India Lulus Penggunaan Kecemasan Vaksin Moderna


 India semalam meluluskan penggunaan kecemasan vaksin Moderna bagi mempertingkat kadar inokulasi susulan lonjakan jangkitan dan kematian akibat COVID-19.


Negara memiliki 1.3 bilion penduduk itu dibadai penularan COVID-19 yang dahsyat pada April dan Mei lalu sehingga menghimpit sistem penjagaan kesihatannya ke ambang kegagalan.




Moderna adalah vaksin keempat diluluskan New Delhi, selepas Covishield (Oxford-AstraZeneca) dan Covaxin - yang dibangunkan syarikat farmaseutikal India, Bharat Biotech - serta Sputnik V (Russia).


Ahli badan penasihat kerajaan NITI Aayog, Vinod K Paul, memaklumkan kelulusan penggunaan kecemasan (EUA) diberikan selepas permohonan diterima daripada Moderna melalui rakan kerjasama, Cipla.


"Kelulusan itu - yang pertama kepada vaksin jenis mRNA di India - bakal membuka laluan untuk lebih banyak vaksin buatan luar diimport ke negara ini," katanya pada satu sesi taklimat Kementerian Kesihatan.


Beliau sekali gus memaklumkan, usaha juga sedang giat dilakukan bagi memperoleh vaksin Pfizer dan Johnson & Johnson.


Ketua Eksekutif Moderna, Stephane Bancel, berkata kelulusan diperoleh itu adalah langkah penting dalam usaha global memerangi pandemik COVID-19.


"Kami komited untuk memastikan vaksin COVID-19 yang dihasilkan dapat dibekalkan ke seluruh dunia," katanya dalam satu kenyataan.


Sejumlah kecil dos Sputnik V diimport ke India selepas mendapat kelulusan pada pertengahan April lalu, namun majoriti bekalan vaksin dijangka dihasilkan dalam negara, seperti Covishield dan Covaxin.


Dua bulan lalu, India memaklumkan akan mempercepat kelulusan kepada vaksin dari luar negara yang sudah diberi EUA oleh badan kawal selia utama seperti Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS).



Sebelum ini, Kerajaan India berdepan tekanan hebat daripada pelbagai pihak yang mendesak usaha inokulasi dipertingkat dengan membenarkan pengimportan vaksin buatan luar negara, seperti Pfizer dan Moderna. - AFP


India lulus penggunaan kecemasan vaksin Moderna
Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2021/06/833778/india-lulus-penggunaan-kecemasan-vaksin-moderna


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.simiey.info/2021/06/india-lulus-penggunaan-kecemasan-vaksin.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+simiey/nQtu+(simiey%5Bdot%5Dcom)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Vaksin Astrazeneca Versi India Tidak Diluluskan Eu

Vaksin Astrazeneca Versi India Tidak Diluluskan Eu

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 242 hits
Vaksin AstraZeneca versi India tidak diluluskan EU Vaksin India tidak dibenarkan di Kesatuan Eropah kerana kemungkinan adanya perbezaan dengan yang asli kata pengawal selia ubat Eropah pada semalam Kesatuan Afrika mengadu bahawa EU yang tid...
Ribuan Warga India Ditipu Suntikan Vaksin Covid 19 Palsu Isinya Air Garam

Ribuan Warga India Ditipu Suntikan Vaksin Covid 19 Palsu Isinya Air Garam

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 285 hits
Diperkirakan ada 2 500 orang yang disuntik dengan vaksin air garam itu Pihak penyelenggara mematok harga vaksin untuk tiap korban dan meraup total uang sebesar USD 28 000 atau Rp 405 juta
Tiada Kesan Sampingan Penggunaan Vaksin Pfizer Di Malaysia Kkm

Tiada Kesan Sampingan Penggunaan Vaksin Pfizer Di Malaysia Kkm

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 321 hits
Oleh KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia mengesahkan tiada kesan sampingan berkaitan risiko miokarditis dan perikarditis yang dikaitkan dengan penggunaan vaksin COVID 19 jenis mRNA di negara ini Pada masa ini hanya satu jenis vaksin mRNA dilulus...
Myvac 2021 Pendaftaran Sukarelawan Vaksin Covid 19 Online

Myvac 2021 Pendaftaran Sukarelawan Vaksin Covid 19 Online

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 377 hits
MyVac 2021 Anda boleh daftar sebagai sukarelawan vaksin Covid 19 secara atas talian online dengan mudah dan cepat Dari proses pendaftaran sehinggalah ke proses menjalani kuiz kelulusan hanya di atas talian Sukarelawan juga akan diberikan el...
Terbitkan Berita Palsu Mengenai Vaksin Doktor Didenda Rm5000

Terbitkan Berita Palsu Mengenai Vaksin Doktor Didenda Rm5000

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 215 hits
Terbitkan berita palsu mengenai vaksin doktor didenda RM5000 Seorang doktor perubatan didenda RM5 000 oleh Mahkamah Sesyen Kangar kerana menghasilkan penerbitan mengandungi berita tidak benar mengenai vaksin Sinovac April lalu Jamnul Azhar ...
Kaunter Pendaftaran Vaksin Di Masjid Mudahkan Urusan

Kaunter Pendaftaran Vaksin Di Masjid Mudahkan Urusan

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 344 hits
Ada penduduk hadapi kekangan daftar menerusi aplikasi MySejahtera KOTA BHARU Inisiatif pendaftaran suntikan vaksin COVID 19 di Masjid Saadatul Ikhwan Kampung Penambang di sini memberi kemudahan kepada penduduk setempat yang menghadapi kekan...
Bio Farma Stok Vaksin Mampu Penuhi Target 1 Juta Vaksinasi Per Hari

Bio Farma Stok Vaksin Mampu Penuhi Target 1 Juta Vaksinasi Per Hari

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 222 hits
Bambang mengatakan pemerintah dan produsen Sinovac sudah berkomitmen untuk mendatangkan 260 juta dosis vaksin ke Indonesia Termasuk 11 juta dosis vaksin AstraZeneca dari jalur multilateral dengan Covax facility 50 juta dosis vaksin AstraZen...
Hiburan Saya Takut Jarum Tapi Tiara Jacquelina Minta Rakyat Tak Bazirkan Dos Vaksin

Hiburan Saya Takut Jarum Tapi Tiara Jacquelina Minta Rakyat Tak Bazirkan Dos Vaksin

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 222 hits
Pelakon dan penerbit berprofil tinggi Puan Sri Tiara Jacquelina berkongsi sebuah video hantaran di akaun Instagramnya dimana beliau sedang mendapatkan suntikan vaksin COVID 19 AdvertisementMenurut Tiara beliau seseorang yang amat takut deng...
Memang Kegagalan Lewat Mendapatkan Vaksin Menjadi Buah Mulut Satu Dunia

Memang Kegagalan Lewat Mendapatkan Vaksin Menjadi Buah Mulut Satu Dunia

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 185 hits
MOHD MUKHLIS MOHD SYARIFFTanda Kejayaan Kerajaan PN Ikut Neraca Annuar Musa ialah bila Larangpun dia buat dia tidak takut siap bagi justifikasi nak guna polis lagi Cumanya nak tanya rumah tak ada cermin ke Mana tahu tak mampu beli sebab tu ...
Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


China Strolling Around Green Lake Park

Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient

Selamat Datang 2025

Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik