk Icu Karena Covid 19

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 243 hits
Buat yang masih mengira Covid ini konspirasi atau bohong mungkin kalian harus kena dan ngerasain dulu baru menyadarinya Covid is real katanya
More Than Dozen Staff Patients At Hospital Serdang Infected With Covid 19

More Than Dozen Staff Patients At Hospital Serdang Infected With Covid 19

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 234 hits
COVID 19 At least a dozen staff and several patients at Hospital Serdang have been infected with Covid 19 this month raising the alarm of yet another public hospital outbreak Multiple hospital sources told Malaysiakini infections among them...
Covid 19 Sungai Buloh Hospital Warns Staff Of Disciplinary Action If Infected

Covid 19 Sungai Buloh Hospital Warns Staff Of Disciplinary Action If Infected

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 183 hits
Hit by Covid 19 outbreak among its healthcare workers Sungai Buloh Hospital has warned its staff disciplinary action could be taken against them if they are found to have been infected due to non compliance with standard operating procedure...
Suntik Vaksin Covid 19 Pada Ahli Parlimen Dulu Sebelum Disuntik Pada Rakyat 99 Netizen Setuju

Suntik Vaksin Covid 19 Pada Ahli Parlimen Dulu Sebelum Disuntik Pada Rakyat 99 Netizen Setuju

papar berkaitan - pada 18/12/2020 - jumlah : 303 hits
Baru baru ini Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng mencadangkan agar Ahli Ahli Parlimen diberi suntikan vaksin Covid 19 terlebih dahulu sebelum diberikan kepada rakyat Bekas Menteri Kewangan mencadangkan perkara itu ketika berada di Dewan Rakya...
Covid 19 1 371 New Cases Woman Brought In Dead To Ipoh Hospital

Covid 19 1 371 New Cases Woman Brought In Dead To Ipoh Hospital

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 282 hits
COVID 19 The Health Ministry today reported 1 371 new Covid 19 cases with Selangor Sabah Negeri Sembilan and Kuala Lumpur reaching triple digit figures Meanwhile among the Covid 19 deaths reported today is a middle aged woman who died befor...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Harian Palladium Vs Aset Komoditi Usd Isnin 23 Disember 2024

Polis Kuantan Sedang Menyiasat Lelaki Disyaki Lakukan Sumbang Mahram Dengan Anak Sendiri