Perutusan Khas Tun Dr Mahathir Mohamad 26 Februari 2020




Perutusan Khas Tun Dr Mahathir Mohamad | 26 Februari 2020
Sumber video: RTM

Transkrip ucapan:

1. Terlebih dahulu izinkan saya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana keadaan politik Negara yang agak kucar-kacir dan mungkin menimbulkan keresahan dikalangan tuan- tuan dan puan-puan.

2. Seperti umum ketahui, saya telah menyerah surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri ke-7 kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong.

3. Walaubagaimanapun, saya telah dipanggil mengadap Yang diPertuan Agong kemudiannya, dan setelah berbincang selama lebih satu jam, Tuanku telah bersetuju menerima surat peletakan jawatan saya dan setelah itu menitah saya supaya menjadi Perdana Menteri Interim.

4. Ada banyak sebab mengapa saya meletak jawatan tetapi cukuplah saya katakan bahawa saya merasa kononnya mendapat sokongan dari semua pihak sehingga saya tidak dapat memilih pihak mana yang saya pilih.

5. Selain itu, terdapat juga tuduhan bahawa saya tidak berniat untuk melepas jawatan dan gila kuasa.

6. Maka saya letak jawatan kerana saya tidak melihat kuasa dan jawatan itu sebagai “be all and end all” adalah matlamat saya. Bagi saya kuasa dan kedudukan itu adalah “a means to an end” ataupun satu alat untuk mencapai objektif. Dan objektif kita semua tentulah untuk kebaikan negara.

7. Kerana itu saya meletak jawatan kerana bagi saya ternampak bahawa bagi orang politik yang terpenting ialah parti mana yang memerintah, sama ada yang kalah atau yang menang.

8. Sebenarnya saya telah janji akan letak jawatan untuk memberi peluang kepada Dewan Rakyat menentukan siapa yang akan mengganti saya. Jika benarlah saya masih disokong saya akan kembali. Jika tidak saya akan terima siapa sahaja yang dipilih.

9. Jadi peluang untuk menukar kepimpinan memang ada. Hanya saya berpendapat oleh kerana saya disokong oleh kedua-dua pihak, masa untuk saya letak jawatan belum tiba.

10. Saya minta diberi masa. Tetapi parti saya BERSATU memutuskan untuk keluar dari Pakatan Harapan. Ada juga ahli dari parti komponen lain yang akan keluar. Dengan perlakuan ini Kerajaan Pakatan Harapan akan gugur.

11. Kesannya jika BERSATU sokong PAS dan UMNO maka parti-parti yang kalahlah yang akan diri Kerajaan. Kerajaan ini akan didominasi oleh UMNO sebagai parti yang terbesar.

12. Saya sanggup terima ahli UMNO yang keluar UMNO dan menyertai parti lain. Tetapi UMNO akan sertai Kerajaan campuran ini sebagai Parti UMNO. Ini tidak dapat diterima oleh saya. Maka terpaksalah saya letak jawatan.

13. Sebagai manusia biasa saya tidak sunyi dari melaku kesilapan. Saya pohon maaf jika peletakan jawatan oleh saya adalah salah.

14. Yang diPertuan Agong bertitah supaya saya dilantik sebagai Perdana Menteri sementara. Saya sedar apa juga yang dilakukan oleh saya sekarang akan ditentang dan ditolak oleh ramai, tetapi mungkin ada yang menyokong. Saya tidak cari untuk disukai ramai. Saya hanyalah membuat sesuatu saya anggap baik bagi negara.

15. Politik, orang politik dan parti politik terlalu utama politik sehingga lupa negara menghadapi masalah ekonomi dan kesihatan yang mengancam negara.

16. Saya berpendapat betul atau tidak, politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang. Jika dibenar saya akan cuba adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti. Hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan.

17. Jika diizin inilah yang akan saya cuba.

18. Saya berdoa dan saya pohon kepada Allah SWT saya diberi petunjuk dalam usaha ini.

Sumber teks: Harian Metro


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.yunfila.com/2020/02/perutusan-khas-tun-dr-mahathir-mohamad.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Dan Teks Penuh Perutusan Khas Tun Mahathir Mohamad Perdana Menteri Interim Malaysia

Video Dan Teks Penuh Perutusan Khas Tun Mahathir Mohamad Perdana Menteri Interim Malaysia

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 942 hits
Sedia maklum bahawa Tun Mahathir Mohamad yang sebelum ini telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ke 7 Malaysia telah dilantik oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong sebagai Perdana Menteri Interim Malaysia Perlantikan ter...
Perutusan Yab Tun Dr Mahathir Mohamad Kepada Malaysia

Perutusan Yab Tun Dr Mahathir Mohamad Kepada Malaysia

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 333 hits
Perutusan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad Kepada MalaysiaTerkesan aku membaca perutusan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad kepada rakyat Malaysia selepas beliau meletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh Aku bayangkan kalau lah be...
Teks Penuh Perutusan Khas Yab Tun Dr Mahathir

Teks Penuh Perutusan Khas Yab Tun Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 264 hits
Setelah beberapa hari berdiam diri Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini muncul dikaca TV memberi satu perutusan penting buat kali pertama setelah dilantik Perdana Menteri Interim pada 24 Februari lalu Antara ucapannya Se...
Tun Dr Mahathir S Full Speech Text During 26 February 2020 Special Address To The Nation

Tun Dr Mahathir S Full Speech Text During 26 February 2020 Special Address To The Nation

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 320 hits
Firstly I wish to apologise to all Malaysians over the country s rather chaotic political situation which may have caused consternation among you As we all know I had submitted my resignation letter as the 7th Prime Minister to the Yang di ...
Agong Lantik Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri Interim

Agong Lantik Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri Interim

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 531 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri interim sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu TUN Dr Mahathir Mohamad dilantik Perdana Menteri Interim TUN Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri int...
Surat Terbuka Untuk Tun Dr Mahathir Mohamad

Surat Terbuka Untuk Tun Dr Mahathir Mohamad

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 322 hits
Oleh Husam Musa MALAYSIA TIDAK BOLEH BERGANTUNG KEPADA PEMIMPIN TUNGGAL DEMI MASA DEPANNYAYAB Tun Muhammad itu tidak lain hanya se orang Rasul Sebelumnya telah ada Rasul Rasul yang lain Jika sekiranya Baginda meninggal atau dibunuh adakah k...
Tun Dr Mahathir Mohamad Tiba Di Pejabat Perdana Menteri

Tun Dr Mahathir Mohamad Tiba Di Pejabat Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 407 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di bangunan Putra Perdana sebentar tadi Kenderaan rasmi yang membawa Dr Mahathir memasuki bangunan itu jam 9 29 selepas 10 minit dilapor keluar dari rumahnya di Seri Kembangan D...
Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Saka Bapak Kau

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024


Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Bertolak Ansurlah

Loyalty

Lava789