Pesakit Kategori 3 4 5 Cenderung Kena Long Covid


Kajian menunjukkan vaksin mampu mencegah sindrom Long Covid buat pesakit yang dijangkiti virus tersebut. - New York Times

KUALA LUMPUR: Tahap keseriusan individu yang dijangkiti COVID-19, umur dan komorbiditi adalah antara faktor yang mempengaruhi sama ada pesakit wabak itu akan mendapat kesan jangka panjang atau long COVID.

Pakar Perubatan Kesihatan Masyarakat Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh, berkata meskipun tidak banyak maklumat diketahui berkenaan long COVID, tiga faktor berkenaan dilihat berperanan menyebabkan pesakit COVID-19 masih bergejala selepas dibenarkan keluar daripada hospital.


Katanya, pesakit yang menghidap COVID-19 kategori tiga hingga lima dilihat lebih cenderung menderita long COVID, yang boleh berpanjang antara empat minggu hingga enam bulan atau setahun.

"Long COVID berlaku apabila virus itu menyebabkan keradangan pada organ dalaman seperti paru-paru, jantung dan buah pinggang, hingga organ berkenaan mengalami kerosakan.



"Ini menyebabkan seseorang pesakit tidak benar-benar sembuh walaupun sudah dibenarkan keluar daripada hospital kerana organ yang terkesan tidak dapat berfungsi seperti biasa, dan ia mengambil masa yang lama untuk pulih. "Malah, ada kemungkinan organ yang terkesan dengan virus COVID-19 tidak dapat pulih sepenuhnya seperti sebelum dijangkiti virus berkenaan, sekali gus pesakit akan mengalami gejala long COVID selain berisiko meninggal dunia," katanya kepada BH, hari ini.


Rabu lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat memaklumkan, seramai 12,654 pesakit COVID-19 dikesan menghidap long COVID dan diberi rawatan susulan di fasiliti kesihatan.

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lima gejala utama Long COVID yang dihadapi pesakit terbabit iaitu kelesuan, sesak nafas apabila melakukan aktiviti tertentu, batuk, kesukaran tidur dan keresahan.

Ahad lalu, media melaporkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Ramlan Abdul Razak, 59, meninggal dunia akibat long COVID.

Long COVID adalah keadaan pesakit, di mana gejala dan tanda COVID-19 dihidapi melebihi tempoh empat minggu.

Ia merangkumi dua tahap iaitu gejala berterusan COVID-19 bagi pesakit yang bergejala dalam tempoh empat hingga 12 minggu serta sindrom pasca COVID-19 iaitu pesakit yang bergejala melebihi 12 minggu dan dan tidak dapat dikaitkan dengan diagnosis alternatif yang lain.

Dr Sharifa Ezat berkata, pesakit COVID-19 yang berusia juga dilihat cenderung untuk mendapat long COVID kerana faktor keupayaan organ yang semakin lemah.

Selain itu, katanya, pesakit COVID-19 dengan komorbiditi, iaitu memiliki beberapa penyakit lain seperti masalah jantung dan buah pinggang, juga berisiko menghidap kesan jangka panjang virus itu.

"Long COVID ini membimbangkan kerana ia menyebabkan pesakit yang sepatutnya sudah sembuh, tidak dapat kembali meneruskan kehidupan seperti biasa, khususnya jika individu itu melakukan pekerjaan berat.


"Saya harap majikan turut mengambil kira faktor long COVID jika ada pekerja mereka pernah dijangkiti virus ini, dan tidak memandang ringan jika pekerja itu perlukan lebih banyak rehat," katanya.

Ditanya mengenai kaedah bagi seseorang pesakit mengelak daripada long COVID, Dr Sharifa Ezat berkata, buat masa ini belum ada kaedah untuk memastikan seseorang itu boleh bebas daripada kesan jangka panjang berkenaan.

"Setakat ini, belum ada maklumat terperinci dan jelas bagaimana pesakit tidak menghidap long COVID dan sebaliknya. Cara terbaik ketika ini adalah kuatkan imuniti tubuh badan melalui vaksin bagi mengelak menghidap COVID-19 yang serius jika dijangkiti.

"Oleh demikian, kita menggesa semua orang termasuk kanak-kanak untuk segera divaksin kerana long COVID juga boleh dialami oleh kanak-kanak," katanya.

SOURCE: Berita Harian

Kongsikan artikel ini: ***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/09/pesakit-kategori-3-4-5-cenderung-kena.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hospital Pulau Pinang Hampir Lumpuh Pesakit Covid 19 Meningkat

Hospital Pulau Pinang Hampir Lumpuh Pesakit Covid 19 Meningkat

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 415 hits
SHAH ALAM Kerajaan Persekutuan digesa supaya menyalurkan bantuan kepada Hospital Pulau Pinang yang sedang menghadapi isu peningkatan kemasukan pesakit Covid 19 Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata perkhidmatan sokongan kesihatan di hos...
Petai Petai Petai 10 5 Hinggit Saja Idea Nak Jaga Dan Ambik Tahu Pesakit Covid Kelaut

Petai Petai Petai 10 5 Hinggit Saja Idea Nak Jaga Dan Ambik Tahu Pesakit Covid Kelaut

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 243 hits
Saat dikecam teruk menantu Hadi promosi petaiSeptember 5 2021 PETAI Sumber MAKANAN ANTIBIOTIK SemulajadiPetai adalah biasa digunakan oleh masyarakat Orang Asli di Malaysia untuk merawat masalah jangkitan kuman pada saluran kencingKajian jug...
Hiburan Ada Hikmah Saya Terkandas Di Brunei Takut Baca Kisah Pesakit Covid 19 Nina Iskandar

Hiburan Ada Hikmah Saya Terkandas Di Brunei Takut Baca Kisah Pesakit Covid 19 Nina Iskandar

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 405 hits
Jauh di sudut hati kerinduan pelakon Nina Iskandar 30 pulang ke Malaysia cukup membuak buak selepas terkandas di negara kelahirannya Brunei Darussalam selepas melahirkan cahaya mata sulung Muhammad Aaryan ar Rizqin pada Disember 2019 ARTIKE...
95 1 Kes Baharu Covid 19 Di Sabah Kategori 1 2 Masidi

95 1 Kes Baharu Covid 19 Di Sabah Kategori 1 2 Masidi

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 276 hits
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun KOTA KINABALU Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata 95 1 daripada jumlah keseluruhan kes baharu di negeri itu adalah dalam kategori satu dan dua Katanya dar...
Takiyuddin Kontak Rapat Pesakit Covid 19 Jalani Kuarantin Kendiri Di Rumah

Takiyuddin Kontak Rapat Pesakit Covid 19 Jalani Kuarantin Kendiri Di Rumah

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 221 hits
Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan mengesahkan dia kini sedang menjalani kuarantin kendiri di kediamannya setelah disahkan sebagai kontak rapat kepada individu positif Covid 19 Menerusi kenyataan hari ini dia memaklumkan bagai...
Kemas Kini 20 201 Pesakit Covid 19 Sembuh Hari Ini

Kemas Kini 20 201 Pesakit Covid 19 Sembuh Hari Ini

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 175 hits
AGENDA DAILY Data 6 September 2021 Kementerian Kesihatan memaklumkan seramai 272 pesakit Covid 19 termasuk 45 rakyat asing meninggal dunia dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hati tadi turun berbanding 336 kematian yang dilaporkan semala...
Tiada Elemen Paksaan Pengislaman Pesakit Covid 19 Di Hospital Duchess Of Kent Sandakan

Tiada Elemen Paksaan Pengislaman Pesakit Covid 19 Di Hospital Duchess Of Kent Sandakan

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 447 hits
Laimi Tinggi Nur Laila Abdullah bersama keluarganya Foto ihsan keluarga Firdaus Abdullah Ikuti kami di Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah klik Wanita tular masuk Islam semakin sembuh COVID 19 SANDAKAN Wanita yang videonya tular meme...
Pesakit Covid 19 Gembira Peluk Islam Di Katil Hospital Aku Sudah Sah Islam

Pesakit Covid 19 Gembira Peluk Islam Di Katil Hospital Aku Sudah Sah Islam

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 312 hits
Pesakit COVID 19 Gembira Peluk Islam Di Katil Hospital Aku Sudah Sah Islam SANDAKAN Seorang pesakit COVID 19 yang memeluk Islam di katil hospital tempatnya menerima rawatan melahirkan kegembiraan dengan agama baharunya itu Aku sudah sah Isl...
Menu Day 2 Untuk Pesakit Covid 19 Dan Yang Kuarantin

Menu Day 2 Untuk Pesakit Covid 19 Dan Yang Kuarantin

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 401 hits
MENU DAY 2 UNTUK PESAKIT COVID 19 DAN YANG KUARANTIN Hari kedua 17 9 2021 daddy dah tak ada demam dah tapi oleh kerana kami covid 19 masih ada dan di kehendaki kuarantin 10 hari Maka kita akur MENU DAY 2 UNTUK PESAKIT COVID 19 DAN YANG KUAR...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt