Perut Lapar Apa Bantuan Kerajaan Pn



Via WhatsApp
Kita baru masuk hari ke tujuh Perintah Kawalan Pergerakan.
Namun jelas nampak emosi kita semua sedang tertekan. Mula keresahan, mula ketakutan, mula memikirkan yang bukan-bukan.
Sangat ramai mula kehabisan simpanan yang seciput cuma. Terutama jenis yang kerja sendiri, yang bergaji hari atau minggu.
Dan sepanjang tempoh ini, mereka kehilangan 100% pendapatan mereka. Bagaimana mereka akan terus bertahan dalam keadaan makin tertekan?
Duit habis, barang dapur habis. Nak keluar cari duit tak boleh. Nak kerja tak boleh. Anak menangis kelaparan, pampers sekarang bukan keutamaan.
Namun beras? Namun susu? Namun lauk pauk? Namun bil yang datang? Sewa rumah? Ansuran kenderaan?
Kerisauan, keresahan dan kegusaran mereka yang tak punya apa-apa sedangkan banyak mulut menanti untuk disuap ini tidak terungkap kata-kata.
Kelaparan. Kemiskinan. Kesempitan. Membuat akal hampir hilang kewarasan. Hingga dah ada yang mula mencuri.
Bukan mereka suka mencuri. Bukan. Namun mereka sangat terdesak.
Teringat masa Kelantan dilanda bah besar pada tahun 2014 dahulu.
Lori-lori yang membawa bekalan barangan makanan disekat ditengah jalan. Mereka keluar dengan pedang, dengan cangkul, dengan senjata dan berkata,
“Jangan risau. Kami tak akan mengapa-apakan kamu. Kami takkan ambil duit kamu. Telefon kamu. Lori kamu. Kami cuma nakkan makanan sahaja. Minta maaf, kami terpaksa.”
Dan hari ini, dah mula berlaku peristiwa hampir sama. Orang yang kesempitan sanggup mencuri demi sekampit beras.
Kita tidak ditempat mereka. Kita bukan ketua keluarga yang anak menangis tak henti-henti kelaparan. Isteri murung dan tak nak bercakap akibat tiada apa untuk dimasak. Apa lagi jika mereka turut menanggung ibubapa yang stroke atau tidak sihat.
Maka kewarasan mereka hilang. Demi orang yang paling mereka kasihi, mereka sanggup lakukan apa saja. Apa saja. Apa saja.
Sekarang peranan paling besar pada aku ialah pusat zakat dan masjid-masjid di setiap kampung.
Keluarkan tabungan masjid dan bantu ahli kariah masing-masing. Usah diperam lagi dana berpuluh ribu atau beratus ribu itu.
Tapi sedihnya, kawan aku baru berkata. Dia mengajukan pandangan yang sama dengan aku pada ahli masjid kampungnya. Jawapan yang diterima,
“Tak boleh. Itu orang derma untuk masjid. Bukan untuk beli beras dan agih.”
Allahu. Dananya hampir seratus ribu. Diperam dan terus diperam dengan alasan yang sama.
Bila lagi nak diguna? Masa inilah saat yang paling getir.
Aku pasti yang tengah tersepit sekarang ini pun ada sumbang duit mereka dalam tabung masjid walau seringgit cuma.
Masjid ada di setiap kampung. Dan ajk masjid mengenali siapa orang miskin dan sangat patut dibantu. Saat ini saat terbaik untuk menggunakan sebahagian dari dana masjid untuk ahli kariah masing-masing demi sesuap nasi untuk keluarga mereka.
Ramai orang susah. Dan kesusahan ini mungkin berlarutan berminggu-minggu bahkan berbulan lagi.
Dan kepada kawan-kawan yang ada rezeki dan simpanan lebih, bantu adik-beradik kalian, saudara mara kalian dan sahabat handai kalian dahulu sebelum salurkan bantuan kepada mana-mana NGO atau pertubuhan.
Itu yang lebih penting dan utama.
Kecik hati adik-beradik atau saudara mara jika kalian yang kaya derma sampai beribu untuk tabung luar sedangkan mereka sendiri makan nasi berlaukkan kicap masin sahaja.
Sama-sama kita cakna dan ambil peduli. Ujian ini turut sama menguji samada hati kita masih hidup atau pun sudah mati.
#StayAtHome.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/26845

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Minta Kerajaan Pahang Percepat Bayar Bantuan Am Bulanan

Minta Kerajaan Pahang Percepat Bayar Bantuan Am Bulanan

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 538 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang diminta mempercepatkan Bayaran Bantuan Am Bulanan kepada 2 895 penerima sekiranya penularan koronavirus berpanjangan Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang Haslihelmy DM Zulhasli berkata penyaluran bantuan itu akan me...
Saya Artis Sendu Tapi Tak Minta Bantuan Kerajaan

Saya Artis Sendu Tapi Tak Minta Bantuan Kerajaan

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 458 hits
Susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan hangat diperkatakan apabila ada segelintir artis dilihat memohon bantuan daripada kerajaan ekoran periuk nasi mereka terjejas The post appeared first on
Bukan Untuk Kami Untuk Pihak Lain Shuib Sepahtu Beri Penjelasan Isu Artis Minta Bantuan Kerajaan

Bukan Untuk Kami Untuk Pihak Lain Shuib Sepahtu Beri Penjelasan Isu Artis Minta Bantuan Kerajaan

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 435 hits
SELEPAS kerajaan mengumumkan tentang Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat baru baru ini terdapat desas desus dari sebilangan artis yang menyatakan bahawa golongan selebriti seperti mereka juga harus dibantu Permintaan itu ternyata menim...
Tak Minta Bantuan Kerajaan Adam Shahz Jadi Frontliner Bantu Negara

Tak Minta Bantuan Kerajaan Adam Shahz Jadi Frontliner Bantu Negara

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 265 hits
Minggu ini hangat diperkatakan mengenai isu beberapa artis yang meluahkan pendapat mengenai penggiat seni terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakkan Perkara itu menimbulkan The post appeared first on
Covid 19 Bantuan Kakitangan Awam Dan Pesara Kerajaan

Covid 19 Bantuan Kakitangan Awam Dan Pesara Kerajaan

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 358 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan akan memberikan bantuan tunai RM500 secara one off kepada lebih 1 5 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk pekerja kontrak serta 850 000 pesara perkhidmatan awam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ...
Artis Pun Rakyat Malaysia Mungkin Kerajaan Boleh Bagi Bantuan Khusus

Artis Pun Rakyat Malaysia Mungkin Kerajaan Boleh Bagi Bantuan Khusus

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 426 hits
Sejak beberapa hari ini hangat diperkatakan apabila ada beberapa selebriti meluahkan pendapat mengenai nasib artis susulan lajutan Perintah Kawalan Pergerakan di mana periuk nasi mereka terjejas kerana tiada kerja Perkara itu turut mendapat...
Pemimpin Dap Melampau Tuduh Kerajaan Tak Telus Agih Bantuan

Pemimpin Dap Melampau Tuduh Kerajaan Tak Telus Agih Bantuan

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 170 hits
Adakah beliau telah beri sumbangan guna saluran Pusat Khidmat BANGI Pemimpin parti tamak haloba DAP Liow Cai Tung kelihatan sangat melampau apabila menuduh kerajaan Malaysia tidak cekap dan tidak telus dalam mengedarkan makanan dan keperlua...
Penduduk Dun Semambu Teruntum Terima Bantuan Kerajaan

Penduduk Dun Semambu Teruntum Terima Bantuan Kerajaan

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 368 hits
KUANTAN Sebanyak 20 keluarga di Dewan Undangan Negeri Teruntum dan 15 keluarga di DUN Semambu menerima bantuan pek keperluan dapur dan makanan hari ini Mereka terdiri daripada ketua keluarga dan warga emas yang rata ratanya tidak mempunyai ...
Hiburan Mamat Khalid Tempelak Artis Minta Bantuan Kerajaan

Hiburan Mamat Khalid Tempelak Artis Minta Bantuan Kerajaan

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 476 hits
Sejak minggu lalu ramai artis yang begitu lantang bersuara meminta pihak kerajaan memberikan mereka bantuan khusus akibat pendapatan terjejas dek Perintah Kawalan Pergerakan Bagaimanapun ada juga perbalahan di kalangan selebriti sendiri yan...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah