Perut Buncit Ooo No Punca Dan Cara Nak Atasi Perut Buncit Ni


Sebelum ni dah berapa orang tegur, k.fiezz 'mengandung ke?'. Bila orang tanya macam tu k.fiezz 'aamiin' kan je. Tapi bila mr hubby yang tegur, sis sentap. haha. Terus tengok depan cermin, buncit sangat ke perut k.fiezz ni?Bila belek depan cermin, 'yaaa k.fiezz admit memang nampak kebuncitan itu'. Adeh. Kenapa yea perut buncit?Yang k.fiezz tahu antara punca perut buncit ni k.fiezz tak control pengambilan makanan/minuman manis. Air manis memang k.fiezz kurang tapi makanan manis, favourite. Adeh. Kalau yang rajin masuk ke blog k.fiezz ni, mesti selalu baca k.fiezz suka review kek-kek yang k.fiezz beli kat orang flat. Habis je beli, habis je beli. Hah, sekali mendapat lah hasil dia bila orang duk tegur macam mengandung. 
PUNCA PERUT BUNCITPunca perut buncit ni disebabkan lemak degil sekitar kawasan abdomen. Lemak degil ni boleh menyebabkan penyakit diabetes, hati, jantung, PCOS. Tambahan pula dengan cara pengambilan makanan yang tak seimbang dan kurang bersenam antara punca terjadinya perut buncit. Perut buncit ni makan masa nak jadi tapi bila nak kempiskan,  memang bukan sekali petik terus kempis. Tu lah masa makan tak ingat. Sedap je melantak. Badan kurus lah katakan. Memang sedap lah kan makan segala macam makanan  manis. Bila dah buncit, mr hubby tegur. Sentap. haha. Rasain. 
Benornya k.fiezz ni dalam kategori yang ada masalah PCOS. Ikutkan memang kena control makan/minum manis-manis untuk pesakot PCOS. Tapi ku belasah je. Itu yang rasanya antara faktor k.fiezz susah nak pregnant. Eh ada orang melantak minum Starbuck hari-hari, mengandung je. Hah, lain orang lain badannya. Tak sama yea. Orang yang minum air manis hari-hari, tak ada masalah kesihatan jadi tak ada masalah untuk dia. Tapi untuk orang yang ada masalah PCOS macam k.fiezz ni, tak boleh bantai semua makanan/minuman manis-manis ni. Kena control. Tapi kita manusia biasa, sentiasa kalah dengan nafsu. Terutama nafsu makan. hehe. 
Kena start diet minum/makan manis-manis ni. Adeh. Dah lah exercise malas. Aiyakkk..Lagi lah menambah lemak-lemak kat perut comel ni..haha..
So apa lagi punca perut buncit ni. Jomsss tengok...
Gambar - Mr Google

