Perutusan Yab Tun Dr Mahathir Mohamad Kepada Malaysia



Perutusan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad Kepada Malaysia
Terkesan aku membaca perutusan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad kepada rakyat Malaysia selepas beliau meletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh. Aku bayangkan kalau lah beliau ni ayah aku, di usia emas begini beliau masih teguh berdiri berjuang dan membanting tenaga berkhidmat untuk negara.

Di satu sudut ada yang menyokong dan tak kurang juga ramai yang membangkang. Aku menulis bukan sebagai rakyat yang faham tentang politik, tapi lebih kepada rakyat yang mahu kedamaian dan hidup muafakat.

Sengaja aku catitkan dalam blog ini sebagai satu tanda bahawa aku juga peduli tentang Negara tercinta Malaysia. Menjadi sebahagian sejarah yang pertama kali berlaku dalam Malaysia. Kelemahan negara tapi dalam masa yang sama memperlihatkan kepentingan sistem beraja. Daulat Tuanku. 



Perutusan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad
1. Terlebih dahulu izinkan saya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana keadaan politik Negara yang agak kucar-kacir dan mungkin menimbulkan keresahan dikalangan tuan- tuan dan puan-puan.

2. Seperti umum ketahui, saya telah menyerah surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7 kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong.

3. Walaubagaimanapun, saya telah dipanggil mengadap Yang diPertuan Agong kemudiannya, dan setelah berbincang selama lebih satu jam, Tuanku telah bersetuju menerima surat peletakan jawatan saya dan setelah itu menitah saya supaya menjadi Perdana Menteri Interim.

4. Ada banyak sebab mengapa saya meletak jawatan tetapi cukuplah saya katakan bahawa saya merasa kononnya mendapat sokongan dari semua pihak sehingga saya tidak dapat memilih pihak mana yang saya pilih.

5. Selain itu, terdapat juga tuduhan bahawa saya tidak berniat untuk melepas jawatan dan gila kuasa.

6. Maka saya letak jawatan kerana saya tidak melihat kuasa dan jawatan itu sebagai “be all and end all” adalah matlamat saya. Bagi saya kuasa dan kedudukan itu adalah “a means to an end” ataupun satu alat untuk mencapai objektif. Dan objektif kita semua tentulah untuk kebaikan negara.

7. Kerana itu saya meletak jawatan kerana bagi saya ternampak bahawa bagi orang politik yang terpenting ialah parti mana yang memerintah, sama ada yang kalah atau yang menang.

8. Sebenarnya saya telah janji akan letak jawatan untuk memberi peluang kepada Dewan Rakyat menentukan siapa yang akan mengganti saya. Jika benarah saya masih disokong saya akan kembali. Jika tidak saya akan terima siapa sahaja yang dipilih.

9. Jadi peluang untuk menukar kepimpinan memang ada. Hanya saya berpendapat oleh kerana saya disokong oleh kedua-dua pihak, masa untuk saya letak jawatan belum tiba.

10. Saya minta diberi masa. Tetapi parti saya BERSATU memutuskan untuk keluar dari Pakatan Harapan. Ada juga ahli dari parti komponen lain yang akan keluar. Dengan perlakuan ini Kerajaan Pakatan Harapan akan gugur.

11. Kesannya jika BERSATU sokong PAS dan UMNO maka parti-parti yang kalahlah yang akan diri Kerajaan. Kerajaan ini akan didominasi oleh UMNO sebagai parti yang terbesar.

12. Saya sanggup terima ahli UMNO yang keluar UMNO dan menyertai parti lain. Tetapi UMNO akan sertai Kerajaan campuran ini sebagai Parti UMNO. Ini tidak dapat diterima oleh saya. Maka terpaksalah saya letak jawatan.

13. Sebagai manusia biasa saya tidak sunyi dari melaku kesilapan. Saya pohon maaf jika peletakan jawatan oleh saya adalah salah.

14. Yang diPertuan Agong bertitah supaya saya dilantik sebagai Perdana Menteri sementara. Saya sedar apa juga yang dilakukan oleh saya sekarang akan ditentang dan ditolak oleh ramai, tetapi mungkin ada yang menyokong. Saya tidak cari untuk disukai ramai. Saya hanyalah membuat sesuatu saya anggap baik bagi negara.

15. Politik, orang politik dan parti politik terlalu utama politik sehingga lupa negara menghadapi masalah ekonomi dan kesihatan yang mengancam negara.

16. Saya berpendapat betul atau tidak, politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang. Jika dibenar saya akan cuba adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti. Hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan.

17. Jika diizin inilah yang akan saya cuba.

18. Saya berdoa dan saya pohon kepada Allah SWT saya diberi petunjuk dalam usaha ini.
Kesimpulan

Kesimpulan
Siapa pun yang menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas ini harapnya beliau mampu mentadbir negara sebaiknya. Kita tak pernah berada di tempat mereka, mungkin senang bagi kita yang dibawah ini berbicara tapi tak semudah mereka yang berada di atas. Semoga Negara Malaysia yang tercinta terus menerus dilimpahkan kurnia, sentiasa aman dan bebas dari segala bahaya. Saya Sayang Negara Saya!



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2020/02/perutusan-yab-tun-dr-mahathir-mohamad.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Dan Teks Penuh Perutusan Khas Tun Mahathir Mohamad Perdana Menteri Interim Malaysia

Video Dan Teks Penuh Perutusan Khas Tun Mahathir Mohamad Perdana Menteri Interim Malaysia

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 947 hits
Sedia maklum bahawa Tun Mahathir Mohamad yang sebelum ini telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ke 7 Malaysia telah dilantik oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong sebagai Perdana Menteri Interim Malaysia Perlantikan ter...
Perutusan Khas Tun Dr Mahathir Mohamad 26 Februari 2020

Perutusan Khas Tun Dr Mahathir Mohamad 26 Februari 2020

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 317 hits
Perutusan Khas Tun Dr Mahathir Mohamad 26 Februari 2020Sumber video RTMTranskrip ucapan 1 Terlebih dahulu izinkan saya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana keadaan politik Negara yang agak kucar kacir dan mungkin menimbulkan ker...
Teks Penuh Perutusan Khas Yab Tun Dr Mahathir

Teks Penuh Perutusan Khas Yab Tun Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 271 hits
Setelah beberapa hari berdiam diri Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini muncul dikaca TV memberi satu perutusan penting buat kali pertama setelah dilantik Perdana Menteri Interim pada 24 Februari lalu Antara ucapannya Se...
Tun Dr Mahathir Mohamad Tiba Di Pejabat Perdana Menteri

Tun Dr Mahathir Mohamad Tiba Di Pejabat Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 414 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di bangunan Putra Perdana sebentar tadi Kenderaan rasmi yang membawa Dr Mahathir memasuki bangunan itu jam 9 29 selepas 10 minit dilapor keluar dari rumahnya di Seri Kembangan D...
Surat Terbuka Untuk Tun Dr Mahathir Mohamad

Surat Terbuka Untuk Tun Dr Mahathir Mohamad

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 329 hits
Oleh Husam Musa MALAYSIA TIDAK BOLEH BERGANTUNG KEPADA PEMIMPIN TUNGGAL DEMI MASA DEPANNYAYAB Tun Muhammad itu tidak lain hanya se orang Rasul Sebelumnya telah ada Rasul Rasul yang lain Jika sekiranya Baginda meninggal atau dibunuh adakah k...
Tun Mahathir Letak Jawatan Perdana Menteri Malaysia

Tun Mahathir Letak Jawatan Perdana Menteri Malaysia

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 615 hits
Pejabat Perdana Menteri mengesahkan Tun Mahathir Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai perdana menteri yang telah dihantar kepada Yang di Pertuan Agong pada jam 1 tengahari kata pejabatnya dalam satu kenyataan media Sebel...
Jika Tun Dr Mahathir Perdana Menteri Malaysia Pertama 9776

Jika Tun Dr Mahathir Perdana Menteri Malaysia Pertama 9776

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 721 hits
Moga Allah ampuninya rahmatinya maafkannya muliakan kematiannya lapangkan kuburnya jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang orang yang ber...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik