Pesakit Terpaksa Dirawat Atas Lantai Kerana Kecemasan Katil Penuh Pengarah Hkl


Oleh UtusanTV GAMBAR tular seorang pesakit dirawat di atas lantai di Hospital Kuala Lumpur. HOPITAL Kuala Lumpur (HKL) menjelaskan gambar tular pesakit yang dirawat atas lantai di Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital itu disebabkan katil penuh ketika itu, faktor keselamatan dan pesakit memerlukan rawatan segera.
Pengarah HKL, Datuk Dr Heric Corray berkata, atas faktor itu, pesakit dibaringkan secara mengiring ke kanan untuk mengelakkan air liurnya masuk ke dalam saluran paru-paru yang mana ia akan lebih memberikan risiko lain.
“Pesakit berkenaan dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma secara tiba-tiba dalam keadaan tidak sedarkan diri, tiada denyutan dan tidak bernafas.
“Ketika itu, semua katil digunakan dan pada masa itu didapati lantai mempunyai permukaan rata adalah yang terbaik, maka bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dilakukan serta merta. Bagaimanapun pesakit tidak dapat diselamatkan.
“Oleh kerana sebab kematian tidak dapat dikenal pasti, jenazah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik HKL untuk bedah siasat dan kini menunggu keputusan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
BERITA BERKAITAN Jumlah katil ICU cetus kebimbangan – Dr. Noor Hisham
Sejak semalam, tular gambar banyak hantaran di Facebook mengenai seorang pesakit yang dirawat di atas lantai dan pada masa sama, seorang doktor dipercayai berkhidmat di Jabatan Kecemasan dan Trauma di HKL mendedahkan, mereka tidak lagi mampu untuk menampung pesakit baharu.
Dalam catatan doktor itu di media sosial, beliau menjelaskan, perkara itu berlaku disebabkan bilangan pesakit terlalu ramai sehingga ada yang terpaksa menunggu lama untuk dirawat.
Dr Heric berkata, berhubung gambar pesakit yang didapati terbaring dan dirawat di atas lantai, kes berkenaan dikategorikan kecemasan di mana beliau mengalami sawan dan mempunyai risiko jatuh daripada katil kanvas.
Sementara itu, berhubung isu kekurangan katil pesakit di HKL, beliau berkata, penggunaan katil pada masa ini adalah meningkat berikutan terdapat pertambahan penerimaan kes Covid-19 dan kebanyakan kes adalah pada tahap empat.
“Bagaimanapun, perancangan terhadap pengurusan katil sentiasa diteliti di mana penggunaan katil hanyalah mengikut keperluan semasa dan HKL sudah menangguhkan kes pembedahan elektif sejak Disember lalu.
“Ia bagi memberi keutamaan kepada kes kecemasan yang lebih memerlukan penggunaan katil,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Dalam pada itu, Dr Heric berkata, berkenaan bekalan oksigen di wad, pada masa ini bekalan oksigen sama ada jenis piping atau silinder masih di tahap yang mencukupi.
“Pihak HKL sentiasa menyusuli syarikat pembekal untuk memastikan proses bekalan sentiasa di tahap optimum bagi keperluan oksigen di wad-wad HKL.
“Sekiranya terdapat keperluan bekalan oksigen yang tinggi pada satu-satu masa, bekalan itu akan diambil daripada wad yang kurang penggunaannya dan digunakan di wad yang lebih memerlukan,” katanya.
Katanya, beliau menjelaskan, pengurusan kes pesakit Covid-19 di HKL, ia adalah diselia oleh Pusat Kawalan Bersepadu Covid-19 (UCC) yang mengelola seluruh kes Covid-19 di Selangor dan Kuala Lumpur.
“Melalui aturan daripada UCC, HKL akan menerima rujukan kes kritikal dan kecemasan dari Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor yang sedang menerima kes Tahap 1 sehingga 2 dan juga Tahap 3 sehingga 4 pada masa ini,” katanya.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan, penggunaan katil pada masa ini adalah berada pada tahap sangat tinggi.
“Berkenaan laporan terdapat kekangan kapasiti katil serta petugas yang tidak mencukupi di unit rawatan rapi (ICU), memang penggunaan katil pada masa ini adalah berada pada tahap sangat tinggi,” katanya. – UtusanTV


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/pesakit-terpaksa-dirawat-atas-lantai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penggunaan Katil Di Hospital Di Lembah Klang Lebih 85 Peratus

Penggunaan Katil Di Hospital Di Lembah Klang Lebih 85 Peratus

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 274 hits
KKM laksana langkah afirmatif tangani keadaan luar jangka KUALA LUMPUR Kadar penggunaan katil pesakit termasuk repurpose bed di hospital hospital di Lembah Klang kini melebihi 85 peratus kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba Belia...
Video Setia Jaga Sahabat Terlantar Hingga Akhir Hayat Jiran Katil Sebelah Rakam Amp Hantar Pada Keluarga

Video Setia Jaga Sahabat Terlantar Hingga Akhir Hayat Jiran Katil Sebelah Rakam Amp Hantar Pada Keluarga

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 274 hits
Memiliki sahabat yang ada bersama sama semasa susah dan senang kita merupakan satu rezeki buat kita Bertapa bertuahnya jika anda memiliki sahabat yang sentiasa ada bersama sama sehingga ke hujung nyawa Begitu juga dengan kisah yang dipetik ...
Cara Memohon Bantuan Zakat Kecemasan 3 0

Cara Memohon Bantuan Zakat Kecemasan 3 0

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 321 hits
AssalamualaikumBismillahBantuan Zakat Kecemasan ini merupakan salah satu usaha MAIWP bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan wabak COVID 19 Bantuan diberikan kepada penjaja peniaga kec...
Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup Maipk Sehingga Rm400

Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup Maipk Sehingga Rm400

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 253 hits
Bantuan Kecemasan Kelangsungan Hidup MAIPk Sehingga RM400 ini adalah bantuan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Bantuan ini disasarkan kepada penerima bantuan kewangan bulanan MAIPk dan Ketua Isi Rumah yang terjejas sumber pe...
Tangga Ppr Dipasang Kawat Duri Netizen Tanya Bagaimana Kalau Ada Kecemasan

Tangga Ppr Dipasang Kawat Duri Netizen Tanya Bagaimana Kalau Ada Kecemasan

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 246 hits
Sejak pagi tadi tular di media sosial gambar anggota keselamatan memasang kawad berduri di beberapa bahagian di lobi lif dan tangga Blok C PPR Kampung Baru Air Panas Tindakan itu dilakukan demi untuk memastikan tidak ada sebarang aktivti pe...
India Lulus Penggunaan Kecemasan Vaksin Moderna

India Lulus Penggunaan Kecemasan Vaksin Moderna

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 279 hits
India semalam meluluskan penggunaan kecemasan vaksin Moderna bagi mempertingkat kadar inokulasi susulan lonjakan jangkitan dan kematian akibat COVID 19 Negara memiliki 1 3 bilion penduduk itu dibadai penularan COVID 19 yang dahsyat pada Apr...
8 Aksi Pelakon Bollywood Di Vaksin Dengan Penuh Penghayatan Seperti Dalam Filem

8 Aksi Pelakon Bollywood Di Vaksin Dengan Penuh Penghayatan Seperti Dalam Filem

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 282 hits
Vaksin adalah merupakan antigen iaitu virus yang telah mati Pemberian virus mati ini bukanlah dengan tujuan untuk menyebabkan seseorang itu terkena jangkitan virus akan tetapi dalam bahasa mudahnya ia adalah bertujuan menciptakan antibodi s...
Elyana Sambut Hari Jadi Penuh Kesyukuran

Elyana Sambut Hari Jadi Penuh Kesyukuran

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 258 hits
Elyana sambut hari jadi penuh kesyukuran Sambut hari jadi esok Elyana syukur Allah beri kesihatan semula Kuala Lumpur Penyanyi dan pelakon Elyana Emrizal yang akan meraikan hari lahirnya ke 34 esok mengakui amat bersyukur kerana Allah membe...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin

Ramadan 2025 Malaysia

For Revenge Feat Wira Nagara Kala Luka Berpesta Chord