Angin atau Gas yang menjadi punca utama perut buncit. Angin yang terhasil dari saluran pencernaan bila makan tidak dicerna dengan elok. Biasanya terjadi pada yang ada masalah lactose intolerant (tidak tahan laktosa) & penyakit Coeliac (alahan pada gluten). Tapi gejala perut buncit disebabkan angin ni sementara & terjadi bila mengambil makanan yang menjadi punca terjadinya angin. Proses pengosongan perut yang perlahan serta angin berkumpul yang boleh sebabkan pergerakan angin perlahan dan menjadi perut kembung atau buncit. Suka merokok selepas makan juga boleh menjejaskan aktiviti penghadaman.Di antara masalah perubatan yang menjadi punca perut buncit seperti gangguan makan, gangguan kesihatan mental (stress, resah & murung. Penyakit lain seperti sesetengah kanser, GERD (penyakit asid refluks), gout,osteoartritis, Sindrom Polisistik Ovari (PCOS) dan apnea tidur yang berkait rapat dengan obesiti juga boleh menjadi punca pengumpulan lemak di dalam perut.Pertambahan berat badan juga menjadi punca perut buncit. Makanan lemak & karbohidrat yang berlebihan dan tak bersenam boleh sebabkan obesiti dan penyakit kronik yang lain seperti jantung.Penambahan atau kekurangan bakteria semula jadi dalam saluran usus boleh jadi punca perut buncit. Perubahan pergerakan usus menyebabkan pengumpulan angin dalam perut yang terjadinya perut buncit.Perubahan hormon terutama bila menopaus. Penghasilan hormon seks estrogen berkurang yang menjadikan punca pengumpulan lemak di perut. Lemak tak sekata yang menjadi punca perut buncit. Sindrom pra-menstruasi pun boleh sebabkan perut buncit dan masalah penghadaman.Hipotirodisme boleh sebabkan kenaikan berat badan atau obesiti. Ini juga boleh jadi punca perut buncit.Lemak terkumpul juga disebabkan oleh hormon insulin. Ni terjadi bila tahap glukosa darah meningkat, insulin dirembes oleh pankreas untuk kurangkan tahap glukosa darah dengan merangsang hati untuk tukar glukosa kepada glikogen, memaksa sel untuk ambil lebih banyak glukosa dan mendorong ia ke dalam bentuk penyimpanan lemak yang lagi besar.Diet berlemak yang mengandungi kalori tinggi yang terjadinya lemak terkumpul di dalam perut. Pengambilan karbohidrat yang berlebihan terutamanya karbodhidrat halus boleh menyebabkan tahap glukkosa darah meningkat yang menukar kalori tambahan jadi tisu lemak.Sumber - DoktorOnCallCARA ATASI PERUT BUNCITDah tengok punca perut buncit. Jom kita cari pula cara atasi perut buncit. Ni antara tips yang boleh dicuba. 
Kerap buat senaman untuk atasi perut buncit seperti sit up & plank. Walaupun dah bersenam tapi kawal juga pengambilan makanan (ambil makanan yang kurang karbohidrat & lemak). Elakkan minuman keras & merokokKurangkan stress dengan meditasi atau untuk yang ada masalah kemurungan dapatkan bantuan dari pakar.Tidur secukupnya (6-7 jam setiap hari).Boleh amalkan yogurt yang mengandungi bakteria baik untuk singkirkan bakteria jahat. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Serta minum air yang banyak (ikut jumlah yang diperlukan oleh badan).Amalkan bahan semulajadi yang berfungsi sebagai herba pencernaan contohnya seperti halia sebab di ketahui boleh atasi masalah perut tak selesa. Bahan-bahan semulajadi ni berfungsi sebagai diuretik untuk bantu kurangkan cecair tambahan dalam badan & membantu perut mengeluarkan kandungan yang ta berlebihan dan longgarkan saluran pencernaan. Bagi ada masalah kesihatan seperti hipotirodisme dan penyakit-penyakit kronik, dinasihatkan dapat nasihat dari Doktor.TIPS UNTUK PERUT KEKAL LANGSING
Apa lagi tips untuk dapatkan perut sentiasa langsing. Meh tengok kat sini. Tak susah pun benornya yang penting kena konsisten & kuat semangat nak mengatasi masalah nafsu makan kita ni. 
Makan Malam lebih awalLepas makan jangan terus baring/tidur sebab boleh menyebabkan masalah pencernaan, angin dan kembung.Bagi masa 2 jam setengah selepas makan baru tidur.BerpuasaBanyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.Jaga makanan yang diambil. Berapa kalori, protein & sebagainya yang kita dah ambil dalam seharian supaya tak terlebih yang boleh menyebabkan lemak berkumpul.Kunyah makanan secara perlahan-lahan untuk memudahkan dicerna di saluran pencernaan.Kurangkan pengambilan gula.MINUMAN DETOKS UNTUK PERUT BUNCIT
Sejenis tak menyabar nak atasi perut buncit & tak sabar tengok perut lebih langsing
Boleh cuba campuran buah di bawah yang dijadikan minuman detox untuk perut buncit. Apa bahannya? Jomss
Timun & Lemon : Membantu proses pencernaan , keluarkan racun dari dalam badan & jadikan kulit kita lebih sihat.Strawberry & Daun Basil :Strawberry mengandungi vitamin antioksidan yang tinggi. potasium , vitamin C dan lain-lain.Halia & Daun Mint :  Mengatasi masalah ketidakselesaan pada perutMangga, Lemon & Nenas : Bantu tingkatkan sistem pencernaanHah senang kan nak atasi perut buncit. Boleh cuba minuman detox untuk perut buncit kat atas ni. Semua buah-buahan yang senang nak cari kat pasaraya, pasar malam dan kedai

Apapun berjaya atau tidak turun berat badan & pembakaran lemak masing-masing bergantung pada keseimbangan antara pengambilan makanan & aktiviti fizikal seperti bersenam. Nak atasi perut buncit, kena rajin. Kalau idak, hadaplah orang duk tanya 'mengandung ke..mengandung ke?'. haha. Dalam situasi k.fiezz, memang sis nak mengandung tapi perut buncit ni mengandungi lemak-lemak. haha

Caiyok caiyok k.fiezz. Kena cut semua yang manis-manis & banyakkan bersenam. Bak kata pepatah orang dulu-dulu, nak seribu daya tak nak seribu dalih. 
Misi Kecilkan Perut Buncit Sis...hehe... 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2022/01/Perut-Buncit-Ooo-No-Punca-Dan-Cara-Nak-Atasi-Perut-Buncit-Ni.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Kempiskan Perut Yang Buncit

Cara Kempiskan Perut Yang Buncit

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 152 hits
Kenapa ramai yang kurus tapi perut buncit dah turunkan berat tapi perut masih buncit Antara sebabnya adalah kerana body fat atau fat dalam badan masih tinggi Macammana nak turunkan body fat dan tak nak jadi skinny fat Jangan fokus pada penu...
Cara Nak Tegur Kawan Dari Kesalahan Yang Dibuat Tanpa Menyinggung Perasaan Dia Ustaz Kazim Elias

Cara Nak Tegur Kawan Dari Kesalahan Yang Dibuat Tanpa Menyinggung Perasaan Dia Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 169 hits
Cara Nak Tegur Kawan Dari Kesalahan Yang Dibuat Tanpa Menyinggung Perasaan Dia Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Cara Tahu Kucing Bunting Tanda Tanda Kucing Nak Beranak

Cara Tahu Kucing Bunting Tanda Tanda Kucing Nak Beranak

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 450 hits
Cara Tahu Kucing Bunting Tanda Tanda Kucing Nak Beranak Memelihara kucing bukan setakat hanya beri makan minum dan tempat tidur Pemilik kucing perlu beri lebih dari itu Sebagai contoh jika kalian pelihara itu kucing betina perlu ingat yang ...
Punca Karang Gigi Petua Cara Bersihkan Karang Gigi Sendiri Di Rumah

Punca Karang Gigi Petua Cara Bersihkan Karang Gigi Sendiri Di Rumah

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 391 hits
Punca Karang Gigi Berlaku Petua Cara Bersihkan Karang Gigi Sendiri Di Rumah Karang gigi adalah plak yang mengeras di gigi Karang gigi ini tak hanya merosakkan penampilan malah turut mengundang pelbagai penyakit mulut yang lain Cara membersi...
Ini Punca Air Mesin Basuh Perlahan Baru Tahu Terbantut Niat Nak Cuci Baju

Ini Punca Air Mesin Basuh Perlahan Baru Tahu Terbantut Niat Nak Cuci Baju

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 262 hits
Geram betul bila kita dah semangat nak basuh baju tapi air kecil Paip kita dah buka habis tapi air keluar bagaikan hidup segan mati tak mahu Elok ada mood nak mendobi terus down Selain mesin basuh yang kotor dan kepingan daki hitam melekat ...
Zahid Ajar Ismail Sabri Kabinet Cara Atasi Isu Rm10 000 I Citra Kwsp

Zahid Ajar Ismail Sabri Kabinet Cara Atasi Isu Rm10 000 I Citra Kwsp

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 221 hits
AGENDA DAILY Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengajar Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimana untuk menguruskan isu i Citra Kumpulan Simpanan Wang Pekerja Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Se...
Ada 6 Masalah Tidur Malam Yang Dialami Kanak Kanak Atasi Dengan Cara Ini

Ada 6 Masalah Tidur Malam Yang Dialami Kanak Kanak Atasi Dengan Cara Ini

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 224 hits
Jangan ingat orang dewasa sahaja yang mengalami masalah tidur malam kanak kanak pun tidak terkecuali juga Aduh ibu bapa susah hati fikirkan langkah mengatasi keadaan tersebut Masalah tidur malam dalam kalangan kanak kanak Umumnya terdapat b...
Petua Untuk Menghilangkan Perut Buncit

Petua Untuk Menghilangkan Perut Buncit

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 157 hits
1 Makan Dengan Perlahan Semasa makan elakkan daripada berdiri dan cuba kunyah dengan perlahan kerana makanan yang tidak dapat dihadam akan menimbulkan banyak gas 2 Jangan Minum Teh Daun teh boleh mengakibatkan protein daripada makanan anda ...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul